Thursday, December 1, 2011

jangan pandang sebelah mata

gua selaku wakil lelaki berkulit sawo terlampau matang nak listkan senarai nama orang sejenis dengan gua yang paling berjaya dimalaysia.


nama dia Azad Jazmin, dia berjaya menjadi gangster dekat tanah melayu ni. takde orang lain dah yang lagi gangster dari dia kalau tak silap. KL ni dia yang pegang!



datuk zambri perak @ zambri khalid. yang ni memang dah confirm dah hitam, dua kali ganda lagi hitam dari keh, orang panggil dia "orang minyak perak".



walaupun dia bangsa lain, tak kiralah asalkan dia orang Malaysia. dalam ramai ramai yang hitam, hitam ni yang paling power rasanya.




datuk n. mohanadas. orang hitam yang pertama jejak kaki kat everest. gila woi gila!



badrol bahtiar ni hitam sikit sikit. tapi tak kira sebab dia masuk kategori hitam jugak. kapten harimau malaya ni woi!!





safee sali ni lagi pekat dia punya kelikatan warna hitam tu kalau nak dibandingkan dengan badrol. main bola power jugak ni.








dia ni lagi la hitam, nama dia pun hitam dah. tapi takpe sebab dia punya suara tak hitam keh keh keh.




hah!! nak cakap mende? orang hitam ni memang power, nak buat macam mana kui kui kui

aku dan al-quran

tido petang memang power, lagi lagi bila bangun tu terus dapat sedut rokok mildseven charcoal. dia punya pergi tu memang pehh!
keh bersandar dekat dinding tepi tingkap. keh terpandang kitab suci al-quran atas meja belajar. lama keh pandang, keh tatap. dah lama benar rasanya al-quran tu disitu, tak bergerak, tak berganjak. sayu,sedih keh lihat.

keh teringat ustaz pernah cakap. antara tanda besar kiamat ialah, tulisan al-quran hilang. sebab tiada umat islam yang menggunakannya lagi. maka celakalah sesiapa yang tak menggunakan nikmat al-quran. keh termenung sejenak. teringat kecik kecik dulu, mama hantar pergi mengaji. lepas magrib mesti baca quran. terbawa bawa hingga ke sekolah. bila dah di universiti, jauh dari keluarga. keh makin alpa, jarang sekali nak sentuh. apatah lagi nak baca. masyaAllah. dah jauh keh ni.

keh teringat satu artikel, lebih kurang macam ni la,

(Allah,allah, Ampuni aku...dosaku menggunung tinggi....)

Bisik Allah...Hai anak Adam!
Selama engkau masih berdoa dan berharap kpdKu, Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yang ada padamu.....

(namun, dosa2ku bnyk Ya Robbi)

dan aku tidak peduli walaupun dosa itu bnyk sekali.

(Ya Allah, dosa2ku bnyk,stinggi tinggi awan)

bisik Allah, Hai anak Adam! Jikalau seandainya dosamu itu sampai ke atas awan yg ada di langit, kemudian kamu dtg menghrpkn keampunan drpdKu nescaya Aku berikan keampunan kpdmu.

(Ya Allah, bnyk sngt...dosa2ku terlalu bnyk....sepenuh Bumi ini)

bisik Allah lg, Hai anak Adam! sssnghnya jikalau engkau dtg kpdKu dgn mmbwa dosa sepenuh bumi ini, kemudian engkau dtg menemui Aku pdhal engkau tidak mempersekutukan Aku dgn sesuatu, nescaya Aku dtgkan kpdmu sepenuh bumi pula keampunan.....

(Allahu Rabbi,betapa aku bersyukur dgn nikmat Islam ini)
~hadis qudsi~

keh buang puntung rokok, keh ambil tuala dan mandi. dengan azam yang penuh didada! keh mahu berubah. err, lepas magrib nanti jela baca al-quran. lepas asar nak main bola. keh keh keh.

Wednesday, November 30, 2011

benda paling bengang masa exam

bila mana aokme tengah seronok nak exam, dalam dewan. pengawas yang bajet rajin pulak ramai. dah tu meja punya space memang tak bagi can nak jenguk jenguk orang sebelah langsung.




aok nak jawab dengan enaknya memang tak la kan? aok tu bengap, orang suruh study taknok.
dah tu mula la nak berpeluh sampai ke lurah dubur.


aok nengok jam kat dinding, aok usha dari jauh. dari saat ke minit. dari minit ke jam, aok masih jugak tak ada progres. seluar dibahagian cawat dah kuyup dah. masa ni aok dah start panik dah, memikirkan masa depan serta mana nak cari duit untuk repeat subjek sem depan.




tengah aok memikirkan masa depan, tiba tiba ada gadis depan aok tersenyum senyum gaya nak mintak penampar pakai kaki memanggil manggil pengawas exam.
.....
" sir, mintak extra kertas!"


masa tu, masa tu jugak aok akan melatah.
......
DAMN!!! natang apa yang dia tulis!!! CILAKAK!!!


Wednesday, October 19, 2011

entri gaya romentik sikit!

cilakak! malam malam kalau cuaca sejuk macam ni, memang menarik berborok dengan true love tahu dak?

