Wednesday, September 29, 2010

malunyer..

percaya tak percaya,seorang mamat dengan lagak macho berkulit hitam manis.segak orangnya,yang zaman mudanya dikenali sebagai seorang yang brutal tapi kini telah berubah mengikut arus modenisasi yang kian mengugat struktur keamanan rumah tangga dan bergerak kearah penyakit psikologi yang digelar "emosional".berhati kering dan tak berperasan selalu disalah anggap sebagai kejam. walhal semakin enak bila di aplikasikan terhadap golongan-golongan tertentu.
parameswara pernah berkata "arwah baik orangnya"..
begitu sedih bila dikenangkan apabila gagal memenuhi percaturan dan struktur rancangan seorang gadis dan dianggap berada jauh darinya.kucing bawa tidur,rimau bawak ngigau..semakin pening dan sering mengamuk,menjerit didalam bilik macam tiga naga bertempur.tidak pernah dia bertanya "awak oke ke?". tidak mengharap pertanyaan aneh sebegitu tapi dapat melembutkan jiwa yang memberontak.rela bersengkang mata umpama kura emas bersama ikan koi.menunggu mesej dia sebab hanya itu yang dapat dibuat tapi sering tertidur sambil menunggu,masih lagi gagal..hubungan sejagat menjadi teras,adik beradik sebagai konsep. jangan hirau cakap ayah bila ada buah.
tidak mengerti apa yang dicoretkan.konfius?pening?senyum?tidak ada apa-apa..
dari gua~

Tuesday, September 21, 2010

lawak yang paling klaka selepas raya

situasi menunjukkan 5 bersahabat pulang selepas kekenyangan mencekik nasi lemak berpakej bajet gara-gara kehabisan wang. perjalanan mereka dengan menaiki kereta mazda rx8 yang dipandu megah oleh e-kie (kanda) dengan aksi hydroplanning di atas permukaan air. puad onah yang merupakan abang chik pekida begitu bahagia berada di tempat duduk hadapan. manakala abang long (dr cinta),ayahanda (kasyah) dan abang kawasan(eman manan) hanya berada di belakang menyaksikan kawasan jajahan mereka..
"weiii..jalan kaki jah?" tegur kanda dengan lagaknya apabila dapat memandu mazda rx8 bersticker pekida di tengah cermin sambil membuka jurus 30. perjalanan bgitu jauh,dimana terletak kira-kira 10 meter sahaja dihadapan pintu pagar kampus tapi lagak berkereta umpama di amereka.


dalam perjalanan pulang,mereka berjalan pulang dengan memanjat tangga ke tingkat empat hostel. sedang leka mereka ketawa tak ingat dunia. terkejutlah mreka memandang seorang senior yang begitu brutal mukanya. berambut panjang, berparut dimuka, bengis matanya. berjalan menuruni tangga seorang diri. "perrrghhh....brutal betul", desus hati abang kawasan yang begitu mengagumi senior tersebut apabila beliau membetulkan rambutnya yang panjang macam dalam iklan sunsilk..
"tap,tap,tap.."keadaan menjadi sunyi,yang hanya kedengaran hanyalah langkah selipar senior tu. setibanya saat yang mendebarkan dimana senior itu berselisih dengan mereka, rungsing kalau-kalau dipukul senior tersebut..praapppp...senior itu tersilap langkah lalu jatuh..yarkkk!, sambut abang kawasan. lalu mereka berlima tanpa segan silu ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia.berlari lah mereka sambil ketawa memecahkan hening malam. "bodoh",seraya mereka berkata sambil ketawa. kemungkinan besar senior tersebut trauma lalu mencukur botak rambutnya bagi mengelak dari diketawa. menjadi kesilapan besar bagi beliau untuk jatuh dihadapan mereka.
dari gua~

Monday, September 13, 2010

MIMPI ATAU REALITI?

0830 a.m. : sehari sebelum raya
“abah,cepat la sikit.dah lewat ni,abah janji nak berbuka kat uma atok”,rintih anak gua dlm versi pelat. “ntah la abang ni,bersiap mengalahkan perempuan jer,”jampuk isteri kesayangan gua merangkap mrs.pyruvate. “yela-yela. ala, raub jer pun.bukan jauh pun sayang.v-tec tak sempat berbuka pun da sampai la sayang”,jawab gua sambil menarik seluar tersedut di celah bontot. “dah,jom gerak.tadi bukan main bising lagi nak berbuka kat umah atok”,usik gua terhadap anak tunggal kesayangan gua.

