Thursday, February 23, 2012

FOR SALE




DUMMY IMITATION SECURITY CAMERA WITH MOVEMENT









Dummy security camera with motion detection. Akan bergerak bila mengesan objek bergerak. Sesuai diletakkan di depan rumah.


Harga Borong RM50 Seunit

Berminat Sila Call Or SMS 014-7350313 - fahmi




                                                              FAKE CCTV CAMERA DOME










•Primary Function: Motion sensor fake security camera
•Casing Material: Hard molded ABS plastic
•Activity Indicator: Yes, LED flashing light
•Motion Detector Sensor: Yes - detection range is 0.5-1 meters
•Power Source: Battery Operated - 2 x AA batteries

Other Features
•Realistic looking
•ON/OFF
•Flash LED

* Sesuai untuk dipasang di rumah, kedai runcit, pejabat dan juga tempat-tempat sering berlaku kecurian
.


Harga RM45.00 Seunit 







4GB WATERPROOF SPY WATCH



Description:

You may saw many spy watch camera, but you may not know this one- 
4GB Waterproof Spy Watch HD Camera with 1280 x 960 30 Fps. As a sports watch, it has waterproof(under Water 30 meters) function. But it is not only watch, but a High digital watch camera. You can record voice, video even use it as a PC camera because of its high resolution: 1280*960 VGA and Video frame rate: 30fps. Just take the watch, and take photos.

Main Features:
  • 1.Voice Recording
  • 2. Video Recording
  • 3. Picture Shooting
  • 4. PC Camera
  • 5. HD 1280*960, 30FPS
  • 6.Waterproof (under Water 30 meters)
 Parameters:
  • Video format: AVI
  • Video encoding: M-JPEG
  • Video resolution: 1280*960 VGA
  • Video frame rate: 30fps
  • Picture format: JPG
  • Picture pixels: 5M Pix
  • The ratio of image: 4:3
  • Memory: 4GB
  • Supporting system: Windows me/2000/xp/2003/vista;Mac O/S;Linux
  • Battery capacity: 200mAh
  • Working time: About 70 minutes
  • Charging voltage: DC-5V
  • Interface type: Φ2.5 4 Pin USB
  • Storage support: Nand flash
  • Battery type: High-capacity lithium polymer

Price: RM210


Berminat Sila Call Or SMS 014-7350313 - fahmi

Wednesday, February 8, 2012

jyeah!!

“   ‘anak potek’, tu lah gelaran yang mak sedara, pakcik pakcik, sahabat papa keh selalu panggil. Panggilan nama “anak potek” tu maksudnya lebih kurang  anak emas, anak manja. Maklumlah keh kan anak bongsu dalam keluarga berketurunan raja raja Thailand masa A Samad said kecil dulu.

keh memanjang dimanjakan papa, kadang kadang adik beradik lain dengki. Ramai yang cakap papa garang tapi kalau dengan keh, garang dia tu tak kemana. Keh ada power, art of persuation katakan.
Keh memang rapat dengan papa, yang mandikan keh dulu, yang masakkan keh bubur nasi, ayam goreng halia, agar agar milo. Papa jugaklah yang kenalkan keh dengan nasi goreng pattaya, yang gosok perut keh masa keh sakit perut pun papa juga. Bak kata lain, papa jugalah.
part serius, part lapar, sakit  baru keh cari mama. Part hiburan, duit, beli belah. Papa la yang jadi pilihan.

masa mandikan keh, dia selalu mula dari kaki sambil nyanyi, kaki kaki kaki. Lepas kaki naik ke badan, badan badan badan. Lepas tu baru kepala. Kepala kepala kepala. Biasanya, dah sampai kepala la yang keh taknok sebab sejuk.

bila keh dah besau, dah masuk sekolah rendah. Tiap-tiap petang papa bawak keh naik motosikal jalan jalan. Orang kampung dah kenal dah. Kalau keh keluar dengan kawan kawan pun, mesti papa pergi cari. Suruh jalan jalan dengan dia. Macam tu lah petang petang keh, sampai lah ke sekolah menengah. Bila dah besau remaja, keh dah mula rasa malu. Keh mula menipu, lari dari papa. Dah tahu erti macho sejati.

keh pernah luahkan perasaan dekat papa yang keh dah malu, keh lelaki sejati. Tapi papa keh buat tak tahu aje, dibantainya nyanyi lagu sejati- wings tu. Sejak dari tu, keh kena bahan dengan abang dan kakak keh. ”


tapi tu dulu, masa kecik kecik dulu. Sekarang dah lain. 

