Wednesday, April 20, 2011

gua kawan kahidan

malam tu gua  tak penat. kerja kerja jurutera kapal terbang ni memang penat sebenarnya tapi nasib baik gua kerja dalam aircond, tambah pulak gua ni seorang belia harapan kampung, buat kerja tu memang tak penat langsung.nak kata malas pun tak.tak payah nak buat tukul pakai tangan,orang bijak duduk lepak lepak saja.buat tukul pakai tangan kerja gila namanya. pasal gua tak penat, gua layan perut yang lapar, orang tegur gua, gua balas muka suci. tersenyum senyum mereka. gua tak cakap banyak, lepas makan gua tidur dalam bilik sebab bilik gua paling selamat.

tengah sedak gua tido, gua terkejut dengar guad dikejutkan oleh kahidan, rakan serumah sewa gua. gua tengok jam pukul 3 pagi. pasal dengar nada suara kahidan tu gaya macam emergensi sangat, gua celikkan juga mata, gua nak tahu juga pasal apa kahidan kejutkan guad.

"mu ada duit dop fuad? aku nok pinjam." kata kahidan cemas.

gua buat buat terkejut, apakejadah dia ni mintak pinjam duit guad pagi pagi ni, nak kata lapar.tak mungkin,sebab dia dah rembat donut dalam peti ais sampai habis.

"mu dok fikir gapo lagi? ada dop? aku nok gi berjudi ni." sambung kahidan lagi.

gua dengar guad bangun, guad tendang paru paru kanan kahidan. gua bangun jugak,gua tendang cuping telinga belah kiri kahidan.malam tu,kahidan hilang pendengaran buat sementara. gua sambung tido tapi gua tak letih.

gua ambik nie dari writer sebenar.
kaki tak bedong

Saturday, April 16, 2011

gadis gadis #1

gadis A: hai gurlss....ai nak kawin bukan depan....yeyy...seronoknyerrrr!! berdebar-debar rasanyerr..!! tak sabar ai tauu...!!

gadis B: wahh.. tahniah!! welcome to the club!!~


gadis C: wahh.. tahniah!! moga bahagia sampai ke syurga. dalam hati (bilalah aku nak kawin ni...)


gadis A: yu ols tau tak kat mane spa yang best untuk bakal pengantin? ai nak sauna, ai nak wat facial, ai nak lulur satu badan ai ni. awwww... mestilah ai nak cantik dan berseri masa kawin nanti.. *wink wink


gadis B: ehhh... ade, ade yang best. harga pun x mahal sangat. yu boleh pegi spa dot dot dot. tempat ai buat dulu masa nak kawin dulu. bestt sangatt... ade baaanyyaakkk pakej yu boleh pilih. ai pun teringin nak pegi lagi taapii ... xde masa laaa... *sob sob sob


gadis C: =.=' haiiihh, nak kawin baru nak sental badan????` habis yu selama ni tak pernah masuk spa ker???` yang yu B, lepas kawin dah tak pernah sental badan ker????` dah x penah pegi spa ataupun, buat lulur sendiri kat rumah?????` giler la yu olss nii........ kikikiiii~ ;p~ awwwwwwwwww~~

Wednesday, April 13, 2011

lu boleh tolong gua tak??

lu tahu apa!!! lu boleh tunaikan kemahuan gua?
lu boleh selesaikan masalah gua?lu boleh ringankan beban gua?

apa lu tau?
tuding jari, dan kata,

kecik-kecik taknak mampus, besar menyusahkan orang.
apa guna hantar sekolah, tapi bebal bengap bodoh jugak.
bagi lu biasa la budak-budak, tak cukup akal lagi.
 
sekarang.
gua mintak lu lu tunjukkan jalan.
jalan keluar untuk gua.jalan benar. jalan lurus. 

cakap senang.
lu nganga mulut. lu sembang lu cakap lu borak.idea gempak. bernas,bijak!.
bagi keluar sabda dan hadis.
ya.
semua setuju. angguk kepala.
gua mintak satu,lu LAKSANAKAN.

apa?apa?

mak bapak.
cikgu-cikgu sekolah.
PIBG.
rakan sebaya.
PPRT.
kementerian.
JKKK
najib,rosmah,ibrahim ali.
mereka tahu apa?lagi lagi rosmah,lu ingat dia bijak?CNN pun kutuk.
 
tahu apa gua nak?
gua nak,gua nak
kasih sayang.perhatian.fahaman.selami jiwa muda gua.

