Saturday, December 25, 2010

PELAKON TAMBAHAN YANG MENGUBAH JALAN CERITA SEBUAH FILEM

Angin senja bertiup,awan dilangit pula mendung, cuaca dah mula gelap, guruh dilangit sudah mula menonjol. Sebentar lagi hujan bakal turun barangkali. ‘Hurm,berselimut tebal lagilah malam nie nampak gayanya’. Keluh hati gua.

Dalam suasana suram, gua tiba-tiba terkenang memori lama. Memori bersama kawan-kawan. Bagi gua. Kawan nie membawa satu maksud yang besar. Terkenangkan budak yang nakal, budak yang rajin belajar, saat pertama kali didenda oleh cikgu, ketawakan kawan yang buang air dalam kelas, main kejar-kejar, sepak terajang budak pompuan dan banyak lagi peristiwa gembira yang berlaku masa bersekolah. Bila dah tua,banyak benda yang gua lalui masa kecik akan hilang dan masalah pula akan bertambah. Kawan dah berpindah keluar negara,luar negeri untuk belajar, belajar demi masa depan.

Kenkadang ada masanya gua akan terkenangkan kawan-kawan yang dah lama gua tak jumpa. Mungkin keadaan dah berbeza yang comot jadi comel, yang bodoh jadi pandai, yang penakut jadi gangster tapi apa yang telah gua lalui akan sentiasa menjadi memori,memori yang paling indah sekali.





cakar tak macam ayam..

Monday, December 20, 2010

DARI DALAM MESSAGE ITU

“eyt,ko tahu tak macam mana nak aktifkan GPRS untuk selkom” Tanya mohd lazim terpinga-pinga. “bak sini handphone ko,meh aku buat”,selamba gua menjawab. “nak MMS dengan mata air ke?”. “taklah,saja je.” Ringkas mohd lazim membalas.

Tengah syok gua pegang handphone mohd lazim, tetiba syaitan sebelah kiri gua menggoda gua untuk bukak sent item dengan inbox mohd lazim. Mana tahu kot-kot mohd lazim berbalas mesej porno dengan pacarnya.Memang gua bahan la.

…….

SENT ITEM

“kenapa dengan you ni..apa salah i? apa yang tak kena nie?”
“nak kata I curang kat you rasanya tak!”
“selama nie i jaga you dengan kasih sayang, tak pernah pun I berkasar bahasa!”
“apalagi sebenarnya yang you mahukan?hah..cuba cakap”.

INBOX

“macam nie la, you tak buat salah pun.”
“I nak lima puluh ringgit yang you pinjam itu harilaa..baksini!”
“bayar hutang orang balik! Dah la kredit you pun I yang topapkan”

……

Gua?memang dah gelak guling-guling. Lahanat punya member,duit awek pun nak pow ke? Kahkah.


cakar tak macam ayam..

OSMAN TINTED

Cahaya mentari yang tegak berdiri diatas kepala pada waktu-waktu macam nie memang
mengugatkeimanan sesiapa sahaja.Begitu juga dengan Osman tinted. Seorang lelakilewat 50-an, dia mendapat gelaran tinted kerana dialah orang pertama di kampung gua yang pakai kereta cermin gelap. Dia jugalah orang pertama yang ditangkap khalwat dengan budak sekolah menengah ketika kantoi beromen dalam kereta
becermin gelap.

Jam ditangan Osman tinted jelas menunjukkan sudah pukul1.30 p.m. peluh jantan
mengalir laju dikedua-dua belah keningnya yang beruban. Dia mundar-mandir ditengah panas seperti menunggu sesuatu yang begitu diidamkan.Sekali sekala terdengar dia mengeluh dibawah terik mentari. ‘tunggu siapa bang Osman?’,tegur rohaya gedik. ‘adalah.ish,kamu nie sibuk la nak bertanya hal orang’. Tengking Osman tinted. Maka, berjalan pulanglah rohaya gedik dengan perasaan marah bercampur sedih kerana
gagal menggoda Osman tinted padahal dilubuk hatinya hanya mahu menumpang kereta
bercermin tinted Osman sahaja.Lirik mata Osman tinted jelas liar memerhati gerak pinggul rohaya gedik yang berkebaya. Biasalah,orang tua miang memang macamtu. Orang sekeliling dah masak benar dengan sikap Osman tinted.
Segelas air sirap yang entah dari mana datangny adigenggam Osman dan dihirup perlahan-lahan. Nyata air sirap sejuk itu membuatkan Osman tinted kepuasan. Sirap yang sejuk mengalir laju dicelah-celah halkum jelas membuat Osman terpejam ditengah-tengah panas terik itu.

Pang!!

Bunyi kuat pukulan meja,ada orang mengamuk barangkali. Osman terkejut lantas dia berpaling 270 darjah dari tempat dia berdiri.
‘woi!! Nie belog gua.kenapa cerita pasal Osman tinted pula??.Cerita la pasal orang lain. najib dengan rosmah ka,khir toyo kena tangkap sebab rasuah ka. Harga minyak naik ka. Ada motiflahjuga.
Gampang!!


cakar tak macam ayam..

Monday, December 6, 2010

zaman jahiliah 4

zaman sekolah memang dah berlalu bagi gua. yela, baru lepas spm. belagaklah sikit, budak-budak remaja memang macam tu. tapi gua xmacam budak-budak lain, pantang abis sekolah. rambut tak nak kalah, warna nak merah bagai. putih, kuning pun ada. kadang-kadang dah macam bendera amereka pun wujud sama.

bla,bla,bla.

tengok-tengok,masa honeymoon kat rumah dah habis. dah la result spm xberapa nak gempak tapi setakat nak pergi overlaut tu bolehlah. tapi gua tak nak la sebab sayang malaysia punya pasal.gua nak jadi golongan koprat kat malaysia, mana tahu boleh makan suap ke.

gua apply macam-macam tempat,nak kejar cita-cita punya pasal. dari kecik lagi gua nak jadi helicopter. boleh terbang jauh-jauh.

dari matrik,uitm,uniten,swimburn sampai la maktab perguruan. semua gua reject dengan bangga. foundation gak yang gua pilih. tak jauh pun,kat kulim kedah aje tempatnya. harapan nak jadi licence aircraft punya pasal. manalah tahu kot-kot nanti dapat bukak airlines sendiri, kasi hentam itu tony fernandes. baru dia kenal sape kupi pyruvate kahkah. gelak ala-ala buzzlightyear dalam cerita toy story yang ntah apa-apa.

