Wednesday, March 30, 2011

damn! gua baru tahu

tahukah anda,salah seorang menteri perempuan yang juga bekas menteri wanita dan keluarga merupakan salah seorang ahli sister of church?beliau juga pernah mengutuk tentang isu poligami dan hukum sebat bagi penzina?beliau juga pernah menandatangani satu dokumentasi persetujuan untuk memansuhkan status islam dalam my kad?memang celaka shahzirat nie!

cakar tak macam ayam..

Saturday, March 26, 2011

cerita charger

gua tengah makan.gua lepak-lepak dengan member.
tup tap tup tap,ada gadis dekat sebelah.
macam eksaited je gua tengok dia borak,gua dengan member tumpang dengar.gaya macam perisik rusia.

"eyh,telefon aku bateri low lah.
kau ada charger selkom tak?"minta gadis tu dekat kawannya.

member gua pelik,"bukan ke sepatotnya charger nokia?"
kitorang gelak guling-guling.sambil tunjuk-tunjuk dekat gadis tu.

Tuesday, March 22, 2011

cinta mamat-hamidah

hamidah gadis lawa,hamidah hot,hamidah baik,hamidah tak neo,hamidah tak lepak PAVI,hamidah menarik.hamidah tak kapitalisme ,hamidah cucu nenek embun bela itik.
mamat minat hamidah,mamat pakat dengan enderson dengan ibrahim kuti.

mamat mengorat hamidah tapi hamidah tak layan,mamat minta nombor telefon dari member hamidah tapi mamat cuma dapat nombor telefon rumah hamidah.

mamat pergi cari public phone,sambil ditemani ibrahim kuti dan endorson."lahanat,syiling aku juga yang jadi mangsa. tak dapat nak menabung hari ni",cemuh ibrahim kuti.

mamat  : hello hamidah

hamidah: hello,nie embun bukan hamidah. kejap ya.

mamat  : hello hamidah,nie mamat. kenal lagi tak?yang tegur awak          haritu dekat stesen bas haritu?
         mamat nak kawan dengan hamidah boleh?

mamat letak gagang secara tiba-tiba,mamat buat muka sedih pesen orang kena penyakit sifilis.
enderson dengan ibrahim kuti pelik. "dia cakap apa mat?"beria enderson bertanya sambil buat muka comel.

mamat diam tak terkata sekejap.berkali enderson memaksa,akhirnya mamat jawab "dia cakap caye cakit gigi,tanak layan awak"

hamidah gadis lawa,hamidah hot,hamidah baik,hamidah tak neo,hamidah tak lepak PAVI,hamidah menarik.hamidah tak kapitalisme ,hamidah cucu nenek embun bela itik.

Saturday, March 19, 2011

sebotol barbican untuk kawan

untunglah,mak limah dah reti jual barbican

"budak-budak sekarang ni makin rosak,keluar malam,ikut jantan,tengok-tengok perut dah kembung.tengok budak kampung sebelah tu.tup tap tup tap,dah lima bulan dalam perut." leter mak limah dekat anak gadis tingkatan lima beliau. abby namanya.boleh tahan jugalah gediknya. depan mak limah kemain lagi baik.bak kata mat saleh. step on ant,didn't die.haa,macam tu la lebih kurang.

"alah mak nie,tak update betul.biasa la tu mak keluar malam.barulah remaja",jawab si abby nie.

kalau gua ada anak perempuan macam ni,dah lama gua suap pasir dalam mulut tu.

gua beli barbican dari mak limah.RM2.50 aje kata mak limah. gua bagi RM3 tapi tak dapat baki. biarlah,rezeki dia.

"trupp tapp".

gua buka penutup botol air tu.gua lagakan mulut botol tu dengan mulut gua,baru nak minum.

"abang,abang",si abby panggil gaya gedik,stim gua dengar.
"apa?"sapa gua.
"ala,marila sini kejap.nanti mak dengar"pujuk si budak abby nie.

gua bangun berjalan ke belakang kedai.bukan nak buat benda tak elok,nak pergi berbual je.

"malam nanti abby ikut abang pergi main futsal boleh?abby bosan la cuti-cuti duduk dekat rumah je",pinta abby.

ahh sudah budak ni.dah buang tabiat ke?

"tak boleh,nanti mak limah marah.tak boleh!.kalau nak ikut juga,pergi tanya abang enderson"jawab gua sambil tuding jari dekat member gua yang tiba-tiba buat muka cemas.

"pi,aku pergi dulu.ada hal",kalut enderson berkata.
belum sempat gua tanya,enderson dah berambus meninggalkan gua.
gua pandang atas meja,tempat gua letak botol barbican tadi. hebat!,tinggal botol je.
"lahanat punya enderson,patotlah cepat aje nak berambus",bising gua dalam hati.

gua tengok mak limah senyum sinis."apa senyum-senyum mak limah?saya taknak beli yang baru,dah tak ada duit".gua angkat kaki nak balik rumah.

gua tengok muka mak limah sedih.barangkali dia yang suruh enderson habiskan,bajet gua nak beli yang lain. nak untung cepat gayanya.


untunglah,mak limah dah reti jual barbican.