Tolong.
 ........
celaka!lu memang payah nak paham.tapi lu saman juga,letih gua berhujah dengan lu abang polis.gua dah malas.gua pergi dekat saja,gatal kepala nak pakai helmet.tolonglah paham,gua dah pokai!!

Tuesday, April 12, 2011

ini baru style!!

kalau rumah bersepah ke apa,biasa la kan.orang bujang.nanti tak rasa pula hidup orang bujang.
tapi rumah gua tak macam ni,rumah gua style saja.kemas bersih wangi.

gua jalan jalan rumah bujang sebelah,gua tengok rumah mereka.dah pesen stadium baru habis game saja.dengan setinggan indon tu,gua rasa lagi ok setinggan indon.






kira ok lanie.nie baru ruang tamu dengan bilik.gua malas la letak gambar dapur dengan tandas haha.
cuba teka,yang mana satu bilik tidur dengan ruang tamu??haaaa.

Sunday, April 10, 2011

macam ni ke orang panggil steady?

"sarawak sudah maju,sarawak blablabla~"
untung juga sarawak ni ada pilihanraya,boleh tengok gadis sarawak menari nari sambil nyanyi.
gua macam biasa,lepak atas sofa depan tv.rokok winston memang ada dekat tangan.
dah sampai hujung,dah boleh buang tapi nasib tengah sengkek.hujung pun hujung la.
housemate lain pula tengah syok main kejar kejar dengan ridsect.budak budak tak matured.biasa la tu main benda benda macam tu.

tengah syok lepak lepak,bidin abdalugam ajak pergi mekdi.
"steady juga akal bidin ni",puji gua.

masa dalam perjalanan,gua tengok kiri kanan jalan.pelik juga.ramai betul mat mat bajet steady tengah lepak atas  motosikal.ada show gamaknya,takpun funfair.

                *sikit je ni,ada bersepah lagi mat motor ni

"ada race ni,ada race"semangat bidin menjawab.

gua baru perasan,mat rempit rupanya.patot la asyik prung preng prung preng.ramai pula mat mat bajet steady ni.kalau dibandingkan dengan makmun solat jumaat pun tak ada seramai ni.

tapi gua selaku mat steady tulen.gua tak berapa layan benda benda macam nie.perut gua dah set,yang gua nampak chicken mcdeluxe saja.tak pun double cheeseburger.

gua rasa,mat rempit ni bajet diorang betul betul rempit hardcore.
orang tak ada karier boleh la buat macam tu.barai habis,pesen orang yang dalam tv3 tu.

bagi gua,mat rempit sejati.yang skill nyawa dekat tayar motor macam nie. nah hambek kau.nie baru steady mat!!

Sunday, April 3, 2011

bidin rugi ke siapa rugi?

"woi bangun,dah lewat dah nie! nak pergi kelas tak?"
gua selamba badak saja buat buat menggeliat.tengok jam dah pukul 8.40,awal lagi ni.matahari pun naik sikit saja.kelas lambat lagi,pukul8.30.
hurmmmmm.
gaya macam skip kelas lagi la hari ni. 

gua bangun,kumur kumur sikit.lepas tu tarik winston sebatang.bakar hujung dia lepas tu tarik manja.biasa la,pagi pagi tak boleh tarik dalam dalam.paru paru tak panas enjin lagi.
duduk menyandar dekat kepala katil sambil menghadap kipas.habis bersepah asap rokok .padahal gua dah hembus halus.celaka punya kipas!

"weh,pinjam laptop sekejap.nak online",kalut bidin abdalugam.

"hah,ambik la.memang aku beli laptop tu untuk kau" sinis gua.

"kehkehkeh",gelak bidin gaya macam firaun.dia rasa comel barangkali dapat gelak macam tu.dengan gigi yang berterabur campur dengan memek muka baru bangun.macam binatang yang ekor panjang yang bergayut dah gua tengok.

"DAMN!!" teriak bidin

celaka apa budak bidin ni?
cemas juga tengok dia tepuk tepuk lantai sambil urut urut dada."kau gila pagi pagi ni kenapa?"

"nombor plat aku menang first prize!"jawab usop.

"dah tu yang kau marah kenapa?kau tikam ke?"

"celaka,aku tikam nombor plat kereta rumah sebelah!!!"