10 bulan gua kat sana,agak boringlah tapi gua dah tak buat aktiviti dajal mendajal sesama gua tapi gua lebih cenderung terhadap lecturer-lecturer yang belagak bagus. masing-masing nak tunjuk hebat walaupun rambut flattop mahupun perut boroi.
gua menyampah dengan felo blok gua. mengelabah tak tentu pasal,semua salah yang tak salah tetap jadi salah padahal sememangnya xsalah langsung.

gua xjahat tapi nakal aje,bermula dari motosikal sampai la ke underwear yang bergulung-gulung yang felo tu jemur kat ampaian rumah beliau. gua xbuat apa-apa pun. setakat sepak terajang motosikal beliau sampai masuk dalam longkang aje. underwear beliau pun gua xusik. gua gunting ajer. tapi gua solute la beliau punya underwear, gua gunting tanpa perlu dipegang. punyalah kenyal. macam daun kering. kadang-kadang macam sotong kering pun ada. heran gua nak memikir benda tu.

kat sana jugalah gua belajar fly,tu pun dengan lecturer kimia gua. gua kamcing tahap cipan la dengan beliau.dah la rugged, satu kepala pula dengan gua. memang menjadi la. mengumpat sama-sama tapi yang paling best, gua dapat korek tip-tip exam dari beliau. itu yang lagi best.

tapi gua tak lama kat situ,10 bulan je. gua dapat sambung ijazah kat sepang. tempat yang rata-rata budak foundation kat sana nak pergi. bangga lak gua dapat sambung belajar kat sana tanpa pakai kabel najib mahupun rais yatim.

kolej mara kulim nama tempat gua belajar ketika itu, program tu lak namanya foundation in science and technology. kat situ juga la gua dapat kenal ngan pacar gua. sebab tu gua rindu tempat tu walaupun 10 bulan. banyak kenangan. time birthday member-member,gua la yang paling happy sebab dapat campak member dalam parit kecil yang baunya. pergh,memang boleh bawak sampai mimpi basah!!

tapi gua xmacam remaja lain,yang masing-masing nak rambut kaler merah bagai.



cakar tak macam ayam..

SPONGY-BOB VS PAP-RIKA

Musim hujan macam nie,memang agak pelik bagi lelaki tulen macam gua.
Mahunya tak pelik,bila gua bukak facebook majoriti golongan hawa melayu
yang macam dalam lagu gadis melayu menulis status facebook mereka mengenai
Spongebob dan Patrick? Apa kejadahnya tulis cerita pasal kartun?
Tulislah pasal chef wan ke,rosmah dan najib ke,harga minyak naik ke,
Bolehlah diterima akal juga.

Status begitu rupa dipost oleh majoriti kenalan gua,
Baik rakan sekolah,kenalan ciber, makwe-makwe nampak betis mahupun minah-minah
yang entah dari mana asal usulnya.

Gua pun tanpa segan silu nak menyibukkan diri kaji selidik peristiwa tersebut. Manalah tahu golongan wanita nie membuat satu pakatan nak menjatuhkan kaum adam segak bergaya macam gua.Buat macam rosmah memerintah najib ke.

Adapun mereka sedang mengusahakan satu perkara macam yang ditulis dalam satu blook. Yang mana golongan hawa di kuala lumpur berharap semua ‘wiwit’ lelaki tercabut dari badan. Maka,selamatlah mereka dari terberanak dicelah tong sampah. Ada ‘wiwit’ yang tercabut di bahu jalan,di laluan pejalan kaki,disudut-sudut warung kopi pak ucu buntal mahupun dijalan raya. Maka bersorak-sorailah kaum hawa apabila melihat ‘wiwit’ lelaki tercabut bergelimpangan dan ada yang mengeriuk kesakitan. Ada juga yang rebah pitam melihat ‘wiwit’ mat-mat bangla penebar roti benggali.‘wiwit’ yang tercabut ada yang disepak dan ada juga yang dibekukan,untuk kegunaan dimasa lapang barang kali.

Tapi,itu hanya cerita rekaan yang boleh tahan tahap kemerapuannya yang gua baca dalam blook itu. Gusi gua yang dah kering kembali basah membaca blook tersebut.

Tapi tidak mustahil kalau benda seperti itu terjadi, itu yang perlu gua selidik pasal spogy-bob dengan paprik nie.Nak mengkaji perlakuan wanita semata sebagai langkah berwaspada atas ancaman negara.

Gua bertanya kenalan gua,aminah rogayah namanya.
Dia cakap,’eyh tak boleh bagitahu nanti kena bunuh!’ hampeh punya member,keluh hati gua.

Gua bertanya kepada seorang lagi kenalan,nona tanjung.
Dia cakap,’bluerkk,mana boleh bagitahu. Kita-kita aje yang tahu,kalau nak tahu juga kena LIKE status kita dulu’. ‘celaka!’ panas hati gua.

Gua tak putus asa,gua cuba bertanya kepada encik yahoo.
Encik yahoo menjawab,’damn you! This is woman story’. Rupa-rupanya encik yahoo pun sama juga keparatnya.

Gua cuba nasib bertanya kepada encik google,
‘mr google,do you know the secret meaning of spongy-bob and paprik? Tanya gua dalam versi mat saleh celup.
mr google jawab.’dear charming boy, spongy-bob means single whereas paprik means already taken.’

Betul ke?
tu jela yang dirahsiakan sangat? Kiranya selamatlah ‘wiwit’ lelaki dikuala lumpur? Tapi najib mesti tetap tak selamat dari rosmah (*pakcik ISA,tolong jangan tangkap saya.saya tak campur isu politikus).

gua teruskan online dengan rasa yang puas dan lega selepas dapat meyelongkar rahsia wanita. Kalau itu jela yang dirahsiakan. Gua nak syorkan pada kaum lelaki supaya jadikan spongy-bob simbol gay manakala paprik pula bagi mereka yang straight nafsunya.


…….nota kaki: ini bukan blog lucah!

cakar tak macam ayam..

Saturday, December 4, 2010

kejam gila!

exam?
memang la kena study tapi apa rasionalnya kampus gua off wifi?
mana la main router nie,sedih gila.
nak online pun susah.
nak usha awek nampak betis kat muka buku pun dah tak boleh.
tempat yang boleh gua online cuma kat admin,ya kat admin.
2 blok dari bilik gua.

tapi online punya pasal,gua tetap turun.
bila dah turun,nak connect lak tak boleh
then gua cari port lain,
mana tahu boleh online.
tup,tap,tup,tap..
check line server nie.
akhirnya dapat gak gua online.
tengah syok online.
pap..
'haish,siapa la yang meludah merata nie?'
desus hati gua.
tapi ada bau lak,takkan air liur keluar bau?
gua bingung sebentar.
gua pandang kiri..

damn!!
tahi burung,gua salah pilih port.
abis beg laptop gua!!
lahanat punya burung!

gua offline,terus naik ke bilik

cakar tak macam ayam..

melayu betul!

