Thursday, February 23, 2012

FOR SALE




DUMMY IMITATION SECURITY CAMERA WITH MOVEMENT









Dummy security camera with motion detection. Akan bergerak bila mengesan objek bergerak. Sesuai diletakkan di depan rumah.


Harga Borong RM50 Seunit

Berminat Sila Call Or SMS 014-7350313 - fahmi




                                                              FAKE CCTV CAMERA DOME










•Primary Function: Motion sensor fake security camera
•Casing Material: Hard molded ABS plastic
•Activity Indicator: Yes, LED flashing light
•Motion Detector Sensor: Yes - detection range is 0.5-1 meters
•Power Source: Battery Operated - 2 x AA batteries

Other Features
•Realistic looking
•ON/OFF
•Flash LED

* Sesuai untuk dipasang di rumah, kedai runcit, pejabat dan juga tempat-tempat sering berlaku kecurian
.


Harga RM45.00 Seunit 







4GB WATERPROOF SPY WATCH



Description:

You may saw many spy watch camera, but you may not know this one- 
4GB Waterproof Spy Watch HD Camera with 1280 x 960 30 Fps. As a sports watch, it has waterproof(under Water 30 meters) function. But it is not only watch, but a High digital watch camera. You can record voice, video even use it as a PC camera because of its high resolution: 1280*960 VGA and Video frame rate: 30fps. Just take the watch, and take photos.

Main Features:
  • 1.Voice Recording
  • 2. Video Recording
  • 3. Picture Shooting
  • 4. PC Camera
  • 5. HD 1280*960, 30FPS
  • 6.Waterproof (under Water 30 meters)
 Parameters:
  • Video format: AVI
  • Video encoding: M-JPEG
  • Video resolution: 1280*960 VGA
  • Video frame rate: 30fps
  • Picture format: JPG
  • Picture pixels: 5M Pix
  • The ratio of image: 4:3
  • Memory: 4GB
  • Supporting system: Windows me/2000/xp/2003/vista;Mac O/S;Linux
  • Battery capacity: 200mAh
  • Working time: About 70 minutes
  • Charging voltage: DC-5V
  • Interface type: Φ2.5 4 Pin USB
  • Storage support: Nand flash
  • Battery type: High-capacity lithium polymer

Price: RM210


Berminat Sila Call Or SMS 014-7350313 - fahmi

Wednesday, February 8, 2012

jyeah!!

“   ‘anak potek’, tu lah gelaran yang mak sedara, pakcik pakcik, sahabat papa keh selalu panggil. Panggilan nama “anak potek” tu maksudnya lebih kurang  anak emas, anak manja. Maklumlah keh kan anak bongsu dalam keluarga berketurunan raja raja Thailand masa A Samad said kecil dulu.

keh memanjang dimanjakan papa, kadang kadang adik beradik lain dengki. Ramai yang cakap papa garang tapi kalau dengan keh, garang dia tu tak kemana. Keh ada power, art of persuation katakan.
Keh memang rapat dengan papa, yang mandikan keh dulu, yang masakkan keh bubur nasi, ayam goreng halia, agar agar milo. Papa jugaklah yang kenalkan keh dengan nasi goreng pattaya, yang gosok perut keh masa keh sakit perut pun papa juga. Bak kata lain, papa jugalah.
part serius, part lapar, sakit  baru keh cari mama. Part hiburan, duit, beli belah. Papa la yang jadi pilihan.

masa mandikan keh, dia selalu mula dari kaki sambil nyanyi, kaki kaki kaki. Lepas kaki naik ke badan, badan badan badan. Lepas tu baru kepala. Kepala kepala kepala. Biasanya, dah sampai kepala la yang keh taknok sebab sejuk.

bila keh dah besau, dah masuk sekolah rendah. Tiap-tiap petang papa bawak keh naik motosikal jalan jalan. Orang kampung dah kenal dah. Kalau keh keluar dengan kawan kawan pun, mesti papa pergi cari. Suruh jalan jalan dengan dia. Macam tu lah petang petang keh, sampai lah ke sekolah menengah. Bila dah besau remaja, keh dah mula rasa malu. Keh mula menipu, lari dari papa. Dah tahu erti macho sejati.