"benda tu susah na buat
saya takut benda tu hilang
jadi, saya post kat wall awak
selalu ada dekat situ
untuk awak tengok
comel macam awak an?"
 
"tengkiu" balas si gadis.

"welcome" simple jawapan dari si teruna.
"haishh!!
0__0
sape suruh balas hah?
awak kena melukis tahu?
cubit peha baru tahu!
nak?
tak pun picit dengan jari
kui kui kui
awak awak!
ada benda nak cakap ni
tapi awak jangan balas tahu?
baca je
sambil melukis.
tangan melukis
mata baca benda ni
hahahaha
power betei aok ni
hah!
saya nak bagitahu ni
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
bahagia sungguh rasanya
hehehe
^,^
segan la
ta malu betei cakap macam ni
hahahah
segan woi segan.
dah tak macho la kalau macam ni. "

Thursday, August 18, 2011

ramadhan rumah sewa.

"vrooomm" deras bunyi ekzos kenderaan bermotor milik che mat. dari sudut tingkap bilik gua sudah jelas kelihatan kereta saga putih milik che mat. parkir betul betul bawah pokok depan rumah pakcik ajar mengaji. che mat membunyikan hon beberapa kali. selang beberapa minit,ada anak jiran sebelah datang. kelihatan mereka berdua ada benda yang hendak dibualkan. anak jiran sebelah berbisik ikut tingkap kenderaan che mat yang diturunkan separuh yang hanya menampakkan mata dengan sedikit batang hidung che mat. sungguh saspen gayanya. mungkin ketika itu che mat dilanda krisis identiti barangkali.

anak jiran sebelah menghulurkan duit yang bergumpal gumpal kepada che mat dan telah menunjukkan tanda tanda nak berambus dari situ. " dah sampai giliran gua gamaknya", desus hati gua.

gua turun selamba, bersinglet kelabu dengan seluar pendek. ketika itu, che mat sedang khusyuk membetul betulkan gumpalan wang kertas anak jiran sebelah.

"kau nak apa?berapa orang?", tanya che mat dengan gaya bomoh yang bajet boleh tahu apa yang dihajati pelanggan.

"macam biasa, nasi ayam penuh dengan sirap limau ais". pesan gua gaya macho.

Wednesday, August 3, 2011

ada blog rupanya.

bila dah hidup berkeluarga ni, rasa malas pulak nak menulis.

Saturday, July 9, 2011

gua sebenarnya bijak keh keh keh

walaupun tak dapat tengok kucing bersenggama. gua tak ada kena repeat apa-apa subjek.fuh.lega!

Monday, June 6, 2011

musim bersenggama #1.24578

mata gua melilau cari pasangan kucing yang bersenggama sebentar tadi.firasat gua kuat mengatakan yang kucing itu masih tidak selesai proses reproduksinya.mungkin pasangan itu mencari tempat yang lebih romantika barangkali.

perasaan kecewa sudah terdetik.gua dah putus asa.hajat dihati nak tengok part klimak pasangan kucing itu tapi tidak tercapai. saat itu gua baru terdetik akan soal rezeki. bukan rezeki gua barangkali untuk masa ini.

gua tengok jam,pukul1 pagi.kalau di amereka.kucing disana baru saja mencari pasangan tapi kucing di malaysia sudah siap bersenggama. gua kais kotak rokok winston pakai kaki.gua ambik sebatang,gua cucuk di bibir mulut. sedikit basah puntungnya. teman sebilik gua sudah nyenyak tido.dia gifted,pukul10 lagi sudah tidor. mungkin baginya,ujian hari esok begitu senang.

gua buat buat semangat.nak meneruskan bab pelajaran yang perlu dihabiskan. gua yakin sebab gua sudah bermula.ya! 1 bab sudah habis dari keseluruhan 12 bab.

iblis memang kuat menghasut.kadang kadang gua termakan hasutan. kalau la pasangan kucing tadi ada,hati ini mungkin dapat berhibur sekejap.

teman serumah gua bangun tiba-tiba."tido la,tak payah study.kau dah cek carry mark belum?" sinis dia bertanya.

gua menjawab serius."belum!"

"kau dapat 35/70,kau belajar.jawab soalan semua betul esok.kau tetap kena repeat sebab passing mark 70."jawab hasif yang lekas lekas sambung tidor sambil menggaru garu bontot.

cilaka!!

gua dah confirm,ujian esok gua mesti dapat full mark.tapi part repeat tu gua rasa macam nak makan kaki saja.gua tarik selimut.gua campak semua nota dengan buku keluar tingkap.gua tidor.tidor dengan rokok masih di bibir.

"madam,meet you again next sem.good nite!"