Malam-malam, kalau free. Gua dengan member mesti kerja part-time kat restoran depan kampus gua. Bukan apa, bukan nak duit sangat tapi nak belajar berdikari. Kalau gua kat bilik, gua buang masa macam tu jer. Baik buat kerja yang ada faedah sikit.

Tapi,time kerja tu. Ada la suara-suara sumbang. Sok,sek,sok,sek,pum,pang,pum..

Panas juga hati gua. kalau nak mengumpat, Bagitahu la depan-depan. Gentle, habis cerita.

Time gua hantar makanan, ada budak kampus gua tanya dengan nada yang agak menyampah gua dengar. ‘cari duit poket ke? selekeh gila kerja kat restoran’.

Perghh,ayat dia. Siapa la yang tak mencarut. Gua lak memang jenis tak menahan cobaan,memang terangsang habis dengar ayat dia tu. Dah klimak dah gua rasa.

‘assalamualaikum der, kalau rasa hebat sangat la kan. Kenapa datang makan kat sini gak? Pergi la kat restoran mewah lain, dah tu. Kalau makan mahal-mahal ok la gak, makan nasi goreng ke, tom yam ke, ikan siakap ke, berbaloi gak nak mengomen. Nie kalau setakat makan nasi bujang RM2.50 dengan air kosong. tak payahlah, tutup jela mulut tu. Sakai gila’. Terus dia senyap dan suap makanan tiga sudu sekaligus dalam mulut,dah macam ikan buntal gua tengok.

Gua blah dengan muka brutal dan bangga lepas dapat smash mamat tu.

‘konpem dia dah tak datang esok’ desus hati gua.

...................

cakar tak macam ayam..

PANGGILAN 3

Haish! Asyik orang jer call gua. Bila masa lak gua nak call orang lain. Kesian gak tengok telefon buruk gua nie vibrate. Sekali dia vibrate, abis tercabut dia punya casing. Nasib baik bateri tak tercabut sama . biasa la, “blackberry” import. Macam tu la.

Tapi nak call siapa? Call mak ke awek?mak la. Ish, call awek pun ok gak. Arghh, call dua-dua lagi senang. Tapi family first.
Dail nombor mak gua lepas tu gua picit butang hijau yang dah cukup uzur tu.

Tut,tut,tut..

Hello,assalamualaikum mak. Buat apa?
‘w’salam nak,takada buat apa. Baru le…..

Tut,tut…

Damn! Lupa!!
Gua dah sebulan tak topap!!

cakar tak macam ayam..

Saturday, November 27, 2010

lebahlah lebah mengelabah

study punya study.khusyuk gila,bercampur pula dengan dengkur member ketika tidur. dengkur pula taknak kalah. gua mati-mati ingat telefon yang vibrate, mana tahu kot-kot ada orang salah share kredit ke. memang celaka!
khusyuk study mengalahkan aktiviti skodeng betis-betis makwe yang kening nipis kat mall,shopping complex mahupun lorong haji taib. kadang-kadang, betis berbulu tapi body shape macam pffft!

"celaka!!!"

..gempar seketika..
gua panik tengok member gua lompat katak.
'kenapa?' sapa gua.
'lebah bangsat,terbang masuk dalam seluar!! kalau kena sengat macam mana?'
gua jawab 'dapat anak sonsang la jawabnya, tak pun tak dapat anak langsung'.sinis, dengan muka ala-ala jehan miskin tengah belakon.
member gua buat muka bengis,puntung rokok yang masih jelas baranya jadi objek pembunuhan
mengeliat lebah tu macam minah rongeng kena sula oleh raja pada masa dahulu.

hilang sekejap ilmu gua. dari physic bertukar jadi zoology. *zoology ke??
mungkin sekarang musim lebah mengawan.
terangsang tengok member gua study seksi-seksi.
            
                        nota kaki : macam nie la lebih kurang lebah yang nampak betis tu. musim hujan nie memang macam tu!

dari gua~

Thursday, November 25, 2010

weapon terbaru!! pozer gila

dalam dunia bola sepak,macam-macam boleh jadi.
ada yang pakai tangkal,ada yang jumpa bomoh.
nak nampak terer punya pasal. kalau gua, baik gua pergi jumpa bakal mak mertua. mana tahu dapat kahwin free ke. lagi berbaloi.
orang cakap, kasut bola nie senjata player. betul ke? bagi gua,ada betulnya.
kalau dulu,dapat kasut. mesti gua bawak tidur. malam-malam cium dulu, lepas main terus basuh. bantal dah tak penting asalkan ada kasut kat kepala katil. itu dulu.

yang kat atas tu saja je merepek,gua nak berlagak jer sebab ada kasut baru hahaha
kasut gua koyak.sumpah sedih!!


ini kasut lama. sumpah gua sayang tapi nak buat macam mana,dah koyak..
tapi gua dah beli yang baru hahah..cari yang accurate shoot sikit,mana tahu boleh jadi midfield pula nanti :p


yang pink member gua punya,dia memang jambu.. gua yang hitam. adi nova lama,dah lama nak beli. sekarang baru dapat. saja nak cari yang precise and accurate. top speed is important!
mood= hepi gila

dari gua~

Wednesday, November 24, 2010

BELAJARLAH SANGAT

 'bila kita nak start study?,gesa member gua.
'esok', ringkas jawapan dari gua.

esoknya.

'bila nak study?, sekali lagi member bertanya.
'esok' ringkas dan padat.
'dah kau bila lak? tanya gua.
dengan yakin member gua menjawab ,
'MALAS!!, makin banyak gua study makin banyak yang tak tahu! '
 *dalam hati gua, what the fork..cakap macam pfftt!!


dari gua~

Tuesday, November 23, 2010

PANGGILAN 2

ring,ring..xabis-abis enset antik gua bersuara,minta-minta jangan salah nombor lagi. kalau panggilan dari pejabat MARA ok la juga,mana tahu dapat duit elaun lebih ker..
gua xtunggu lama.gua picit butang hijau yang berkelip..

gua: hello 

x: erkk..

'pergh,gadis call gua'

gua: hello,sapa nie?

x: english please,i'm emma watson..ur babe

gua:kapla pun*ek!! tut,tut,tut..
dari gua~

PANGGILAN

 ring,ring..tepon antik gua bersuara,ada gak makhluk Allah yang sanggup call gua..

gua :hello,nie sapa?

pemanggil: lu sapa call gua?