“adik pegang ibu kuat-kuat tau,ayah nak pecut non-brake,non-stop nie”,sambung gua dengan lagak setelah dapat memegang stereng Honda EK hutang. “abang nie,bawak pelan-pelan suda.biar lambat bang asalkan selamat,”tegas mrs.pyruvate. “tu dulu la sayang,sekarang nie biar ekspress asalkan selamat.haa,tu baru betul,”jawab gua dengan penuh ego.
Sepanjang perjalanan, jangan di  katakan motosikal Kawasaki ninja jer yang gua potong. kereta, train, jet, lori sampah semua gua potong. biasa la, enjin v-tec katakan. blok enjin racing tak calar punya, piston pom bau kedai lagi, blok baru lepas korek jer der.
“abang, perlahan la sikit. nak tercabut hati, jantung, limpa, hempedu saya nie bang, ” tegur isteri gua. “yela sayang oii, abang bawak slow lanie. nanti abang potong kancil buruk depan nie k?,”jawab gua selamba dengan spek rayban hitam berkilau dimata. “sayang tengok abang hebat tak? tengok nie taw,” sapa gua kepada isteri gua supaya melihat gaya gua memotong kancil buruk yang meter 70-75 kmph di atas hi-way. speed trap, saman ekor gua dah tak pedulik lagi da. Vrooommmmmmmm, “haa, tengok sayang. stylo mylo tak? ”sambil mengusap jambul rambut gua. “yela abang oii. dah, tadi cakap last ngan kancilkan?” sinis isteri gua berkata. “oke-oke, yang nie last. lori sebijik k sayang?” janji gua sekali lagi sambil memuncungkan mulut menunjuk kearah lori tata zaman jepun angkut kayu dihadapan kereta gua. Vroooommmmmm, “boy!boy, boy..kiri nie boy,jangan boy..”jerit isteri gua. Gua senyum lagak dengan elemen macho habis setelah dapat memotong sebuah lori dari belah kiri. “ala, menyampah betul aku dengan kereta charade datomaso buruk nie,dah taw nak bawak slow.dok kat jalan kampong jela,”marah gua bercampur lagak. “sayang,nie yang last k?i janji,”sekali lagi gua menabur janji. “jangan bang,lori kat depan tu”,marah isteri gua. “u see only k sayang?” lagak gua sekali lagi.vrooooommmmmm….poooooooooooooonnnnnnn…
Baaaaannnnggggg….gua dah tak sedar gua kat mana,isteri gua dah tak bersuara,anak gua menangis . “ayah tipu,tipu….”,rengek anak gua yang sayup-sayup kedengaran tapi mata gua dah terpejam.hanya telinga yang mendengar.
Pi,bangun pi.pi..bangun nak,nie mak nie nak.bangun la..gua sedar dari pengsan.”mana isteri saya mak?anak saya? Dorang selamat tak mak?kenapa saya ada kat katil nie?mana isteri saya?” tanya gua dengan air mata mengalir laju,gua betul-betul menyesal kerana degil.
Pang!! Sedas penampar perisa serunding daging hinggap tepat dipipi gua yang chubby nie.
“Isteri,anak jadah apa pula ko nie!?mangkuk hayun punya budak.dah pukul3 petang pun mimpi lagi?bangun la woii,kurus puasa tu.ada hati nak ada bini,anak.nak bangun zuhur pun tak boleh,”lantang mak gua menyapa.gua senyum malu jer,gua mimpi rupanya hahahaha..
Yang paling tak bole blah,mak gua abis spend time dia tuk sebarkan gossip mimpi gua kat member-member ngan family gua.memang jadi bahan la gua di pagi raya yang mulia nie.member gua kamaruddin che din che dun,syapiq azman,roy kasanova,abang mat kawasan,mamat original spicy,shahrul pomen,napi tuli,Ibrahim cikgu ya,aiman mamat jesus @ mamat isa,mazlan ropiie chehhh, ismadi rosmadi rosli, puyie daki, nukman scebish, hakim cekeli,apik lalat,aiman che lah,zambarota anak adnan, zubir DBQ , adeq lan, ejat rebonding, elie pisang..terima kasih la sebab sudi tadah telinga dengar cerita mak gua,terima kasih juga sebab ketawakan gua..sumpah eden malu! 

dari gua~

Thursday, September 2, 2010

BELIAU~

nama dia beliau
beliau nie felo kat kampus gua,ramai yang sayang dia tapi gua tak..
dia bukan main bangsat dengan gua..
beliau nie memang suka cari pasal dengan gua..
hari nie,beliau ronda satu kampus cari gua
beliau jumpa gua kat kelas selepas penat meronda satu kampus
beliau masuk klas gua..
beliau malukan gua..
beliau panggil gua dalam kelas depan classmate gua..
beliau tuduh gua main mercun..
beliau memang bangsat
buat muka cam nak telan gua jer..
gua apa nak kesah sebab bukan salah gua..
beliau warning gua..
panggil gua ke opis beliau..
tapi gua tipu beliau..
gua tak pergi pom..
malam nie,beliau jumpa gua dalam hujan
beliau tahan gua dalam hujan..
beliau ugut gua..
tapi tak apa..
gua apa nak kesah..
tapi beliau kena ingat..
once u fuck with me..
i'll fuck u triple harder..
beliau nak main gila dengan gua..
bak datang la weii..
sebab beliau gua dapat malu
sebab beliau gua tidur dalam kelas
sebab beliau gua cuak..
sebab beliau gua tak tenang..
tak pe beliau,beliau tunggu jela..
nama dia ialah beliau...