Wednesday, March 9, 2011

gua pro-m,sape ada masalah??

musim sekarang nie.dah tak boleh sebut aspirasi.kalau sebut insprirasi baru boleh.
nanti budak-budak pro-m ipta marah. 

boleh kena culik kalau terlepas cakap,tak pun kena pukul.

nasib baik tempat gua tak ada benda bagai macam tu. tempat gua canggih sangat.daftar calon lepas tu terus mengundi. tengok-tengok dah lantik.senang,kalau macam nie.gua pun nak masuk juga lah. boleh jadi diktator macam hosnie keparat.

cakar tak macam ayam..

perjarbat possss

"ding dong,2507 kaunter satu"

"tup tap tup tap" bunyi tapak customer yang dari tadi lagi tengah menunggu. beriya benar gua tengok dari cara jalan.gembira barangkali dah sampai turn dia.

gua menyandar dekat kerusi,tengok gelagat orang ramai. memang ramailah,mengalahkan makmun surau waktu subuh.
dalam ramai-ramai macam nie,ada la sekor dua prometer datang. nak jual broadband selkom la,pinjaman RHB la.macam-macam.kalau gua lama lagi kat situ,mungkin mat pakistan jual karpet pun datang sama kat situ.

tapi gua hairan,gua letih nak fikir..pejabat pos nie untuk apa sebenarnya?yang datang ramai-ramai,tak ada seorang pun yang ada urusan pasal surat menyurat.semua datang nak bayar bil.yang lagi ramai,datang nak bayar saman.gadis yang ada kesan love bite kat leher pun datang juga,risau takut tak sempat nak bayar saman mungkin.

gua rasa,lepas nie gua nak usul surat dekat kerajaan.nak suruh tukar nama pejabat pos jadi pejabat bayaran. lambang burung merpati tu tukar jadi lambang duit ada kepak.


"ding dong,2508 kaunter 4"

Tuesday, March 8, 2011

ini memang celaka

hari isnin petang,pukul 6 lebih kurang.cuaca kat luar pula macam nak hujan "hmm,main bola dalam bilik lagi la nampak gayanya",selamba hati gua berkata.
gua jenguk luar tingkap,tengok budak depan rumah.boleh lagi main badminton dalam ribut, jenis budak pakai shuttle cock kayu gamaknya.
gua menyandar kat dinding,sebelah tingkap.gua ambik kotak winston,gua tengok tinggal tiga batang je lagi."celaka,kalau rokok boleh refillkan bagus". gua cabut sebatang,gua kepit dekat bibir.gua capai lighter aladdin kaler biru gua bakar muncung winston. gua sedut dalam-dalam,biar sampai ke limpa.memang nikmat masa-masa macam nie. 
huuuhhhhh,gua hembus lembut,kadang-kadang mulut muncung sedikit kasi asap O keluar.


gua letak tangan belakang kepala,gua dongak atas. tengok syiling yang bila-bila masa je boleh runtuh timpa kepala. macam stadium kat terengganu runtuh.rumah nie mesti kontraktor taik duit juga yang buat.

"pot pet pot pet"
bunyi orang sembang,kuat bebenor percakapan. gaya macam marah aje macam van persie marah dekat abidal masa arsengal kalah dengan barca. ke tengah buat study berkumpulan.
gua jenguk luar tingkap lagi sekali,gua tengok jiran sebelah tengah sembang dengan anak gadis dia. boleh la cuci mata sikit-sikit. tengok muka suci aje,tengok pakai tudung lega hati,tengok baju lengan panjang bagus aje. "ahhh,damn!!" awat bodoh sangat perempuan nie. gaya israel mana yang dia guna?anak buah hosni mubarak pun tak macam nie. pakai tudung elok tapi pakai skirt. itu memang celaka.
              macam nie la lebih kurang,tak nampak macam celaka??

gua tutup tingkap,gua padam winston gua. gua bangun.gua blah layan upin ipin kat tv.

cakar tak macam ayam..

Friday, March 4, 2011

jangan main pistol air atas katil

cikgu gua selalu tanya,nanti dah besar nak jadi apa?

gua selaku budak bijak,gua cakap gua nak jadi doktor sakit puan.

cikgu gua tanya,kenapa nak jadi doktor sakit puan?(sambil senyum sinis)

gua selaku budak bijak,gua jawab sebab nak rawat orang perempuan lah.tu pun nak tanya lagi.
apa cikgu ingat saya nie gila seks sangat ke?



cikgu gua selalu pesan,jangan study hard tapi study smart

gua selaku budak bijak,ikut pesan cikgu

cikgu gua marah,kenapa tak siapkan homework?

gua selaku budak bijak,gua jawab.saya study smart datang sekolah nak copy kawan je,malas nak study hard.



orang tua selalu cakap,jangan main air.

gua selaku budak bijak,turutkan saja kata orang tua.

orang tua cakap,main pistol air tak apa kadang-kadang

gua selaku budak bijak,gua jawab.apa kebodohnya orang tua nie,dah tua nak main pistol air lagi,main la benda lain.yang mencabar sikit.jangan dipersetan sangat pistol air tu.

cakar tak macam ayam..