'heran?'

gua: gua xde call sapa2 pun,lu cari sapa?

pemanggil: azlan

gua: oh sorie,lu wrong number.

pemanggil: ah,jangan nak menyamar. ko kat mana tu lan?

gua: keparat. tut,tut,tut..
dari gua~

Monday, November 22, 2010

final?huarghh

pejam celik,pejam celik,pejam tak celik-celik tengok final dah dekat
sumpah tak suka,mesti stress belajar *belajarlah sangat
tapi takpe, engineering student tak kesah sangat haha

 macam tu la gamaknya.
tapi aku dengan roomate lain sikit.
pagi tidur,tengahari keluar,petang main bola,malam kerja,lepas tu tido balik..belajar bila?
dari gua~

Monday, November 15, 2010

PELAYAN

lumrah hidup..
setiap kerja mesti didahulukan dengan arahan.
"ambik order jap lagi,kalau ada customer yang nak nasi goreng ayam dengan nasi daging merah. bgtaw xde ye,bahannya xckup.ok?"

camtulah antara arahan yang paling simple sebagai contoh

tapi..
bila dah ada yang dungu buat keje,macam nie la jadinya..

waiter A : "bang,buatkan nasi goreng ayam satu"

waiter B : "dorang xnak nasi goreng kampung,dorang nak nasi daging merah jer"

waiter C : "nasi goreng ayam tiga,xnak nasi lain!!!!
dari gua~

Friday, November 12, 2010

siput punya cerita

 currpp..suppp,slrpppp..nyuttttt,nyutttt...
bingit telinga,sakit hati pun ada..
nyut,nyuttttt...
bunyi dia..pergh,mendung-mendung macam nie pula
bunyi nak sama dengan aktiviti itik menyonyot air longkang
begitu syok roomate gua sedut siput
sebagai menu makan tengahari kitorang..
kedai yang selalu diuar-uarkan sedap dan murah
macam shopping kat tesco..
tapi memang murah pun..
gua pun turut mengidam sama,murah punya pasal..jauh sedikit pun tak mengapa.

tapi gua hairan,orang lain makan
rm3,rm4,rm3,rm4..
tak mahal la..
tapi sampai jer kat gua..rm5??
pelik betul,nyesal makan lauk ayam!!

 currpp..suppp,slrpppp..nyuttttt,nyutttt...
bingit telinga,sakit hati pun ada..

                                                                     CIPUT CEDUT
dari gua~

Thursday, November 4, 2010

dari baldi itu!!

pelik,bosan,boring..sumpah gua bosan.hujung minggu macam nie lagi la,semua nak balik rumah masing-masing jer..
huh!
homesick! lembik,tak tough! *ayat dengki
tapi sumpah gua bosan,tak tahu nak buat apa.
online,facebook,skype,bola,facebook balik,makan,berak,counter strike..
nak tidur mata taknak pejam lak
nak bangun awal,tak ada aktiviti nak buat lak..
haishh..macam-macam
kepala dah serabut,tengok bilik macam sarang tikus.
tilam atas lantai,selimut bawah katil,katil tepi meja,bantal?ntah ada lagi ke tak..
haishh..
semua serba tak kena.
keluar bilik,masuk balik,keluar,masuk,keluar,masuk
lepas tu cari gaduh dengan bilik sebelah,tak pasal-pasal ajak gaduh
pastu gelak-gelak.sambung berfacebook balik..
bosan! bapak arh bosan..
tengok pintu loker,tak cukup satu..
memang pelik..
nak kunci macam mana?
tengok tong sampah,kosong!
bagus betul budak-budak nie.
tengok atas lantai..MasyaAllah!
berpinar bijik mata.

kat dinding?
seluar,baju,baju,seluar,hanger,tuala,
langsir?
cadar,bendera..
koyak pula tu..

sumpah gua bosan..
gua pandang baldi.
gua senyum!!
comel ke sampai senyum??
atau dah sewel?
ada ke patot senyum tengok baldi..
haishh,macam-macam...

gua teringat cerita dulu-dulu,
time hidup kat asrama.
time tu semua tengah lapar,bosan macam nie la..
plan nak makan megi..
tapi bekas lak tak ada..
kitorang terpandang baldi
sama macam baldi sekarang,
badan merah,tangkai putih.
kitorang masak megi dalam tu
makan ramai-ramai
buat halaqah..12 orang time tu kalau tak silap
memang berkat la..
pakai tangan lak tu..
tangan masing-masing mana datang ntah
bedal jela,yang first sentuh untung la..
yang last-last?
imagine la sendiri
tapi makan!!

gua senyum meleret
"woii,gila ke senyum pandang baldi??"
jerkah orang sebelah..
lapar megi gamaknya
tak pun dia tengah bosan pastu dengki tengok gua senyum
hahahahahh

macam nie la lebih kurang rupa baldi tu..

dari gua~

yang teristimewa!!!

sape-sape yang jumpa mamat ngan gadis nie kat luar,jangan la segan-segan nak mintak otograf yerk..
dorang nie artis..
yang laki tu artis glamer lak tue...

hahahaha

macam farid kamil ngan lisa surihani camtu r gamaknya..


dari gua~

Tuesday, November 2, 2010

lucu!! amat lucu

sekembalinya gua dengan mr.roy merangkap classmate dan roomate gua,satu impian telah gua simpan dalam benak gua.TIDUR!! ya,tidur.impian gua tiap-tiap hari setelah habis kelas yang memboringkan.

tapi impian hanya tinggal impian,gua ternampak satu notis berwarna kuning terselit dicelah sehelai kertas. notis?kuning?notis mengajak ke majlis walimatul urus gamaknya. kertas itu memang lawa,saiz A4 yang boleh digunakan untuk dijadi iklan cicak tokek dan ditampal di dinding-dinding tangga.

gua tanpa segan silu mengambil notis tersebut, NOTIS SAMAN,terpampar jelas di sudut atas kertas itu. dan dibawahnya tertulis "sila jumpa sir bangsat".menarik gila nama beliau.
disudut bawah kertas tersebut pula ada ditulis total amount yang perlu dibayar, RM1000.00. "ala,RM1k je?,sikit betul.lain kali saman la mahal lagi".

bodoh,memang bodoh,sir bangsat nie masih lagi tidak berpuas hati dengan gua.

antara kesalahan yang dilakukan,

-menganjurkan sebarang upacara atau parti tanpa kebenaran.
ya,memang kitorang menganjurkan parti kapla abah kau.