mula-mula keh dapat tahu berita papa masuk hospital pun sebab mama yang bagitahu. Masa tu keh tengah final exam, mama cakap papa ok nanti dah boleh keluar. Keh buat buat la lupakan sekejap pasal papa bajet nak pokes untuk exam.
dah habis exam, keh terus nak balik. Dalam perjalanan, papa telefon. Dia Tanya keh dekat mana, keh cakap dah dekat. Dah sampai gua musang.
lepas tu papa cakap, lah? Dah sampai tapi kenapa tak datang picit?. Keh pelik, kenapa papa cakap macam tu? Keh jadi tak sedap hati gila babeng.

bila dah sampai dekat rumah, keh gelisah. Tak sabar nak tunggu masa melawat dekat hospital tu.

pertama kali keh tengok papa, keh sedih. Badan dia yang dulu berisi, gemuk. Sekarang dah Nampak tulang, keding. Masa tu dia nak mandi, keh mandikan dia, tolong dia kencing. Lepas tu papa Tanya mama, mana adik? Padahal keh depan dia. Masa tu keh sebak, keh dapat rasa ada benda yang tak kena. Tapi keh diamkan saja, tak sampai hati nak Tanya mama.

keh Tanya abang cerita sebenar, abang ingat keh dah tak tahu. Simple jawab abang, “papa kanser final stage, ending dia meninggal”. Ya Allah, keh tergamam, kelu, sebak, percaya macam tak percaya. Tapi ego kena control, mana boleh menangis. Tapi keh anak manja papa, air mata tak boleh tahan woo.

papa hidap penyakit limfoma. Kanser dekat system limfa. Keh Tanya doctor sejak bila lagi benda ni tejadi. Doctor cakap, memang kanser ni tak boleh detect masa stage awal sebab sindrom dia sama dengan sindrom demam bisanya stage awal dia 2,3 tahun yang lepas. Biasanya bila dah stage 4 baru perasan. Tapi masih ada harapan, ya harapan! Papa kena jalani kemoterapi.

keh tak tahan tengok papa, bercakap merapu rapu. Kadang kadang dia cakap benda yang dah berzaman dulu. Nak berjalan memang tak boleh. Keluarga keh ambik keputusan bawa papa balik dulu sementara nak tunggu proses kemoterapi tu.

alang-alang keh cuti, dapatlah keh jaga papa. Makan minum, kencing berak. Kadang kadang mandikan, keh mandikan papa sama macam papa mandikan keh dulu. Keh nyanyi lagu kaki,badan,kepala dekat papa. Tapi sama, bila dah sampai kepala, papa menangis. Keh sebak. Tapi keh kena redha. Doctor cakap papa jadi macam tu sebab kuman dah sampai ke saraf otak.
Pernah sekali dekat hospital, keh nak tukar baju yang dia pakai. Masa tu papa pakai baju hospital, keh nak pakaikan dia baju lain yang bersih. Tapi dia taknak. Dia nak pakai baju hospital tu. baju tu dia baru je beli katanya, beli dekat kemaman. Pernah juga dia bagi taklimat kesihatan pada pukul 3 pagi. Gegar 1 wad mendengar taklimat dia.

kadang- kadang lucu, kadang- kadang sedih bila tengok papa. Lain yang ditanya, lain yang dia jawab. Ada orang cakap tu hiburan, tapi tidak bagi keh. Selagi dia ada kudrat, selagi ada masa untuk ikhtiar seeloknya ikhtiar. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

masa papa ada nil ah keh nak berbudi untuk dia, keh nak balas budi dia semampu yang boleh. Keh cuti sebulan untuk jaga papa, tapi sebulan tu tak cukup untuk apa yang papa dah buat demi keh sepanjang 20 tahun hidup keh atas muka bumi ni yang berbin kan johari.

Thursday, December 1, 2011

jangan pandang sebelah mata

gua selaku wakil lelaki berkulit sawo terlampau matang nak listkan senarai nama orang sejenis dengan gua yang paling berjaya dimalaysia.


nama dia Azad Jazmin, dia berjaya menjadi gangster dekat tanah melayu ni. takde orang lain dah yang lagi gangster dari dia kalau tak silap. KL ni dia yang pegang!



datuk zambri perak @ zambri khalid. yang ni memang dah confirm dah hitam, dua kali ganda lagi hitam dari keh, orang panggil dia "orang minyak perak".



walaupun dia bangsa lain, tak kiralah asalkan dia orang Malaysia. dalam ramai ramai yang hitam, hitam ni yang paling power rasanya.