Sunday, June 5, 2011

musim bersenggama

gua lapar,gua nak makan. gua tengok tv.ada orang menari. ganas dia menari.dia lompat.orang kat bawah lompat. dia menjerit. orang kat bawah menjerit. macam cilaka.

tengah syok tengok hiburan dunia.mata gua teralih dekat satu sudut.satu sudut yang disebelah hujungnya ada meja,atas meja tu berselerak pinggang mangkuk.dan dibawah meja tu juga.ada sepasang kucing bersenggama.
mata gua focus disitu.bukan dimeja,bukan di pinggang mangkuk berselerak tapi di kucing.ya dikucing,kucing yang tengah hangat bersenggama.kucing yang dibawah mengekek manja.tersenyum gua dibuatnya.


gua kembali marah.marah bukan pasal makanan lambat sampai tapi orang dalam tv.seronok melompat dalam hujan.walaupun itu cuma konsert jom heboh. biasanya,orang yang melompat walaupun hujan ni,tidak begitu dalam aspek kemasjid hari jumaat. hujan sedikit.mesti jadi satu alasan untuk skip.skeptikal punya pemikiran.

lepas puas mencarut.gua kembali mengalih pandangan ke arah kucing.oh,sudah siap bersenggama?ejakulasi pra-matang barangkali.

Saturday, June 4, 2011

oh milah ah milah

di status itu.ya di status itulah gua nampak dia tulis.

milah yang tulis.milah garang orangnya,lagi garang dari singa utara.milah tulis.dia sedih.langit cerah bertukar menjadi gelap baginya kalau ditokok tambah,mungkin ada petir kilat sama.semuanya gelap.dari status itulah.gua dapat rasa milah yang garang tengah sedih.mungkin namanya milah.walaupun akaun facebooknya bernama "hijau kuning nakal".

tapi sebab hanya nama milah yang ada dibenak gua.gua anggap nama dia milah. milah garang orangnya tapi dia sedih sekarang.

di status tu,milah cakap dia sedih.sebab erul tersingkir akademi fantatasial.milah cakap erul teman lelaki dia. serius.milah garang orangnya.

tapi di status tu.teman lelaki sebenar milah menghantar komen yang tak seberapa. teman lelaki milah cakap.
"boo,milah minat AF. booo. baik tengok naruto.dari menangis tengok AF.baik menangis tengok ketabahan naruto".

gua alih cursor,gua pergi dekat hujung belah kanan atas.gua tekan account.gua pilih log out.ok.memang milah garang. tapi teman lelaki dia yang pakai gambar naruto memang ganas. langsung tak steady.

Wednesday, May 25, 2011

kencing ke berak?

orang tua tua pesan.tertinggal bas sampai kena beli tiket lain adalah derita yang pedih dalam aspek kenderaan bersubsidi ni.tapi derita tu gua dah rasa.tapi rasanya tak begitu menderita bagi golongan berada yang jenis duit penuh kocek macam gua.jenis duit tak putus putus.

tapi gua ada lagi satu derita yang cukup power kalau naik bas ni.derita ni orang tua tua tak tahu selalunya.sebab bagi diorang.derita kena tinggal bas lagi seksa.

ni derita ni.derita tahan air kencing ni.yang ni yang paling seksa.dia punya seksa tu.hah! memang susah nak cerita.kalau ikut darah panas teruna ni.nak je sembur dalam botol.tapi nasib baik depan awek,belakang awek,sebelah makcik.macho punya pasal,duduk mengiring pun boleh.

tapi gua rasa,gua tak jumpa lagi derita yang lagi power dari tahan kencing.

gua dengar tahan berak lagi power.

Saturday, May 14, 2011

nak ke tak?

kalau nak berperang., kena pandai main api.
kalau nak menang., kena kuasai ilmu hakiki.
kalau nak seorang insan., kena kuasai sepenuhnya isi hati.
kalau nak cemerlang., kena pandai memandaikan diri.
kalau nak cakap., kena pandai bukak mulut.
kalau nak disukai ramai., kena pandai buat comel.
kalau nak rumah riuh rendah., kena pandai buat anak.

paling penting kalau nak mengisi syurga., kena pandai ambil hati Tuhan.
ye dak.? :)

p/s : setakat jilat bontot manusia., belom tentu masuk syurga.

Monday, May 2, 2011

bapak budak

jadi orang berada bukan selalunya indah,comel,senang lenang.susah juga kadang kadang.balik kampung pakai driver memang tak ada hal tapi kalau kena kongsi seat dengan 40 penumpang lain memang masalah.

naik bas memang leceh,bila kena duduk sebelah lelaki yang kurang steady ketiak busuk.dalam hati dah mencarut carut.celaka apa ketiak dia,bau kepam lagi wangi.

bosan masa perjalanan satu hal.tapi nasib la,ada jugak budak budak kecik.hiburan tu hiburan.

selang 2 seat belakang gua,ada la budak kecik dengan ayah dia.budak ni mengaji quran,baca doa qunut.yang ayah nie betulkan dan tegur yang mana salah.dalam otak gua dah puji puji bapak budak ni.

"abang baca doa qunut ayah nak dengar"pinta bapak budak.

"abang tak reti,ayah ajar boleh?"

"mana boleh,ayah dah hantar pergi sekolah.cikgu tak ajar ke?ke abang pergi main main?,"marah bapak budak tu.

gua kembali mencarut,celaka apa bapak budak tu.semua nak harapkan cikgu.tu dah jadi tanggungjawab dia ajar anak benda macam tu. kalau susah sangat,bawak anak tu pergi audition bintang kecil tak pun masuk tom tom bak.boleh ajar anak jadi artis.