-merosakkan harta benda awam @ vandalisme
memang banyak la yang rosak,antaranya kereta ko yang akan rosak kejap lagi

-membakar mercun-saman paling mahal RM500
kapla abah kau bakar mercun!

-membazir air dan elektrik
memang betol haha

memang lucu,sumpah lucu..sir bangsat nie memang dah point gua
xpe2,terima kasih la sir.terima kasih banyak-banyak!!
dari gua~

Friday, October 29, 2010

benci sangatkah beliau kepada gua?

 dia makhluk Allah juga tapi xtaw kenapa gua sangat tak suka akan beliau,
kadang-kadang gua tengok beliau comel sangat,
gua pegang beliau,gua belai beliau,gua cium beliau,
tapi kadang-kadang gua benci sangat kat beliau,
gua ikat beliau,
gua sembur beliau dengan ridsect,
gua sepak beliau,
gua baling beliau atas pokok,
gua baling batu kat beliau,
tapi beliau tak marah kat gua pown,
beliau tengok jer gua dengan belas,
gua pown heran jugak.

tapi,ada suatu hari tu,
benci gua makin membuak-buak,
gua baru nak start sayang kepada beliau
tapi beliau buat taik dengan gua
.............
ada ke patot!!
sampai hati beliau berak atas selipar gua!!
benci sangatkah beliau kat gua?
sampai selipar yang gua pakai tuk sepak beliau yang jadi mangsa,
beliau kenal ke selipar gua??

keparat!!
dasar kucing,memang macam tu!!!
mampos la beliau kalau jumpa dengan gua!!!

dari gua~

Monday, October 25, 2010

bila kelate ke final!! PM mungkin milik kami!!

 30 oktober 2010,macam biasa la.sekali lagi the red warrior ke final piala malaysia. gua agak fanatik dengan gelombang merah nie tapi gua mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi.

sekali lagi pahlawan merah berjumpa dengan hobing jang hobin. tahun nie misi untuk sang kijang membelasah ghuso..

macam-macam tindakan dikenakan kat KAFA nga fan kelate,apa  motif disebaliknya tak sapelah tahu.
tukang denda hanya tahu duit,apa nkk jadi-jadilah
media pula,xabis-abis memanipulasi berita
sape-sape yang cakap fan kelate nie ganas,memang salah r..
fan klate nie umpama tebuan,kalau diorang tak diganggu,dorang takkan menyengat..

FAM??harga tiket Rm30?mahal kowt..
gua dah boleh ramal apa yang bakal terjadi kat SBJ kalau pahlawan merah kalah,
harga tiket mahal pastu kalah,
mesti tak berbaloi...
tapi itu golongan radikal punya thinking la..
gua tahu sebab gua...FANATIK juga!!


dari gua~

ROOMATE GUA??perghh..barai...

 "orang yang tidak berwawasan selalu menganggap RM50 itu tidak bernilai,tetapi bagi orang yang berwawasan Rm50 itu boleh digunakan untuk menternak ayam,kalau orang yang lagi berwawasan dia akan sedekahkan wang itu"
tokoh falsafah terenganu,23 0ktober 2010.

bilik 02-03-06,yang sepatutnya mempunyai 4 penghuni menjadi 5,kadang-kadang 6, kadang-kadang mencecah 10.bilik umpama kapal pecah tetapi masih dianggap style. semua mempunyai rahsia tersendiri.

fuad asri muda
seorang golongan pemikir yang bersikap radikal dan keibuan,tidak mengemarkan politikus sampah.begitu tegas namun kontroversi dan persoalan timbul terhadap ketulenan beliau. gosip bertiup mengatakan dia seorang perempuan @ pengkid. gua agak ragu-ragu,takut juga kalau apa-apa terjadi..

                                                                       tulen ka??

muhammad hanif abdullah
hebat,dengar nama pun hebat.gua bukan nak cakap lebat tapi dia memng hebat. badan,perghh..xyah nak cakap,6-pack berketoi-ketoi haa.tapi sayang,ada masalh bahasa,BI failed..sedih betul,dia comel sangat bila senyum malu,cam kambing biri-biri. cakap sepatah pun dah boleh tergelak,dia hebat.sumpah hebat tapi kena tipu juga.

muhammad faiz saidi  

nie dia sorang lagi. abang long bilik gua,geng-geng jurus 30.jangan main-main. memang brutal la,sumpah gua tak tipu. ganas,baran,semua kat dia tapi bila tengok cerita lagenda budak setan,air mata mengalir juga. dia nie pahlawan,pahlawan apa,gua taknak r cerita. ada iras-iras artis,macam farid kamil, kemera ada,kereta ada, laptop pun ada,awek lagi la ada.nie ha gambar dia...




gua
gua sendiri,biasa la beb..artis katakan,semua yang elok,gua la tu hahaha

nie ha ada sekor lagi tertinggal,yang nie konpem teruk.kojo nak menompang ja aih.buat sepah bilik ado laa.pemalas tapi berwawasan ngan tinggi pengetahuan. sumpah gua cakap dia pemalas,ada awek form 2.sama size kat brickfield..bab-bab bergambar,semua kamera penuh gambar dia.nak jadi penternak ayam katanya.
fakhrur rodzi@ tonk namanya





dari gua~

SUNGGUH SWEET!!

Gua berbunga bila baca post yang pacar gua post nie http://cakapbanyaks0ngeh.blogspot.com/. beliau sungguh sweet, sumpah tak tipu,sebab tu gua sayang bangat sama dia. 
walaupun gua brutal sikit tapi hati tetap berbunga der. gua tak tipu dia sweet cam gula-gula kapas!!

sapa-sapa nak ngorat dia,meh datang jumpa gua dulu. gua nak bagi penampar ala-ala jepun tawan malaya sikit hahah


*diA selalu buat gua hepi
*dia cooler pad gua
*dia peneman tidur gua
*dia penasihat gua
*dia sangat sayang kat gua
*dia saporter gua