beliau felo kampus gua..
dari gua~

gadis berfikiran sumpik yang amat sinis~

sempit,sumpit,sinis,lawak..


geli hati gua bila baca satu blog dari minah nie,minah D namanya.seorang gadis yang berfikiran sumpit yang begitu tipikal dan mengambarkan kebodohan beliau.begitu suka dikelar,dihentam dan dikecam.maklumlah,seorang gadis yang berfikiran sumpit..


gua tak kesah lu nak cakap apa tapi blog lu minah sumpit memang membuatkan jiwa baran gua agak terasa dengan coretan lu.sungguh gua tak sangka budak bertaraf degree masih memiliki pemikiran sumpit walaupun malaysia sudah merdeka buat kali ke-53.


gua post blog nie bukan sebab perkauman,bukan sebab gua kesah,bukan sebab gua nak betulkan pemikiran minah yang sumpit nie,bukan sebab gua hebat,jelas semuanya bukan.gua post sebagai seorang yang pencinta kedamaian yang dewasa dan tidak tipikal.


minah sumpit nie tidak berpuas hati dengan kampus unikl cawangan udara gara-gara seseorang yang membuatkan minah begitu bengang.tapi caranya langsung tidak betul malah mengungkit cerita yang dah berkurun basi lamanya.minah sumpit nie tidak berpuas hati dengan layanan ketika praktikal sem3 dan menganggap unikl cawangan udara sebagai anak gold unikl.dihentamnya sebegitu rupa,dibanding kan dengan bermacam point.memang minah nie hebat tapi berfikiran sumpit.


weei minah,dimaklumkan kepada anda bahawa ketika sem3 disini kami di uruskan oleh faci.kamu kira beruntung sebab dapat jumpa ngan lecturer,dpt temgok bukit tapi kami terpaksa menyiapkan berjuta assignment.walaupun kami dapat bersuka ria meronggeng kesana kemari tapi itu semua atas daya usaha kami.kami menyiapkan proposal,kami menbentangkan kertas kerja dan kami segalanya.kami tidak minta untuk ke DSA tapi kami dijemput kerana event tersebut bersangkut paut dengan kerjaya kami dantidak pula bersangkut paut pula dengan pembuatan perabut dimana kamu perlu dijemput.kami juga dijemput sebab kami boleh dikatakan dekat dengan tempat event berbanding dengan unikl cawangan laut,cawangan kimia,cawangan elektrik dan sebagainya.


kami memang namapak gah disebabkan adanya IQ test dan INTERVIEW berbanding cawangan lain.tapi itu merupakan kehendak MQA,DCA dan industri.kami dijaga dari segi kuantiti memang atas dasar untuk menjaga kualiti kami tapi  kami juga dijaga dari segi kuantiti sebab cawangan udara nie kecik,hostel pom tak muat nak tampung student lagi.tak macam cawangan lain yang fasiliti jauh lebih hebat bersama kampus yang lagi besar..


wei minah,kami pun wujud tepi bukit juga,kiri kanan kelapa sawit.memang senang sangat la kan nak ke bandar?teksi ngan bas pom tak lalu,apatah lagi pkcik aiskrim bersama motornya..korang kira beruntung sebab ada bas.kitorang stesen minyak terdekat pom 15km jaraknya dari kampus.apa yang hebatnya.


wei minah,memang internet kitorang laju.4mb tuk 2000++ student,memang laju la sangat.gua tak tahu pula kalau taraf sesuatu cawangan bergantung kepada internetnya.


wei minah,kitorang memang anak gold unikl.sebab tu kitorang mintak peruntukan nak buat event yang harga 2000k tak dapat.tapi kampus cawangan laen nak buka koir club dengan kos 14k senang jer dapat.kitorang memang anak gold sebab tu sampai sekarang kitorang tak dapat lagi PPE kejadah tu lagi.tak macam korang..


wei minah,gua nak minta maaf la kalau lu terasa.gua bukan bersifat perkauman tapi blog coretan lu minah memang buat ramai yang terasa.lu nak marah pom agak-agak la der.lu deal dengan manusia,bukan ngan binatang yang xderk perasaan.


lu marah tak ada motif,tak ada sape yang hebat,gah yang macam lu fikirkan tu.semua sama,ada otak pakai.jangan nak simpan kat kepala lutut.


papepom gua nak ucapkan selamat hari raya kepada lu minah sumpit,maaf zahir batin.
dari gua~