Wednesday, April 20, 2011

gua kawan kahidan

malam tu gua  tak penat. kerja kerja jurutera kapal terbang ni memang penat sebenarnya tapi nasib baik gua kerja dalam aircond, tambah pulak gua ni seorang belia harapan kampung, buat kerja tu memang tak penat langsung.nak kata malas pun tak.tak payah nak buat tukul pakai tangan,orang bijak duduk lepak lepak saja.buat tukul pakai tangan kerja gila namanya. pasal gua tak penat, gua layan perut yang lapar, orang tegur gua, gua balas muka suci. tersenyum senyum mereka. gua tak cakap banyak, lepas makan gua tidur dalam bilik sebab bilik gua paling selamat.

tengah sedak gua tido, gua terkejut dengar guad dikejutkan oleh kahidan, rakan serumah sewa gua. gua tengok jam pukul 3 pagi. pasal dengar nada suara kahidan tu gaya macam emergensi sangat, gua celikkan juga mata, gua nak tahu juga pasal apa kahidan kejutkan guad.

"mu ada duit dop fuad? aku nok pinjam." kata kahidan cemas.

gua buat buat terkejut, apakejadah dia ni mintak pinjam duit guad pagi pagi ni, nak kata lapar.tak mungkin,sebab dia dah rembat donut dalam peti ais sampai habis.

"mu dok fikir gapo lagi? ada dop? aku nok gi berjudi ni." sambung kahidan lagi.

gua dengar guad bangun, guad tendang paru paru kanan kahidan. gua bangun jugak,gua tendang cuping telinga belah kiri kahidan.malam tu,kahidan hilang pendengaran buat sementara. gua sambung tido tapi gua tak letih.

gua ambik nie dari writer sebenar.
kaki tak bedong

Saturday, April 16, 2011

gadis gadis #1

gadis A: hai gurlss....ai nak kawin bukan depan....yeyy...seronoknyerrrr!! berdebar-debar rasanyerr..!! tak sabar ai tauu...!!

gadis B: wahh.. tahniah!! welcome to the club!!~


gadis C: wahh.. tahniah!! moga bahagia sampai ke syurga. dalam hati (bilalah aku nak kawin ni...)


gadis A: yu ols tau tak kat mane spa yang best untuk bakal pengantin? ai nak sauna, ai nak wat facial, ai nak lulur satu badan ai ni. awwww... mestilah ai nak cantik dan berseri masa kawin nanti.. *wink wink


gadis B: ehhh... ade, ade yang best. harga pun x mahal sangat. yu boleh pegi spa dot dot dot. tempat ai buat dulu masa nak kawin dulu. bestt sangatt... ade baaanyyaakkk pakej yu boleh pilih. ai pun teringin nak pegi lagi taapii ... xde masa laaa... *sob sob sob


gadis C: =.=' haiiihh, nak kawin baru nak sental badan????` habis yu selama ni tak pernah masuk spa ker???` yang yu B, lepas kawin dah tak pernah sental badan ker????` dah x penah pegi spa ataupun, buat lulur sendiri kat rumah?????` giler la yu olss nii........ kikikiiii~ ;p~ awwwwwwwwww~~

Wednesday, April 13, 2011

lu boleh tolong gua tak??

lu tahu apa!!! lu boleh tunaikan kemahuan gua?
lu boleh selesaikan masalah gua?lu boleh ringankan beban gua?

apa lu tau?
tuding jari, dan kata,

kecik-kecik taknak mampus, besar menyusahkan orang.
apa guna hantar sekolah, tapi bebal bengap bodoh jugak.
bagi lu biasa la budak-budak, tak cukup akal lagi.
 
sekarang.
gua mintak lu lu tunjukkan jalan.
jalan keluar untuk gua.jalan benar. jalan lurus. 

cakap senang.
lu nganga mulut. lu sembang lu cakap lu borak.idea gempak. bernas,bijak!.
bagi keluar sabda dan hadis.
ya.
semua setuju. angguk kepala.
gua mintak satu,lu LAKSANAKAN.

apa?apa?

mak bapak.
cikgu-cikgu sekolah.
PIBG.
rakan sebaya.
PPRT.
kementerian.
JKKK
najib,rosmah,ibrahim ali.
mereka tahu apa?lagi lagi rosmah,lu ingat dia bijak?CNN pun kutuk.
 
tahu apa gua nak?
gua nak,gua nak
kasih sayang.perhatian.fahaman.selami jiwa muda gua.

Tolong.
 ........
celaka!lu memang payah nak paham.tapi lu saman juga,letih gua berhujah dengan lu abang polis.gua dah malas.gua pergi dekat saja,gatal kepala nak pakai helmet.tolonglah paham,gua dah pokai!!