DIA SEGALANYA BAGI GUA



dari gua~

Saturday, October 2, 2010

sedih..pertama kali dalam hidup gua

tut,tut..bunyi mesej yang baru diterima oleh gua. "awak,balik nanti saya nak keluar taw. dengan fernandez,boleh tak?", gua kelu. gua tak pernah kisah kalau dia nak keluar sebab gua tahu dia macam mana. tapi petang tadi hati gua rasa lain, rasa semacam jer. kalau boleh gua tak nak jer izinkan dia keluar tapi gua buat xtahu jela, maybe juz perasaan gua. kalau gua tak izinkan dia keluar,nanti apa pula orang kata. so,gua izinkan dia keluar. gua reply mesej dia. "oh,oke. selamat keluar la nanti," tu jela mesej last yang gua sent kat dia lepas tu dia terus senyap tanpa berita.
jam dah menunjukkan pukul 9.dah berjam lamanya tapi dia masih lagi diam tanpa berita. gua tak mesej lak dia sebab gua tak nak ganggu dia. gua hepi bila tengok dia hepi. sebab kebelakangan nie dia selalu cakap yang dia stress. so,gua bagi la peluang dia lepaskan stress. gua betul-betul suka bila tengok nurul hepi,gua tumpang bahagia. dia caring sangat tapi gua kenal sangat dia macam mana. gua tengok jam lagi,dah pukul 10 tapi masih lagi tak ada sebarang berita dari dia. selalunya time tu la dia mesej gua, tanya gua dah makan ke belum,tanya gua tengah buat apa tapi malam nie memang lain.gua pelik. gua buat tak tahu jela walaupun dah bermacam benda terlintas dalam hati. macam biasa, bila dah pukul10. gua gerak r pergi lepak kat kedai, tengok bola spurs lawan aston villa time tu.
...........
ring,ring..tepon cap ayam gua berbunyik. nombor yang tak dikenali terpapar kat skrin tepon gua. " sape la yang kol time gua ngah syok tgk bola nie," bising hati gua. "helo,nie john ker?saya nak beritahu yang nurul kemalangan," gua terdiam. antara percaya atau tak. benda yang gua terfikir memang betul-betul dah terjadi. naluri gua dah cakap macam tu. macam ada telepathy antara kami. sesuatu yang gua taknak dah berlaku tapi nak buat macam mana. benda dah terjadi. nasib baek ada yang tolong sampaikan untuk gua.
...........
gua tengok jam,dah pukul11.30. tepon gua lak tak henti-henti berdering.mengalahkan golongan koprat. gua dah risau. macam-macam berita yang gua terima. gua tak tahu mana satu yang betul.
dalam hati gua,gua hanya mampu berdoa,berdoa agar nurul tak ada apa-apa. time tu gua teringat kata-kata dia. "awak,kalau saya sakit.awak boleh tak berada disisi saya?"gua hanya menjawab selamba tanpa mengambil serius. sekarang gua betul-betul dah sedih bercampur marah. gua marah sebab ada orang berani langgar isteri gua dari belakang. kalau gua jumpa orang tu,memang gua langgar dia balik..
..........
awak,saya risau sangat kat awak. walaupun awak taknak bagi member-member awak bagi tahu saya keadaan awak sebab awak taknak saya risau.saya sedih sangat,saya hanya mampu berdoa kat awak. saya harap awak tak apa-apa. awak bersabarlah. saya janji akan lawat awak. awak tunggulah..i'll be at ur side..
.........
SEMOGA CEPAT SEMBUH AWAK!
dari gua~

Wednesday, September 29, 2010

malunyer..

percaya tak percaya,seorang mamat dengan lagak macho berkulit hitam manis.segak orangnya,yang zaman mudanya dikenali sebagai seorang yang brutal tapi kini telah berubah mengikut arus modenisasi yang kian mengugat struktur keamanan rumah tangga dan bergerak kearah penyakit psikologi yang digelar "emosional".berhati kering dan tak berperasan selalu disalah anggap sebagai kejam. walhal semakin enak bila di aplikasikan terhadap golongan-golongan tertentu.
parameswara pernah berkata "arwah baik orangnya"..
begitu sedih bila dikenangkan apabila gagal memenuhi percaturan dan struktur rancangan seorang gadis dan dianggap berada jauh darinya.kucing bawa tidur,rimau bawak ngigau..semakin pening dan sering mengamuk,menjerit didalam bilik macam tiga naga bertempur.tidak pernah dia bertanya "awak oke ke?". tidak mengharap pertanyaan aneh sebegitu tapi dapat melembutkan jiwa yang memberontak.rela bersengkang mata umpama kura emas bersama ikan koi.menunggu mesej dia sebab hanya itu yang dapat dibuat tapi sering tertidur sambil menunggu,masih lagi gagal..hubungan sejagat menjadi teras,adik beradik sebagai konsep. jangan hirau cakap ayah bila ada buah.
tidak mengerti apa yang dicoretkan.konfius?pening?senyum?tidak ada apa-apa..
dari gua~

Tuesday, September 21, 2010

lawak yang paling klaka selepas raya

situasi menunjukkan 5 bersahabat pulang selepas kekenyangan mencekik nasi lemak berpakej bajet gara-gara kehabisan wang. perjalanan mereka dengan menaiki kereta mazda rx8 yang dipandu megah oleh e-kie (kanda) dengan aksi hydroplanning di atas permukaan air. puad onah yang merupakan abang chik pekida begitu bahagia berada di tempat duduk hadapan. manakala abang long (dr cinta),ayahanda (kasyah) dan abang kawasan(eman manan) hanya berada di belakang menyaksikan kawasan jajahan mereka..
"weiii..jalan kaki jah?" tegur kanda dengan lagaknya apabila dapat memandu mazda rx8 bersticker pekida di tengah cermin sambil membuka jurus 30. perjalanan bgitu jauh,dimana terletak kira-kira 10 meter sahaja dihadapan pintu pagar kampus tapi lagak berkereta umpama di amereka.


dalam perjalanan pulang,mereka berjalan pulang dengan memanjat tangga ke tingkat empat hostel. sedang leka mereka ketawa tak ingat dunia. terkejutlah mreka memandang seorang senior yang begitu brutal mukanya. berambut panjang, berparut dimuka, bengis matanya. berjalan menuruni tangga seorang diri. "perrrghhh....brutal betul", desus hati abang kawasan yang begitu mengagumi senior tersebut apabila beliau membetulkan rambutnya yang panjang macam dalam iklan sunsilk..
"tap,tap,tap.."keadaan menjadi sunyi,yang hanya kedengaran hanyalah langkah selipar senior tu. setibanya saat yang mendebarkan dimana senior itu berselisih dengan mereka, rungsing kalau-kalau dipukul senior tersebut..praapppp...senior itu tersilap langkah lalu jatuh..yarkkk!, sambut abang kawasan. lalu mereka berlima tanpa segan silu ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia.berlari lah mereka sambil ketawa memecahkan hening malam. "bodoh",seraya mereka berkata sambil ketawa. kemungkinan besar senior tersebut trauma lalu mencukur botak rambutnya bagi mengelak dari diketawa. menjadi kesilapan besar bagi beliau untuk jatuh dihadapan mereka.
dari gua~

Monday, September 13, 2010

MIMPI ATAU REALITI?

