Saturday, December 25, 2010

PELAKON TAMBAHAN YANG MENGUBAH JALAN CERITA SEBUAH FILEM

Angin senja bertiup,awan dilangit pula mendung, cuaca dah mula gelap, guruh dilangit sudah mula menonjol. Sebentar lagi hujan bakal turun barangkali. ‘Hurm,berselimut tebal lagilah malam nie nampak gayanya’. Keluh hati gua.

Dalam suasana suram, gua tiba-tiba terkenang memori lama. Memori bersama kawan-kawan. Bagi gua. Kawan nie membawa satu maksud yang besar. Terkenangkan budak yang nakal, budak yang rajin belajar, saat pertama kali didenda oleh cikgu, ketawakan kawan yang buang air dalam kelas, main kejar-kejar, sepak terajang budak pompuan dan banyak lagi peristiwa gembira yang berlaku masa bersekolah. Bila dah tua,banyak benda yang gua lalui masa kecik akan hilang dan masalah pula akan bertambah. Kawan dah berpindah keluar negara,luar negeri untuk belajar, belajar demi masa depan.

Kenkadang ada masanya gua akan terkenangkan kawan-kawan yang dah lama gua tak jumpa. Mungkin keadaan dah berbeza yang comot jadi comel, yang bodoh jadi pandai, yang penakut jadi gangster tapi apa yang telah gua lalui akan sentiasa menjadi memori,memori yang paling indah sekali.





cakar tak macam ayam..

Monday, December 20, 2010

DARI DALAM MESSAGE ITU

“eyt,ko tahu tak macam mana nak aktifkan GPRS untuk selkom” Tanya mohd lazim terpinga-pinga. “bak sini handphone ko,meh aku buat”,selamba gua menjawab. “nak MMS dengan mata air ke?”. “taklah,saja je.” Ringkas mohd lazim membalas.

Tengah syok gua pegang handphone mohd lazim, tetiba syaitan sebelah kiri gua menggoda gua untuk bukak sent item dengan inbox mohd lazim. Mana tahu kot-kot mohd lazim berbalas mesej porno dengan pacarnya.Memang gua bahan la.

…….

SENT ITEM

“kenapa dengan you ni..apa salah i? apa yang tak kena nie?”
“nak kata I curang kat you rasanya tak!”
“selama nie i jaga you dengan kasih sayang, tak pernah pun I berkasar bahasa!”
“apalagi sebenarnya yang you mahukan?hah..cuba cakap”.

INBOX

“macam nie la, you tak buat salah pun.”
“I nak lima puluh ringgit yang you pinjam itu harilaa..baksini!”
“bayar hutang orang balik! Dah la kredit you pun I yang topapkan”

……

Gua?memang dah gelak guling-guling. Lahanat punya member,duit awek pun nak pow ke? Kahkah.


cakar tak macam ayam..

OSMAN TINTED

Cahaya mentari yang tegak berdiri diatas kepala pada waktu-waktu macam nie memang
mengugatkeimanan sesiapa sahaja.Begitu juga dengan Osman tinted. Seorang lelakilewat 50-an, dia mendapat gelaran tinted kerana dialah orang pertama di kampung gua yang pakai kereta cermin gelap. Dia jugalah orang pertama yang ditangkap khalwat dengan budak sekolah menengah ketika kantoi beromen dalam kereta
becermin gelap.

Jam ditangan Osman tinted jelas menunjukkan sudah pukul1.30 p.m. peluh jantan
mengalir laju dikedua-dua belah keningnya yang beruban. Dia mundar-mandir ditengah panas seperti menunggu sesuatu yang begitu diidamkan.Sekali sekala terdengar dia mengeluh dibawah terik mentari. ‘tunggu siapa bang Osman?’,tegur rohaya gedik. ‘adalah.ish,kamu nie sibuk la nak bertanya hal orang’. Tengking Osman tinted. Maka, berjalan pulanglah rohaya gedik dengan perasaan marah bercampur sedih kerana
gagal menggoda Osman tinted padahal dilubuk hatinya hanya mahu menumpang kereta
bercermin tinted Osman sahaja.Lirik mata Osman tinted jelas liar memerhati gerak pinggul rohaya gedik yang berkebaya. Biasalah,orang tua miang memang macamtu. Orang sekeliling dah masak benar dengan sikap Osman tinted.
Segelas air sirap yang entah dari mana datangny adigenggam Osman dan dihirup perlahan-lahan. Nyata air sirap sejuk itu membuatkan Osman tinted kepuasan. Sirap yang sejuk mengalir laju dicelah-celah halkum jelas membuat Osman terpejam ditengah-tengah panas terik itu.