Tuesday, April 12, 2011

ini baru style!!

kalau rumah bersepah ke apa,biasa la kan.orang bujang.nanti tak rasa pula hidup orang bujang.
tapi rumah gua tak macam ni,rumah gua style saja.kemas bersih wangi.

gua jalan jalan rumah bujang sebelah,gua tengok rumah mereka.dah pesen stadium baru habis game saja.dengan setinggan indon tu,gua rasa lagi ok setinggan indon.






kira ok lanie.nie baru ruang tamu dengan bilik.gua malas la letak gambar dapur dengan tandas haha.
cuba teka,yang mana satu bilik tidur dengan ruang tamu??haaaa.

Sunday, April 10, 2011

macam ni ke orang panggil steady?

"sarawak sudah maju,sarawak blablabla~"
untung juga sarawak ni ada pilihanraya,boleh tengok gadis sarawak menari nari sambil nyanyi.
gua macam biasa,lepak atas sofa depan tv.rokok winston memang ada dekat tangan.
dah sampai hujung,dah boleh buang tapi nasib tengah sengkek.hujung pun hujung la.
housemate lain pula tengah syok main kejar kejar dengan ridsect.budak budak tak matured.biasa la tu main benda benda macam tu.

tengah syok lepak lepak,bidin abdalugam ajak pergi mekdi.
"steady juga akal bidin ni",puji gua.

masa dalam perjalanan,gua tengok kiri kanan jalan.pelik juga.ramai betul mat mat bajet steady tengah lepak atas  motosikal.ada show gamaknya,takpun funfair.

                *sikit je ni,ada bersepah lagi mat motor ni

"ada race ni,ada race"semangat bidin menjawab.

gua baru perasan,mat rempit rupanya.patot la asyik prung preng prung preng.ramai pula mat mat bajet steady ni.kalau dibandingkan dengan makmun solat jumaat pun tak ada seramai ni.

tapi gua selaku mat steady tulen.gua tak berapa layan benda benda macam nie.perut gua dah set,yang gua nampak chicken mcdeluxe saja.tak pun double cheeseburger.

gua rasa,mat rempit ni bajet diorang betul betul rempit hardcore.
orang tak ada karier boleh la buat macam tu.barai habis,pesen orang yang dalam tv3 tu.

bagi gua,mat rempit sejati.yang skill nyawa dekat tayar motor macam nie. nah hambek kau.nie baru steady mat!!

Sunday, April 3, 2011

bidin rugi ke siapa rugi?

"woi bangun,dah lewat dah nie! nak pergi kelas tak?"
gua selamba badak saja buat buat menggeliat.tengok jam dah pukul 8.40,awal lagi ni.matahari pun naik sikit saja.kelas lambat lagi,pukul8.30.
hurmmmmm.
gaya macam skip kelas lagi la hari ni. 

gua bangun,kumur kumur sikit.lepas tu tarik winston sebatang.bakar hujung dia lepas tu tarik manja.biasa la,pagi pagi tak boleh tarik dalam dalam.paru paru tak panas enjin lagi.
duduk menyandar dekat kepala katil sambil menghadap kipas.habis bersepah asap rokok .padahal gua dah hembus halus.celaka punya kipas!

"weh,pinjam laptop sekejap.nak online",kalut bidin abdalugam.

"hah,ambik la.memang aku beli laptop tu untuk kau" sinis gua.

"kehkehkeh",gelak bidin gaya macam firaun.dia rasa comel barangkali dapat gelak macam tu.dengan gigi yang berterabur campur dengan memek muka baru bangun.macam binatang yang ekor panjang yang bergayut dah gua tengok.

"DAMN!!" teriak bidin

celaka apa budak bidin ni?
cemas juga tengok dia tepuk tepuk lantai sambil urut urut dada."kau gila pagi pagi ni kenapa?"

"nombor plat aku menang first prize!"jawab usop.

"dah tu yang kau marah kenapa?kau tikam ke?"

"celaka,aku tikam nombor plat kereta rumah sebelah!!!"

Wednesday, March 30, 2011

damn! gua baru tahu

tahukah anda,salah seorang menteri perempuan yang juga bekas menteri wanita dan keluarga merupakan salah seorang ahli sister of church?beliau juga pernah mengutuk tentang isu poligami dan hukum sebat bagi penzina?beliau juga pernah menandatangani satu dokumentasi persetujuan untuk memansuhkan status islam dalam my kad?memang celaka shahzirat nie!

cakar tak macam ayam..

Saturday, March 26, 2011

cerita charger

gua tengah makan.gua lepak-lepak dengan member.
tup tap tup tap,ada gadis dekat sebelah.
macam eksaited je gua tengok dia borak,gua dengan member tumpang dengar.gaya macam perisik rusia.

"eyh,telefon aku bateri low lah.
kau ada charger selkom tak?"minta gadis tu dekat kawannya.

member gua pelik,"bukan ke sepatotnya charger nokia?"
kitorang gelak guling-guling.sambil tunjuk-tunjuk dekat gadis tu.