0830 a.m. : sehari sebelum raya
“abah,cepat la sikit.dah lewat ni,abah janji nak berbuka kat uma atok”,rintih anak gua dlm versi pelat. “ntah la abang ni,bersiap mengalahkan perempuan jer,”jampuk isteri kesayangan gua merangkap mrs.pyruvate. “yela-yela. ala, raub jer pun.bukan jauh pun sayang.v-tec tak sempat berbuka pun da sampai la sayang”,jawab gua sambil menarik seluar tersedut di celah bontot. “dah,jom gerak.tadi bukan main bising lagi nak berbuka kat umah atok”,usik gua terhadap anak tunggal kesayangan gua.

“adik pegang ibu kuat-kuat tau,ayah nak pecut non-brake,non-stop nie”,sambung gua dengan lagak setelah dapat memegang stereng Honda EK hutang. “abang nie,bawak pelan-pelan suda.biar lambat bang asalkan selamat,”tegas mrs.pyruvate. “tu dulu la sayang,sekarang nie biar ekspress asalkan selamat.haa,tu baru betul,”jawab gua dengan penuh ego.
Sepanjang perjalanan, jangan di  katakan motosikal Kawasaki ninja jer yang gua potong. kereta, train, jet, lori sampah semua gua potong. biasa la, enjin v-tec katakan. blok enjin racing tak calar punya, piston pom bau kedai lagi, blok baru lepas korek jer der.
“abang, perlahan la sikit. nak tercabut hati, jantung, limpa, hempedu saya nie bang, ” tegur isteri gua. “yela sayang oii, abang bawak slow lanie. nanti abang potong kancil buruk depan nie k?,”jawab gua selamba dengan spek rayban hitam berkilau dimata. “sayang tengok abang hebat tak? tengok nie taw,” sapa gua kepada isteri gua supaya melihat gaya gua memotong kancil buruk yang meter 70-75 kmph di atas hi-way. speed trap, saman ekor gua dah tak pedulik lagi da. Vrooommmmmmmm, “haa, tengok sayang. stylo mylo tak? ”sambil mengusap jambul rambut gua. “yela abang oii. dah, tadi cakap last ngan kancilkan?” sinis isteri gua berkata. “oke-oke, yang nie last. lori sebijik k sayang?” janji gua sekali lagi sambil memuncungkan mulut menunjuk kearah lori tata zaman jepun angkut kayu dihadapan kereta gua. Vroooommmmmm, “boy!boy, boy..kiri nie boy,jangan boy..”jerit isteri gua. Gua senyum lagak dengan elemen macho habis setelah dapat memotong sebuah lori dari belah kiri. “ala, menyampah betul aku dengan kereta charade datomaso buruk nie,dah taw nak bawak slow.dok kat jalan kampong jela,”marah gua bercampur lagak. “sayang,nie yang last k?i janji,”sekali lagi gua menabur janji. “jangan bang,lori kat depan tu”,marah isteri gua. “u see only k sayang?” lagak gua sekali lagi.vrooooommmmmm….poooooooooooooonnnnnnn…
Baaaaannnnggggg….gua dah tak sedar gua kat mana,isteri gua dah tak bersuara,anak gua menangis . “ayah tipu,tipu….”,rengek anak gua yang sayup-sayup kedengaran tapi mata gua dah terpejam.hanya telinga yang mendengar.
Pi,bangun pi.pi..bangun nak,nie mak nie nak.bangun la..gua sedar dari pengsan.”mana isteri saya mak?anak saya? Dorang selamat tak mak?kenapa saya ada kat katil nie?mana isteri saya?” tanya gua dengan air mata mengalir laju,gua betul-betul menyesal kerana degil.
Pang!! Sedas penampar perisa serunding daging hinggap tepat dipipi gua yang chubby nie.
“Isteri,anak jadah apa pula ko nie!?mangkuk hayun punya budak.dah pukul3 petang pun mimpi lagi?bangun la woii,kurus puasa tu.ada hati nak ada bini,anak.nak bangun zuhur pun tak boleh,”lantang mak gua menyapa.gua senyum malu jer,gua mimpi rupanya hahahaha..
Yang paling tak bole blah,mak gua abis spend time dia tuk sebarkan gossip mimpi gua kat member-member ngan family gua.memang jadi bahan la gua di pagi raya yang mulia nie.member gua kamaruddin che din che dun,syapiq azman,roy kasanova,abang mat kawasan,mamat original spicy,shahrul pomen,napi tuli,Ibrahim cikgu ya,aiman mamat jesus @ mamat isa,mazlan ropiie chehhh, ismadi rosmadi rosli, puyie daki, nukman scebish, hakim cekeli,apik lalat,aiman che lah,zambarota anak adnan, zubir DBQ , adeq lan, ejat rebonding, elie pisang..terima kasih la sebab sudi tadah telinga dengar cerita mak gua,terima kasih juga sebab ketawakan gua..sumpah eden malu! 

dari gua~

Thursday, September 2, 2010

BELIAU~

nama dia beliau
beliau nie felo kat kampus gua,ramai yang sayang dia tapi gua tak..
dia bukan main bangsat dengan gua..
beliau nie memang suka cari pasal dengan gua..
hari nie,beliau ronda satu kampus cari gua
beliau jumpa gua kat kelas selepas penat meronda satu kampus
beliau masuk klas gua..
beliau malukan gua..
beliau panggil gua dalam kelas depan classmate gua..
beliau tuduh gua main mercun..
beliau memang bangsat
buat muka cam nak telan gua jer..
gua apa nak kesah sebab bukan salah gua..
beliau warning gua..
panggil gua ke opis beliau..
tapi gua tipu beliau..
gua tak pergi pom..
malam nie,beliau jumpa gua dalam hujan
beliau tahan gua dalam hujan..
beliau ugut gua..
tapi tak apa..
gua apa nak kesah..
tapi beliau kena ingat..
once u fuck with me..
i'll fuck u triple harder..
beliau nak main gila dengan gua..
bak datang la weii..
sebab beliau gua dapat malu
sebab beliau gua tidur dalam kelas
sebab beliau gua cuak..
sebab beliau gua tak tenang..
tak pe beliau,beliau tunggu jela..
nama dia ialah beliau...

beliau felo kampus gua..
dari gua~

gadis berfikiran sumpik yang amat sinis~

sempit,sumpit,sinis,lawak..


geli hati gua bila baca satu blog dari minah nie,minah D namanya.seorang gadis yang berfikiran sumpit yang begitu tipikal dan mengambarkan kebodohan beliau.begitu suka dikelar,dihentam dan dikecam.maklumlah,seorang gadis yang berfikiran sumpit..


