Sunday, January 30, 2011

sape lagi moden?

ye dak?
kalau gua cakap budak-budak generasi sekarang lagi hebat dari kita?
yela,kalau gua la.form 1 baru kenal telefon bimbit. tu pun model 3310. tu pun reti main game snake je.
sekarang,baru tadika dah pegang i phone dah.facebuku memang sah la ada. dah pandai nak like page emma robert dah

ye dak?
kalau gua cakap budak-budak sekarang semakin pasif?
yela,kalau gua la. kecik-kecik memang suka la main kejar-kejar,konda-kondi,polis sentri, main masak-masak, skodeng anak gadis rumah sebelah,lastik burung bagai.
sekarang,kecik-kecik dah pakai spek sebab tengok tv je keje, main game, tengok porn dalam handset pun ada. kambing dengan anjing pun tak boleh beza.

nanti kalau gua dah ada anak, gua nak cakap. zaman 2011 dulu, akar kayu boleh buat rambut palsu.
ye dak?

p/s:agak-agak anak gua pecaye tak kalau gua tunjuk gambar nie?
           
cakar tak macam ayam..

Thursday, January 27, 2011

inilah orang melayu,hanya mengharapkan subsidi

putrajaya bandar contoh, iklan tv kat hospital putrajaya. kalau gua, gua buat iklan putrajaya bandar rosmah bijan.

gua saja je pergi besantai kat hospital putrajaya,pergi melawat orang kaya yang sakit.sampai je kat sana memang ramai la manusia. nak cari parking pun susah. dah macam midvalley gua tengok. gua agak segan la sebab gua pakai selipar je walaupun seluar LV (belagak sikit) . orang lain semua pakai tali tengkuk,memang segak la.

yang datang semua hebat-hebat. sambil menunggu, ada yang baca paper pakai ipad, calling-calling, email sana sini. ada gak yang bawak fail bertimbun-timbun. sekali pandang hospital nie dah macam personal office dah. patient yang datang lak bukan calang-calang orang. ada yang pangkat datuk, ada tan sri, engineer,ceo..macam-macam la..bak kata orang putih..golongan berada la.

time syok gua ngah usha nurse-nurse yang begetah kat hospital nie, gua dengar la sorang patient nie cakap dengan doktor. 

doktor: macam mana boleh sakit nie?

patient: act, i just came back from uk.maybe the weather la kot.

urphh,hebat betul. dari UK kot. tapi datang buat rawatan kat hospital kerajaan juga. duit dah habis time pergi UK gamaknya.  gua heran betul. yang datang semua hebat-hebat, kaya-kaya. jalan tak sentuh bumi pun. tapi still gak datang hospital kerajaan. sebab free. padahal hospital pakar ada je kat sebelah. tak yah nak belagak sangat la kalau pangkat je tinggi sampaikan tak nak tunggu turn. hospital kerajaan je pun.

putrajaya bandar contoh, iklan tv kat hospital putrajaya. kalau gua, gua buat iklan putrajaya bandar rosmah bijan.




cakar tak macam ayam..

Wednesday, January 26, 2011

tak payah nak belagak sangatlah

bandar alam ciptaan Ilahi,kita hanya menumpang. berpijak pada bumi yang nyata tapi kita hanya hamba. hamba kepada siapa? duit? sombong sangatkah kita manusia? kenalkah diri kita? kita hanya tanah. tempat yang kita pijak, tempat yang kita ludah, tempat kucing berak. kita hina. tak payahlah nak belagak.

kau naik kereta, aku naik kereta, yang bezanya kau naik merc tapi aku naik kancil. jangan nak belagak sangat la. aku tak marah. aku tak marah sebab peribadi. tak ada guna garang, baran pada peribadi. kalau dilempar kata nista terus melenting, kalau direnung terus mengamuk. jangan nak belagak sangatlah. kalau islam dihina, kita tak marah. hanya dengar. mana pergi baran kita?
tak payah nak belagak sangatlah. kau makan,aku pun makan. cuma beza kau makan yang grand jer. aku kat medan dah cukup. tapi apa guna kalau makan jer nak grand tapi solatnya tak. makan sekadar beramal. cukuplah.

dalam kesesakan kota. masing-masing nak laju, pentingkan diri sendiri. jangan nak belagak sangatlah kalau laju sebab nak cepat sampai. kalau masjid hanya dibiarkan berlalu sahaja. muzik dari corong radio lagi kuat dari bunyi azan. jangan nak belagak sangatlah kalau kau ada sonic gear pro evolution 7.

kau sape?jangan nak belagak sangatlah.kau dan aku sama. kita hanya hamba.hina. jangan nak belagak sangat la.aku keluar dari bapa aku,hanya air mani. kau pun sama. tak ada bezanya. jangan nak belagak sangat la. kat kubur nanti tak ada ATM. duit banyak, kabel banyak. kau tak boleh rasuah malaikat pun. jangan rasa kau hebat. malaikat tak pernah sibuk, jangan kau ingat malaikat maut hanya satu. jangan nak belagak sangatlah.