datuk n. mohanadas. orang hitam yang pertama jejak kaki kat everest. gila woi gila!



badrol bahtiar ni hitam sikit sikit. tapi tak kira sebab dia masuk kategori hitam jugak. kapten harimau malaya ni woi!!





safee sali ni lagi pekat dia punya kelikatan warna hitam tu kalau nak dibandingkan dengan badrol. main bola power jugak ni.








dia ni lagi la hitam, nama dia pun hitam dah. tapi takpe sebab dia punya suara tak hitam keh keh keh.




hah!! nak cakap mende? orang hitam ni memang power, nak buat macam mana kui kui kui

aku dan al-quran

tido petang memang power, lagi lagi bila bangun tu terus dapat sedut rokok mildseven charcoal. dia punya pergi tu memang pehh!
keh bersandar dekat dinding tepi tingkap. keh terpandang kitab suci al-quran atas meja belajar. lama keh pandang, keh tatap. dah lama benar rasanya al-quran tu disitu, tak bergerak, tak berganjak. sayu,sedih keh lihat.

keh teringat ustaz pernah cakap. antara tanda besar kiamat ialah, tulisan al-quran hilang. sebab tiada umat islam yang menggunakannya lagi. maka celakalah sesiapa yang tak menggunakan nikmat al-quran. keh termenung sejenak. teringat kecik kecik dulu, mama hantar pergi mengaji. lepas magrib mesti baca quran. terbawa bawa hingga ke sekolah. bila dah di universiti, jauh dari keluarga. keh makin alpa, jarang sekali nak sentuh. apatah lagi nak baca. masyaAllah. dah jauh keh ni.

keh teringat satu artikel, lebih kurang macam ni la,

(Allah,allah, Ampuni aku...dosaku menggunung tinggi....)

Bisik Allah...Hai anak Adam!
Selama engkau masih berdoa dan berharap kpdKu, Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yang ada padamu.....

(namun, dosa2ku bnyk Ya Robbi)

dan aku tidak peduli walaupun dosa itu bnyk sekali.

(Ya Allah, dosa2ku bnyk,stinggi tinggi awan)

bisik Allah, Hai anak Adam! Jikalau seandainya dosamu itu sampai ke atas awan yg ada di langit, kemudian kamu dtg menghrpkn keampunan drpdKu nescaya Aku berikan keampunan kpdmu.

(Ya Allah, bnyk sngt...dosa2ku terlalu bnyk....sepenuh Bumi ini)

bisik Allah lg, Hai anak Adam! sssnghnya jikalau engkau dtg kpdKu dgn mmbwa dosa sepenuh bumi ini, kemudian engkau dtg menemui Aku pdhal engkau tidak mempersekutukan Aku dgn sesuatu, nescaya Aku dtgkan kpdmu sepenuh bumi pula keampunan.....

(Allahu Rabbi,betapa aku bersyukur dgn nikmat Islam ini)
~hadis qudsi~

keh buang puntung rokok, keh ambil tuala dan mandi. dengan azam yang penuh didada! keh mahu berubah. err, lepas magrib nanti jela baca al-quran. lepas asar nak main bola. keh keh keh.

Wednesday, November 30, 2011

benda paling bengang masa exam

bila mana aokme tengah seronok nak exam, dalam dewan. pengawas yang bajet rajin pulak ramai. dah tu meja punya space memang tak bagi can nak jenguk jenguk orang sebelah langsung.




aok nak jawab dengan enaknya memang tak la kan? aok tu bengap, orang suruh study taknok.
dah tu mula la nak berpeluh sampai ke lurah dubur.


aok nengok jam kat dinding, aok usha dari jauh. dari saat ke minit. dari minit ke jam, aok masih jugak tak ada progres. seluar dibahagian cawat dah kuyup dah. masa ni aok dah start panik dah, memikirkan masa depan serta mana nak cari duit untuk repeat subjek sem depan.




tengah aok memikirkan masa depan, tiba tiba ada gadis depan aok tersenyum senyum gaya nak mintak penampar pakai kaki memanggil manggil pengawas exam.
.....
" sir, mintak extra kertas!"


masa tu, masa tu jugak aok akan melatah.
......
DAMN!!! natang apa yang dia tulis!!! CILAKAK!!!


Wednesday, October 19, 2011

entri gaya romentik sikit!

cilakak! malam malam kalau cuaca sejuk macam ni, memang menarik berborok dengan true love tahu dak?

"benda tu susah na buat
saya takut benda tu hilang
jadi, saya post kat wall awak
selalu ada dekat situ
untuk awak tengok
comel macam awak an?"
 
