Wednesday, May 25, 2011

kencing ke berak?

orang tua tua pesan.tertinggal bas sampai kena beli tiket lain adalah derita yang pedih dalam aspek kenderaan bersubsidi ni.tapi derita tu gua dah rasa.tapi rasanya tak begitu menderita bagi golongan berada yang jenis duit penuh kocek macam gua.jenis duit tak putus putus.

tapi gua ada lagi satu derita yang cukup power kalau naik bas ni.derita ni orang tua tua tak tahu selalunya.sebab bagi diorang.derita kena tinggal bas lagi seksa.

ni derita ni.derita tahan air kencing ni.yang ni yang paling seksa.dia punya seksa tu.hah! memang susah nak cerita.kalau ikut darah panas teruna ni.nak je sembur dalam botol.tapi nasib baik depan awek,belakang awek,sebelah makcik.macho punya pasal,duduk mengiring pun boleh.

tapi gua rasa,gua tak jumpa lagi derita yang lagi power dari tahan kencing.

gua dengar tahan berak lagi power.

Saturday, May 14, 2011

nak ke tak?

kalau nak berperang., kena pandai main api.
kalau nak menang., kena kuasai ilmu hakiki.
kalau nak seorang insan., kena kuasai sepenuhnya isi hati.
kalau nak cemerlang., kena pandai memandaikan diri.
kalau nak cakap., kena pandai bukak mulut.
kalau nak disukai ramai., kena pandai buat comel.
kalau nak rumah riuh rendah., kena pandai buat anak.

paling penting kalau nak mengisi syurga., kena pandai ambil hati Tuhan.
ye dak.? :)

p/s : setakat jilat bontot manusia., belom tentu masuk syurga.

Monday, May 2, 2011

bapak budak

jadi orang berada bukan selalunya indah,comel,senang lenang.susah juga kadang kadang.balik kampung pakai driver memang tak ada hal tapi kalau kena kongsi seat dengan 40 penumpang lain memang masalah.

naik bas memang leceh,bila kena duduk sebelah lelaki yang kurang steady ketiak busuk.dalam hati dah mencarut carut.celaka apa ketiak dia,bau kepam lagi wangi.

bosan masa perjalanan satu hal.tapi nasib la,ada jugak budak budak kecik.hiburan tu hiburan.

selang 2 seat belakang gua,ada la budak kecik dengan ayah dia.budak ni mengaji quran,baca doa qunut.yang ayah nie betulkan dan tegur yang mana salah.dalam otak gua dah puji puji bapak budak ni.

"abang baca doa qunut ayah nak dengar"pinta bapak budak.

"abang tak reti,ayah ajar boleh?"

"mana boleh,ayah dah hantar pergi sekolah.cikgu tak ajar ke?ke abang pergi main main?,"marah bapak budak tu.

gua kembali mencarut,celaka apa bapak budak tu.semua nak harapkan cikgu.tu dah jadi tanggungjawab dia ajar anak benda macam tu. kalau susah sangat,bawak anak tu pergi audition bintang kecil tak pun masuk tom tom bak.boleh ajar anak jadi artis.