cakar tak macam ayam..

agak-agak sekarang minggu apa?

 sekarang minggu apa ya?minggu orang sakit?minggu eksiden?minggu demam?
atau malam minggu?mahupun ladies night? pedulik apa sama minggu minggu tu. yang penting kena redha.

tapi minggu nie memang pelik.sangat-sangat pelik. boleh dikatakan memang sah pelik. pelik sebab minggu nie banyak sangat benda yang tak sedap didengar berlaku.

mangsa pertama,fakhrur rodzi. venue : broga hill. dalam suka-suki member-member gua yang panjat broga,dia la yang paling klaka.orang lain turun bukit perlahan jer tapi dia guling-guling. sampai kat bawah tengok-tengok dah patah tangan kiri. ada orang cakap dia eksiden dengan malaikat sebab skip solat subuh. tak tahu la betul ke tak.

mangsa yang kedua,anep. venue : taman seroja jer. yang nie lagi klaka. eksiden sorang-sorang. mat rempit sejati la katakan. naik rxz lanie. lepas tu eksiden. abis ranap motor. balik luka-luka. haishh, cari penyakit betul.

next mangsa,classmate gua. umarul namanya. tuan kecik jer tapi naik ninja. perghh,memang style la. tapi eksiden gak. vnue : kat area bangi. tak teruk sangat la,motor hancur jela. tangan patah dua-dua belah. tak pasal-pasal kena extend satu semester.

nie ada sorang lagi.dia nie muda lagi tapi umur jer dah 50.paan nama dia..dia tak eksiden tapi gastrik,tak pun appendix. jalan menonggek jer.sakit pinggan katanya. kalau tengok,memang nampak tua la.

mintak jauh la benda-benda macam nie. jangan tinggal sembahyang syeikh

cakar tak macam ayam..

Sunday, January 23, 2011

22/1/2011

nak jugak la tulis sal date nie.date nie date gua date..ahah,dah belit-belit. gua post entri nie sebab gua bace entri nie  http://cakapbanyaks0ngeh.blogspot.com/2011/01/22o111.html

pagi-pagi lagi gua dah bangun.pukul6.30 kot.6.45 dah naik motor gerak pergi camp. sejuk siot. tak ada sape yang taw. sampai jer kat camp. terus kena buat itu ini. joget sana,joget sini. layan kerenah macik-macik usia sedekad yang masih lagi nak layan poco-poco. tengok jam dah nak pukul9. gua gerak balik rumah. pergi ambik kereta. tunggu punya tunggu. brader car rental nie tak datang-datang pun. tengok jam dah pukul9.30.
giler la cuak.takut tak sempat.sampai dia call pun gua tak angkat.takut kena marah. takut juga kalau-kalau kena geget. pukul10 lebih barulah gua dapat kereta. mandi, siap-siap sume. pakai bedak,gincu, touch up sikit then gua gerak la pergi ambik beliau.

kira dah cukup hebat la.35 minit jer pergi melaka. orang lain 45 minit kot. memng redha je atas highway, takut lambat punya pasal.
sampai jer kat sana,perut nie dah mogok. letih lak tu. tapi tak apa, nanti kenyang la bila dapat jumpa beliau.
then jumpa dia tengah menunggu dengan muka blur. erphh,tetiba lak sendawa.kenyang la kot.

tapi memang best la dapat kua degan dia. hepi betoiii..

tapi bila balik,gua tengah kalut,panik sebab ada orang call. gua suruh dia turun dulu sebab nak parking kereta. then tengok dia dah naik. dia lak salah anggap, terase dengan gua. dia ingat gua halau dia turun . papepun, tu cuma salah faham. yang penting gua tetap berterima kasih kat dia sebab hepikan hari gua!

p/s : nanti kita ambik gambar sesama
.
cakar tak macam ayam..

Saturday, January 8, 2011

PANGGILAN 4

gua lepak-lepak,then gua dapat satu mesej. "call jap" sender 0105786735.
nombor sape lanie,gua call la.

gua : tut,tut,tut

0105786735 : hello (gadis)

gua: sape nie?

0105786735: *diam*

gua: hello,sape nie??

0105786735 : still lagi diam

gua : weii bongok! baik aku xcall lau nk diam,fuck!!

0105786735 : tut,tut,tut..

p/s : mana-mana laki yg berminat dgn nombor diatas,sila lah call..

cakar tak macam ayam..