"tengkiu" balas si gadis.

"welcome" simple jawapan dari si teruna.
"haishh!!
0__0
sape suruh balas hah?
awak kena melukis tahu?
cubit peha baru tahu!
nak?
tak pun picit dengan jari
kui kui kui
awak awak!
ada benda nak cakap ni
tapi awak jangan balas tahu?
baca je
sambil melukis.
tangan melukis
mata baca benda ni
hahahaha
power betei aok ni
hah!
saya nak bagitahu ni
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
bahagia sungguh rasanya
hehehe
^,^
segan la
ta malu betei cakap macam ni
hahahah
segan woi segan.
dah tak macho la kalau macam ni. "

Thursday, August 18, 2011

ramadhan rumah sewa.

"vrooomm" deras bunyi ekzos kenderaan bermotor milik che mat. dari sudut tingkap bilik gua sudah jelas kelihatan kereta saga putih milik che mat. parkir betul betul bawah pokok depan rumah pakcik ajar mengaji. che mat membunyikan hon beberapa kali. selang beberapa minit,ada anak jiran sebelah datang. kelihatan mereka berdua ada benda yang hendak dibualkan. anak jiran sebelah berbisik ikut tingkap kenderaan che mat yang diturunkan separuh yang hanya menampakkan mata dengan sedikit batang hidung che mat. sungguh saspen gayanya. mungkin ketika itu che mat dilanda krisis identiti barangkali.

anak jiran sebelah menghulurkan duit yang bergumpal gumpal kepada che mat dan telah menunjukkan tanda tanda nak berambus dari situ. " dah sampai giliran gua gamaknya", desus hati gua.

gua turun selamba, bersinglet kelabu dengan seluar pendek. ketika itu, che mat sedang khusyuk membetul betulkan gumpalan wang kertas anak jiran sebelah.

"kau nak apa?berapa orang?", tanya che mat dengan gaya bomoh yang bajet boleh tahu apa yang dihajati pelanggan.

"macam biasa, nasi ayam penuh dengan sirap limau ais". pesan gua gaya macho.

Wednesday, August 3, 2011

ada blog rupanya.

bila dah hidup berkeluarga ni, rasa malas pulak nak menulis.

Saturday, July 9, 2011

gua sebenarnya bijak keh keh keh

walaupun tak dapat tengok kucing bersenggama. gua tak ada kena repeat apa-apa subjek.fuh.lega!

Monday, June 6, 2011

musim bersenggama #1.24578

mata gua melilau cari pasangan kucing yang bersenggama sebentar tadi.firasat gua kuat mengatakan yang kucing itu masih tidak selesai proses reproduksinya.mungkin pasangan itu mencari tempat yang lebih romantika barangkali.

perasaan kecewa sudah terdetik.gua dah putus asa.hajat dihati nak tengok part klimak pasangan kucing itu tapi tidak tercapai. saat itu gua baru terdetik akan soal rezeki. bukan rezeki gua barangkali untuk masa ini.

gua tengok jam,pukul1 pagi.kalau di amereka.kucing disana baru saja mencari pasangan tapi kucing di malaysia sudah siap bersenggama. gua kais kotak rokok winston pakai kaki.gua ambik sebatang,gua cucuk di bibir mulut. sedikit basah puntungnya. teman sebilik gua sudah nyenyak tido.dia gifted,pukul10 lagi sudah tidor. mungkin baginya,ujian hari esok begitu senang.

gua buat buat semangat.nak meneruskan bab pelajaran yang perlu dihabiskan. gua yakin sebab gua sudah bermula.ya! 1 bab sudah habis dari keseluruhan 12 bab.

iblis memang kuat menghasut.kadang kadang gua termakan hasutan. kalau la pasangan kucing tadi ada,hati ini mungkin dapat berhibur sekejap.

teman serumah gua bangun tiba-tiba."tido la,tak payah study.kau dah cek carry mark belum?" sinis dia bertanya.

gua menjawab serius."belum!"

"kau dapat 35/70,kau belajar.jawab soalan semua betul esok.kau tetap kena repeat sebab passing mark 70."jawab hasif yang lekas lekas sambung tidor sambil menggaru garu bontot.

cilaka!!

gua dah confirm,ujian esok gua mesti dapat full mark.tapi part repeat tu gua rasa macam nak makan kaki saja.gua tarik selimut.gua campak semua nota dengan buku keluar tingkap.gua tidor.tidor dengan rokok masih di bibir.

"madam,meet you again next sem.good nite!"