Tuesday, March 22, 2011

cinta mamat-hamidah

hamidah gadis lawa,hamidah hot,hamidah baik,hamidah tak neo,hamidah tak lepak PAVI,hamidah menarik.hamidah tak kapitalisme ,hamidah cucu nenek embun bela itik.
mamat minat hamidah,mamat pakat dengan enderson dengan ibrahim kuti.

mamat mengorat hamidah tapi hamidah tak layan,mamat minta nombor telefon dari member hamidah tapi mamat cuma dapat nombor telefon rumah hamidah.

mamat pergi cari public phone,sambil ditemani ibrahim kuti dan endorson."lahanat,syiling aku juga yang jadi mangsa. tak dapat nak menabung hari ni",cemuh ibrahim kuti.

mamat  : hello hamidah

hamidah: hello,nie embun bukan hamidah. kejap ya.

mamat  : hello hamidah,nie mamat. kenal lagi tak?yang tegur awak          haritu dekat stesen bas haritu?
         mamat nak kawan dengan hamidah boleh?

mamat letak gagang secara tiba-tiba,mamat buat muka sedih pesen orang kena penyakit sifilis.
enderson dengan ibrahim kuti pelik. "dia cakap apa mat?"beria enderson bertanya sambil buat muka comel.

mamat diam tak terkata sekejap.berkali enderson memaksa,akhirnya mamat jawab "dia cakap caye cakit gigi,tanak layan awak"

hamidah gadis lawa,hamidah hot,hamidah baik,hamidah tak neo,hamidah tak lepak PAVI,hamidah menarik.hamidah tak kapitalisme ,hamidah cucu nenek embun bela itik.

Saturday, March 19, 2011

sebotol barbican untuk kawan

untunglah,mak limah dah reti jual barbican

"budak-budak sekarang ni makin rosak,keluar malam,ikut jantan,tengok-tengok perut dah kembung.tengok budak kampung sebelah tu.tup tap tup tap,dah lima bulan dalam perut." leter mak limah dekat anak gadis tingkatan lima beliau. abby namanya.boleh tahan jugalah gediknya. depan mak limah kemain lagi baik.bak kata mat saleh. step on ant,didn't die.haa,macam tu la lebih kurang.

"alah mak nie,tak update betul.biasa la tu mak keluar malam.barulah remaja",jawab si abby nie.

kalau gua ada anak perempuan macam ni,dah lama gua suap pasir dalam mulut tu.

gua beli barbican dari mak limah.RM2.50 aje kata mak limah. gua bagi RM3 tapi tak dapat baki. biarlah,rezeki dia.

"trupp tapp".

gua buka penutup botol air tu.gua lagakan mulut botol tu dengan mulut gua,baru nak minum.

"abang,abang",si abby panggil gaya gedik,stim gua dengar.
"apa?"sapa gua.
"ala,marila sini kejap.nanti mak dengar"pujuk si budak abby nie.

gua bangun berjalan ke belakang kedai.bukan nak buat benda tak elok,nak pergi berbual je.

"malam nanti abby ikut abang pergi main futsal boleh?abby bosan la cuti-cuti duduk dekat rumah je",pinta abby.

ahh sudah budak ni.dah buang tabiat ke?

"tak boleh,nanti mak limah marah.tak boleh!.kalau nak ikut juga,pergi tanya abang enderson"jawab gua sambil tuding jari dekat member gua yang tiba-tiba buat muka cemas.

"pi,aku pergi dulu.ada hal",kalut enderson berkata.
belum sempat gua tanya,enderson dah berambus meninggalkan gua.
gua pandang atas meja,tempat gua letak botol barbican tadi. hebat!,tinggal botol je.
"lahanat punya enderson,patotlah cepat aje nak berambus",bising gua dalam hati.

gua tengok mak limah senyum sinis."apa senyum-senyum mak limah?saya taknak beli yang baru,dah tak ada duit".gua angkat kaki nak balik rumah.

gua tengok muka mak limah sedih.barangkali dia yang suruh enderson habiskan,bajet gua nak beli yang lain. nak untung cepat gayanya.


untunglah,mak limah dah reti jual barbican.

Wednesday, March 9, 2011

gua pro-m,sape ada masalah??

musim sekarang nie.dah tak boleh sebut aspirasi.kalau sebut insprirasi baru boleh.
nanti budak-budak pro-m ipta marah. 

boleh kena culik kalau terlepas cakap,tak pun kena pukul.

nasib baik tempat gua tak ada benda bagai macam tu. tempat gua canggih sangat.daftar calon lepas tu terus mengundi. tengok-tengok dah lantik.senang,kalau macam nie.gua pun nak masuk juga lah. boleh jadi diktator macam hosnie keparat.

cakar tak macam ayam..

perjarbat possss

"ding dong,2507 kaunter satu"

"tup tap tup tap" bunyi tapak customer yang dari tadi lagi tengah menunggu. beriya benar gua tengok dari cara jalan.gembira barangkali dah sampai turn dia.

gua menyandar dekat kerusi,tengok gelagat orang ramai. memang ramailah,mengalahkan makmun surau waktu subuh.
dalam ramai-ramai macam nie,ada la sekor dua prometer datang. nak jual broadband selkom la,pinjaman RHB la.macam-macam.kalau gua lama lagi kat situ,mungkin mat pakistan jual karpet pun datang sama kat situ.

tapi gua hairan,gua letih nak fikir..pejabat pos nie untuk apa sebenarnya?yang datang ramai-ramai,tak ada seorang pun yang ada urusan pasal surat menyurat.semua datang nak bayar bil.yang lagi ramai,datang nak bayar saman.gadis yang ada kesan love bite kat leher pun datang juga,risau takut tak sempat nak bayar saman mungkin.

gua rasa,lepas nie gua nak usul surat dekat kerajaan.nak suruh tukar nama pejabat pos jadi pejabat bayaran. lambang burung merpati tu tukar jadi lambang duit ada kepak.