Friday, January 7, 2011

SEJARAH YANG ENTAH APA-APA

Sejarah! Ya sejarah, biasanya bertulis. Ada juga sejarah yang tak tertulis tapi tersebar dari mulut ke mulut. Bila bercerita pasal politik, alam kehidupan, fitnah, penipuan yang memang dah tentu sah adalah sejarahnya bukan sejarah bertulis dan hanya kadang kala sengaja di cipta dan di reka oleh golongan keparat-koporat yang bertali leher. Ada macam-macam mitos dan lagenda bila kita cerita tentang zaman-zaman awal benda-benda begini pada zaman dahulu. Zaman masa semua orang mesti akhirnya akan sampai juga ketempat lepak kat food court mahupun di mcdonald.

Zaman kita tukar-tukar kaset,tukar-tukar kasut, tukar-tukar fanzine, pinjam majalah atau surat khabar tatkala kitab punk terkemuka sedunia, fanzine maximum rock and roll juga ditelaah berjam-jam. Zaman kita makan roti canai sekeping dan minum air kosong tapi lepak berjam-jam kat food court. Ataupun bagi antara kita yang lagi susah, zaman kita kongsi minum air kosong tapi masih lagi lepak berjam-jam kat situ sambil dihujani deruan enjin motosikal mat-mat rempit sempit yang datang melepak sama.

Zaman dimana mat punk, mat rempit,mat metal, mat hardcore, mat grind,mat alternative, mat drug, mat terap dan bermacam-macam mat lagi yang datang melepak ditempat yang sama dan mula menunjuk lagak masing-masing. Keadaan yang mana food court dah macam dewan rakyat,ahli-ahli politikus yang bergaduh salin tak tumpah dengan mereka. Mungkin inilah contoh yang dibawa mereka untuk santapan rakyat. Biasa la,kerajaan menghakimi mahkamah. Polis melindungi ahli politik. Keamanan segajat diuar-uarkan langsung tidak dirasa.



Dikalangan kita yang lebih sinis dan daif, kita anggap zaman tu dah lama berlalu dah lama habis, satu nostalgia lapuk yang takkan berulang. Kita dah tak senaif dulu, kata kita. Zaman tu tak ada internet, tak ada mp3, tak boleh download lagu atau video, tak boleh rip/burn cd, tak boleh email,taka da cd American pie, handphone pun jarang orang jer yang ada. Pendek kata, kita lagi maju sekarang.
Memang benar, kita lagi maju sekarang. Tapi kadang-kadang, bila kesusahan menekan,keupayaan dan semangat kita untuk melawan akan jadi lebih kuat.

Sekarang,dalam kemajuan kita. Media-media mula memutar belitkan cerita. Pokok yang diceritakan tapi buah pula yang menjadi isu . Sekarang,semua dah ada handphone. Kadang-kadang kita boleh lihat seorang lelaki yang baca mesej tersenyum sorang-sorang. Mungkin dia baru mendapat jawapan saiz coli kekasihnya, Mungkin. Dalam kemajuan kita juga, makin ramai yang terberanak tanpa bapak . Mungkin mereka tidak sengaja. Atau si jantan tidak mahu membazir benih mereka dengan meluah keluar dalam tisu mahupun dinding rumah. Begitu juga dengan si betina,mungkin mereka tidak mahu terlepas kehangatan semburan benih si jantan. Sampaikan rela terberanak sesuka hati. Itu mereka sendiri punya cerita.

Bunuh dah memang wajib,dari rakyat biasa hinggalah ahli politikus yang memang tak pernah mengaku kalah. Kadang-kadang kita jadi tidak faham,mungkin sebab kita terlalu senang. Kita tidak mencuba untuk berubah,atau ternyata susah untuk berubah. Sebab lagi kita senang lagi kita leka. Bosan dengan aktiviti seharian? Jom kita cuba benda lain. Bukan ‘baru’ tapi ‘lain’!
Mungkin bagi yang lain pula,mereka sekadar mencari bentuk eksprasi yang lebih kena dengan diri, jiwa mereka. Yang membezakan baik dari yang buruk cuma keikhlasan, dan sama ada hasilnya itu bagus atau tak. Masing-masing ada agama,setakat mana pegangan kita? Hanya akhlak yang boleh menjelaskan.

Yang pastinya, walau apa pun sebab kita hidup, kita semua nak hidup mengikut apa yang kita sendiri mahu. Zaman memang sudah berubah, tapi kotak pemikiran kita belum. Kita hanya mengikut. Hanya mencari klon-klon dari luar negara. Yang sudah ternyata tidak berasas dan hanya gembira dengan dunia. Hiburan yang dipuja, maruah diri memang untuk digadai walhal kita masih ditakuk lama. Bilalah melayu-melayu nie nak sedar? Sakit perut,masih lagi jumpa bomoh. Tapi diri nampak style je lebih. Tapi kalau kita tak mula dengan langkah pertama, macam mana nak sampai ke langkah seterusnya. Sekurang-kurangnya kita dah pun bermula.


cakar tak macam ayam..