gua tak kesah lu nak cakap apa tapi blog lu minah sumpit memang membuatkan jiwa baran gua agak terasa dengan coretan lu.sungguh gua tak sangka budak bertaraf degree masih memiliki pemikiran sumpit walaupun malaysia sudah merdeka buat kali ke-53.


gua post blog nie bukan sebab perkauman,bukan sebab gua kesah,bukan sebab gua nak betulkan pemikiran minah yang sumpit nie,bukan sebab gua hebat,jelas semuanya bukan.gua post sebagai seorang yang pencinta kedamaian yang dewasa dan tidak tipikal.


minah sumpit nie tidak berpuas hati dengan kampus unikl cawangan udara gara-gara seseorang yang membuatkan minah begitu bengang.tapi caranya langsung tidak betul malah mengungkit cerita yang dah berkurun basi lamanya.minah sumpit nie tidak berpuas hati dengan layanan ketika praktikal sem3 dan menganggap unikl cawangan udara sebagai anak gold unikl.dihentamnya sebegitu rupa,dibanding kan dengan bermacam point.memang minah nie hebat tapi berfikiran sumpit.


weei minah,dimaklumkan kepada anda bahawa ketika sem3 disini kami di uruskan oleh faci.kamu kira beruntung sebab dapat jumpa ngan lecturer,dpt temgok bukit tapi kami terpaksa menyiapkan berjuta assignment.walaupun kami dapat bersuka ria meronggeng kesana kemari tapi itu semua atas daya usaha kami.kami menyiapkan proposal,kami menbentangkan kertas kerja dan kami segalanya.kami tidak minta untuk ke DSA tapi kami dijemput kerana event tersebut bersangkut paut dengan kerjaya kami dantidak pula bersangkut paut pula dengan pembuatan perabut dimana kamu perlu dijemput.kami juga dijemput sebab kami boleh dikatakan dekat dengan tempat event berbanding dengan unikl cawangan laut,cawangan kimia,cawangan elektrik dan sebagainya.


kami memang namapak gah disebabkan adanya IQ test dan INTERVIEW berbanding cawangan lain.tapi itu merupakan kehendak MQA,DCA dan industri.kami dijaga dari segi kuantiti memang atas dasar untuk menjaga kualiti kami tapi  kami juga dijaga dari segi kuantiti sebab cawangan udara nie kecik,hostel pom tak muat nak tampung student lagi.tak macam cawangan lain yang fasiliti jauh lebih hebat bersama kampus yang lagi besar..


wei minah,kami pun wujud tepi bukit juga,kiri kanan kelapa sawit.memang senang sangat la kan nak ke bandar?teksi ngan bas pom tak lalu,apatah lagi pkcik aiskrim bersama motornya..korang kira beruntung sebab ada bas.kitorang stesen minyak terdekat pom 15km jaraknya dari kampus.apa yang hebatnya.


wei minah,memang internet kitorang laju.4mb tuk 2000++ student,memang laju la sangat.gua tak tahu pula kalau taraf sesuatu cawangan bergantung kepada internetnya.


wei minah,kitorang memang anak gold unikl.sebab tu kitorang mintak peruntukan nak buat event yang harga 2000k tak dapat.tapi kampus cawangan laen nak buka koir club dengan kos 14k senang jer dapat.kitorang memang anak gold sebab tu sampai sekarang kitorang tak dapat lagi PPE kejadah tu lagi.tak macam korang..


wei minah,gua nak minta maaf la kalau lu terasa.gua bukan bersifat perkauman tapi blog coretan lu minah memang buat ramai yang terasa.lu nak marah pom agak-agak la der.lu deal dengan manusia,bukan ngan binatang yang xderk perasaan.


lu marah tak ada motif,tak ada sape yang hebat,gah yang macam lu fikirkan tu.semua sama,ada otak pakai.jangan nak simpan kat kepala lutut.


papepom gua nak ucapkan selamat hari raya kepada lu minah sumpit,maaf zahir batin.
dari gua~

Monday, August 30, 2010

MERDEKA!

merdeka!
merdeka!
tu dalam media jela..dalam tv,tu pom gambar yang 50 tahun dulu..


sekarang,
mau duit ka?
mau duit ka?
sebab sekarang semua pasal duit..


dulu,
orang biasa hidup susah,kais pagi makan pagi..
tapi sekarang,
rakyat didahulukan,tapi ramai lagi yang kua bersamamu..
gaji menteri sikit sangat..
rm10 k jer basic tapi 
bila campur elaun still sikit gak..
rm55 k jer..


dulu,
tak ada pom paper,dapat baca paper memang hebat..
sekarang,
baca paper pom dah taknak..
sebab semua cerita sama kat dada tabloid propaganda mamat politikus keparat
rasuah,rogol,bunuh,bayi,curi,bayi,rogol,rompak,tipu,rogol,bayi,bunuh,rompak...
rasuah kadang2 jer...
dari gua~

Thursday, August 26, 2010

MAN-MADE HEAVEN

Debts of this life burden you when you thought numbers could save you.
Gambling lives in this heart full of shames and digressions
Dreams turn nightmares, shallow like wind, you wonder where to fit in?
This world full of shit!!

Bottles of beast taking you home, tell me exactly are you happy ?
People hate when you suffocated and the debts that you bare
She’s doesn’t care the cars are for sales, tears turn to sour nothing is fair
Now you bought by empathy in this MAN MADE HEAVEN

DEBTS OF LIFE that you fold yourself into man made heaven.
HAPPINESS ARE BOUGHT by servants until you half dead
BULLET IN YOUR HEAD were the only way to end your convictions.
THIS BOTTLE OF BEAST will not answer your prayers any longer

Can you tell me where’s the fortune price
Not in palm of your hands not in numbers that you buy
Save by the grains won’t be compromise
Life in your hands not your sleeping pills goodnight.

you wanna look so good, you wanna be at comfort
Zone For the things and luxuries that you bought
By the life that they deceive from the glance of beauty

Pursuits of your happiness are just dream you chase
everything now is safe insured by the hidden debts
That you made mistakes, to make yourselves this happy
Taken new life that wanted from the one who leads?

This is reason to live by desirable of invisible
Magical experiences which turn to miserable
For all the accomplishment you possess
Striking down everywhere from heaven to dirt.
dari gua~

KUDA RAJA

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. 

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya, 

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" 

Maka dengan selambanya budak tu berkata, 
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. 

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. 

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, 

"Cubalah kalau boleh". 
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. 
Raja berasa pelik lalu bertanya! 

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" 
Dengan selambanya budak tu jawab, 

"Nak kena jentik lagi...??"

dari gua~