"ding dong,2508 kaunter 4"

Tuesday, March 8, 2011

ini memang celaka

hari isnin petang,pukul 6 lebih kurang.cuaca kat luar pula macam nak hujan "hmm,main bola dalam bilik lagi la nampak gayanya",selamba hati gua berkata.
gua jenguk luar tingkap,tengok budak depan rumah.boleh lagi main badminton dalam ribut, jenis budak pakai shuttle cock kayu gamaknya.
gua menyandar kat dinding,sebelah tingkap.gua ambik kotak winston,gua tengok tinggal tiga batang je lagi."celaka,kalau rokok boleh refillkan bagus". gua cabut sebatang,gua kepit dekat bibir.gua capai lighter aladdin kaler biru gua bakar muncung winston. gua sedut dalam-dalam,biar sampai ke limpa.memang nikmat masa-masa macam nie. 
huuuhhhhh,gua hembus lembut,kadang-kadang mulut muncung sedikit kasi asap O keluar.


gua letak tangan belakang kepala,gua dongak atas. tengok syiling yang bila-bila masa je boleh runtuh timpa kepala. macam stadium kat terengganu runtuh.rumah nie mesti kontraktor taik duit juga yang buat.

"pot pet pot pet"
bunyi orang sembang,kuat bebenor percakapan. gaya macam marah aje macam van persie marah dekat abidal masa arsengal kalah dengan barca. ke tengah buat study berkumpulan.
gua jenguk luar tingkap lagi sekali,gua tengok jiran sebelah tengah sembang dengan anak gadis dia. boleh la cuci mata sikit-sikit. tengok muka suci aje,tengok pakai tudung lega hati,tengok baju lengan panjang bagus aje. "ahhh,damn!!" awat bodoh sangat perempuan nie. gaya israel mana yang dia guna?anak buah hosni mubarak pun tak macam nie. pakai tudung elok tapi pakai skirt. itu memang celaka.
              macam nie la lebih kurang,tak nampak macam celaka??

gua tutup tingkap,gua padam winston gua. gua bangun.gua blah layan upin ipin kat tv.

cakar tak macam ayam..

Friday, March 4, 2011

jangan main pistol air atas katil

cikgu gua selalu tanya,nanti dah besar nak jadi apa?

gua selaku budak bijak,gua cakap gua nak jadi doktor sakit puan.

cikgu gua tanya,kenapa nak jadi doktor sakit puan?(sambil senyum sinis)

gua selaku budak bijak,gua jawab sebab nak rawat orang perempuan lah.tu pun nak tanya lagi.
apa cikgu ingat saya nie gila seks sangat ke?



cikgu gua selalu pesan,jangan study hard tapi study smart

gua selaku budak bijak,ikut pesan cikgu

cikgu gua marah,kenapa tak siapkan homework?

gua selaku budak bijak,gua jawab.saya study smart datang sekolah nak copy kawan je,malas nak study hard.



orang tua selalu cakap,jangan main air.

gua selaku budak bijak,turutkan saja kata orang tua.

orang tua cakap,main pistol air tak apa kadang-kadang

gua selaku budak bijak,gua jawab.apa kebodohnya orang tua nie,dah tua nak main pistol air lagi,main la benda lain.yang mencabar sikit.jangan dipersetan sangat pistol air tu.

cakar tak macam ayam..

Thursday, February 24, 2011

gua tak jahat,nakal sikit je!

pagi yang entah apa-apa.walaupun sejuk tetap gua redahi sebab lapar punya pasal.
pekena teh tarik sambil sebelah mata layan liverFOOL main kejar-kejar bola.

syok gua melayan bola,tiba-tiba teringat zaman muda-muda dulu,yang mana zaman sekolah rendah gua.dengan berbekalkan duit rm3.00 untuk gua lepak kat kantin masa rehat.seingat gua,gua makan tak pernah bayar pun masa tu sebab kerja gua simple je. paw bekal yang member-member bawak.memang cukup simple dan save!

sekolah rendah,kerja gua ranjit orang je,sampai mak bapak gua dah cukup kenal dah dengan pengetua. yang hairannya,pengetua pula yang backup gua sebab kerja bapak gua lagi simple!! sumpah simple.dia tahu rotan je.

gua memang cukup anti dengan budak pompuan. kerja nak menangis je budak-budak pompuan nie. kalau dah dapat jadi ketua darjah,mula la nak tunjuk taring. bising sikit,dah nak tulis nama bagi dekat cikgu. memang tak matured langsung. dah la pergi sekolah bawak teddy bear la,bedak la.apa kebangang la.

gua memang tak boleh go dengan budak pompuan,kain tudung dorang memang gua tarik, barang-barang diorang yang bajet gegurl pun gua tak leh tahan.memang gua sebat lepastu campak dalam tong sampah.itu confirm punya!