keh pernah luahkan perasaan dekat papa yang keh dah malu, keh lelaki sejati. Tapi papa keh buat tak tahu aje, dibantainya nyanyi lagu sejati- wings tu. Sejak dari tu, keh kena bahan dengan abang dan kakak keh. ”


tapi tu dulu, masa kecik kecik dulu. Sekarang dah lain. 

mula-mula keh dapat tahu berita papa masuk hospital pun sebab mama yang bagitahu. Masa tu keh tengah final exam, mama cakap papa ok nanti dah boleh keluar. Keh buat buat la lupakan sekejap pasal papa bajet nak pokes untuk exam.
dah habis exam, keh terus nak balik. Dalam perjalanan, papa telefon. Dia Tanya keh dekat mana, keh cakap dah dekat. Dah sampai gua musang.
lepas tu papa cakap, lah? Dah sampai tapi kenapa tak datang picit?. Keh pelik, kenapa papa cakap macam tu? Keh jadi tak sedap hati gila babeng.

bila dah sampai dekat rumah, keh gelisah. Tak sabar nak tunggu masa melawat dekat hospital tu.

pertama kali keh tengok papa, keh sedih. Badan dia yang dulu berisi, gemuk. Sekarang dah Nampak tulang, keding. Masa tu dia nak mandi, keh mandikan dia, tolong dia kencing. Lepas tu papa Tanya mama, mana adik? Padahal keh depan dia. Masa tu keh sebak, keh dapat rasa ada benda yang tak kena. Tapi keh diamkan saja, tak sampai hati nak Tanya mama.

keh Tanya abang cerita sebenar, abang ingat keh dah tak tahu. Simple jawab abang, “papa kanser final stage, ending dia meninggal”. Ya Allah, keh tergamam, kelu, sebak, percaya macam tak percaya. Tapi ego kena control, mana boleh menangis. Tapi keh anak manja papa, air mata tak boleh tahan woo.

papa hidap penyakit limfoma. Kanser dekat system limfa. Keh Tanya doctor sejak bila lagi benda ni tejadi. Doctor cakap, memang kanser ni tak boleh detect masa stage awal sebab sindrom dia sama dengan sindrom demam bisanya stage awal dia 2,3 tahun yang lepas. Biasanya bila dah stage 4 baru perasan. Tapi masih ada harapan, ya harapan! Papa kena jalani kemoterapi.

keh tak tahan tengok papa, bercakap merapu rapu. Kadang kadang dia cakap benda yang dah berzaman dulu. Nak berjalan memang tak boleh. Keluarga keh ambik keputusan bawa papa balik dulu sementara nak tunggu proses kemoterapi tu.

alang-alang keh cuti, dapatlah keh jaga papa. Makan minum, kencing berak. Kadang kadang mandikan, keh mandikan papa sama macam papa mandikan keh dulu. Keh nyanyi lagu kaki,badan,kepala dekat papa. Tapi sama, bila dah sampai kepala, papa menangis. Keh sebak. Tapi keh kena redha. Doctor cakap papa jadi macam tu sebab kuman dah sampai ke saraf otak.
Pernah sekali dekat hospital, keh nak tukar baju yang dia pakai. Masa tu papa pakai baju hospital, keh nak pakaikan dia baju lain yang bersih. Tapi dia taknak. Dia nak pakai baju hospital tu. baju tu dia baru je beli katanya, beli dekat kemaman. Pernah juga dia bagi taklimat kesihatan pada pukul 3 pagi. Gegar 1 wad mendengar taklimat dia.

kadang- kadang lucu, kadang- kadang sedih bila tengok papa. Lain yang ditanya, lain yang dia jawab. Ada orang cakap tu hiburan, tapi tidak bagi keh. Selagi dia ada kudrat, selagi ada masa untuk ikhtiar seeloknya ikhtiar. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

masa papa ada nil ah keh nak berbudi untuk dia, keh nak balas budi dia semampu yang boleh. Keh cuti sebulan untuk jaga papa, tapi sebulan tu tak cukup untuk apa yang papa dah buat demi keh sepanjang 20 tahun hidup keh atas muka bumi ni yang berbin kan johari.