yang paling gua tak boleh lupa masa darjah satu. ada sorang budak pompuan nie. belagak tahap gaban sebab dia ada beg sekolah yang ada roda tu. ala,yang boleh tarik tu. dia orang pertama pakai beg tu. memang tak menahan la dia punya belagak. gua apalagi,memang dengki la sebab gua tak ada beg macam tu.masa balik sekolah,dia tarik beg dia..trrrr trrrr ttrrrr,bunyi roda tuh.perghh,dia punya bunyi, memang gersang gua dengar. gua  dengan selamba cakap. "awak,nak tumpang boleh.saya tak boleh jalan kaki".
gua duduk la atas beg dia.buat macam troli. tengah syok layan duduk atas beg tu sambil-sambil ada orang tarik. prakkk! patah dia punya pemegang. gua apalagi, cabut la bhaii bila tengok budak tu nangis.masa gua nak balik tu,bapak gadis tu datang kat gua. "asal kamu usik anak pakcik?abis rosak beg dia". gua cuak la gak tapi masa tu gua dah matured dah.dah akil baligh dah. gua dengan selamba jawab,"bukan saya pakcik,nie ha.kawan saya yang buat" sambil tunjuk-tunjuk member gua yang dungu kat sebelah. gua blah ala-ala ahli gusti baru lepas dapat champion belt. jawab sakan la member gua dengan bapak budak tu.tapi nasib la,nak buat macam mana.siapa suruh dungu sangat.tak matured,kreatif dan inovatif langsung.


bila dah masuk tingkatan 1,gua blah pergi sambung belajar kat sekolah semua lelaki. anti-pompuan punya pasal.

gua sambung layan bola,tengok-tengok,dick kunyit dah score.nasib baik menang juga team ayam nie.untung laa..kalau tak,nah tengok nie.special untuk fan liverheartFOOL.


cakar tak macam ayam..

Wednesday, February 23, 2011

gua dah join walaupun kaler pink.joinlah!


cakar tak macam ayam..

Sunday, February 20, 2011

5 budak gaye israel

lima budak kecik, main masak-masak.
dah siap masak kasi dia makan,
tapi 1 budak kecik tak paham-paham,
dah abes makan,terus BLAH.

empat budak kecik,kemas-kemas rumah,
dah siap kemas mintak-mintak tak bersepah,
tapi 1 budak kecik tak reti-reti,
asyik nak buat sampah.

tiga budak kecik,sorang tangan patah,
kita dah bagi emas tapi dia bagi sepah.

dua budak kecik,main online-online,
satu dah bagi pinjam, satu lagi buat taik.

satu budak kecik,tak pernah nak kenang jasa orang
orang berbudi kita berbahasa,
orang buat taik,kita balas taik.

satu budak kecik,tak reti nak fikir pasal orang,
hidup hari-hari menyusahkan orang.

"We are your friends now, used to mean something.. Know what it means!!!"

You’re lying through your teeth..throwing promises to the wind..you want people to treat you right.althought,betraying all your friends.pouring poison in our ears..you’ve locked yourself within shit!…


pergh,cakap orang putih. maksudnya gua malas la nak translate, kalau ada yang tak faham pandai-pandai la google translate.

Wednesday, February 9, 2011

ayam mat zahuan!

jam di dinding dah pukul 4.51 pagi tapi jam tangan sekejap pukul 12.30.tengok sekali lagi dah pukul 6. tengok banyak kali dah pukul 3..nak kena keluar duit lagilah tu.

borak-borak dengan aku hazif dan mat zahuan sambil-sambil pekena teh tarik dengan roti bawang. memang bestlah.nak-nak makan roti yang mamak tu tebar..padahal baru lepas mop lantai je tapi terus pergi tebar roti canai bila ada customer order. patot la roti tu rasa bitter-bittersweet je. makan peluh koling rupanya.

dah tak tahu nak borak apa,mat zahuan start bukak cerita pasal sembelih ayam..dia cakap,pengalaman dia sembelih ayam sampai abis putus. dah tua pun tak pandai lagi nak sembelih ayam. apa kebangang lah.patot la selalu sakit perut. tapi itu ok lagi. member gua sembelih ayam kemain semangat. darah terpancut-pancut keluar. PANCUT? kasar betul bahasa. tersembur-sembur keluar tapi ayam tak mati pun..sia-sia aje,melepas nak makan ayam,dari makanan terus jadi bangkai sebab salah sembelih.

tapi ada la juga effort sembelih,ayam kat giantt dengan tecso tu sembelih ke tak?rasa sama je. kita tak tahu pun..baik makan ayam yang mat zahuan sembelih. sah la jugak walaupun putus kepala tapi terasa la jugak bodoh tu.

jam di dinding dah pukul 4.51 pagi tapi jam tangan sekejap pukul 12.30.tengok sekali lagi dah pukul 6. tengok banyak kali dah pukul 3..nak kena keluar duit lagilah tu.

p/s : yang nie team cap ayam. dah banyak tahun tak menang liga tapi nak cakap gebang lagi.

cakar tak macam ayam..