Pang!!

Bunyi kuat pukulan meja,ada orang mengamuk barangkali. Osman terkejut lantas dia berpaling 270 darjah dari tempat dia berdiri.
‘woi!! Nie belog gua.kenapa cerita pasal Osman tinted pula??.Cerita la pasal orang lain. najib dengan rosmah ka,khir toyo kena tangkap sebab rasuah ka. Harga minyak naik ka. Ada motiflahjuga.
Gampang!!


cakar tak macam ayam..

Monday, December 6, 2010

zaman jahiliah 4

zaman sekolah memang dah berlalu bagi gua. yela, baru lepas spm. belagaklah sikit, budak-budak remaja memang macam tu. tapi gua xmacam budak-budak lain, pantang abis sekolah. rambut tak nak kalah, warna nak merah bagai. putih, kuning pun ada. kadang-kadang dah macam bendera amereka pun wujud sama.

bla,bla,bla.

tengok-tengok,masa honeymoon kat rumah dah habis. dah la result spm xberapa nak gempak tapi setakat nak pergi overlaut tu bolehlah. tapi gua tak nak la sebab sayang malaysia punya pasal.gua nak jadi golongan koprat kat malaysia, mana tahu boleh makan suap ke.

gua apply macam-macam tempat,nak kejar cita-cita punya pasal. dari kecik lagi gua nak jadi helicopter. boleh terbang jauh-jauh.

dari matrik,uitm,uniten,swimburn sampai la maktab perguruan. semua gua reject dengan bangga. foundation gak yang gua pilih. tak jauh pun,kat kulim kedah aje tempatnya. harapan nak jadi licence aircraft punya pasal. manalah tahu kot-kot nanti dapat bukak airlines sendiri, kasi hentam itu tony fernandes. baru dia kenal sape kupi pyruvate kahkah. gelak ala-ala buzzlightyear dalam cerita toy story yang ntah apa-apa.

10 bulan gua kat sana,agak boringlah tapi gua dah tak buat aktiviti dajal mendajal sesama gua tapi gua lebih cenderung terhadap lecturer-lecturer yang belagak bagus. masing-masing nak tunjuk hebat walaupun rambut flattop mahupun perut boroi.
gua menyampah dengan felo blok gua. mengelabah tak tentu pasal,semua salah yang tak salah tetap jadi salah padahal sememangnya xsalah langsung.

gua xjahat tapi nakal aje,bermula dari motosikal sampai la ke underwear yang bergulung-gulung yang felo tu jemur kat ampaian rumah beliau. gua xbuat apa-apa pun. setakat sepak terajang motosikal beliau sampai masuk dalam longkang aje. underwear beliau pun gua xusik. gua gunting ajer. tapi gua solute la beliau punya underwear, gua gunting tanpa perlu dipegang. punyalah kenyal. macam daun kering. kadang-kadang macam sotong kering pun ada. heran gua nak memikir benda tu.

kat sana jugalah gua belajar fly,tu pun dengan lecturer kimia gua. gua kamcing tahap cipan la dengan beliau.dah la rugged, satu kepala pula dengan gua. memang menjadi la. mengumpat sama-sama tapi yang paling best, gua dapat korek tip-tip exam dari beliau. itu yang lagi best.

tapi gua tak lama kat situ,10 bulan je. gua dapat sambung ijazah kat sepang. tempat yang rata-rata budak foundation kat sana nak pergi. bangga lak gua dapat sambung belajar kat sana tanpa pakai kabel najib mahupun rais yatim.

kolej mara kulim nama tempat gua belajar ketika itu, program tu lak namanya foundation in science and technology. kat situ juga la gua dapat kenal ngan pacar gua. sebab tu gua rindu tempat tu walaupun 10 bulan. banyak kenangan. time birthday member-member,gua la yang paling happy sebab dapat campak member dalam parit kecil yang baunya. pergh,memang boleh bawak sampai mimpi basah!!

tapi gua xmacam remaja lain,yang masing-masing nak rambut kaler merah bagai.



cakar tak macam ayam..

SPONGY-BOB VS PAP-RIKA

Musim hujan macam nie,memang agak pelik bagi lelaki tulen macam gua.
Mahunya tak pelik,bila gua bukak facebook majoriti golongan hawa melayu
yang macam dalam lagu gadis melayu menulis status facebook mereka mengenai
Spongebob dan Patrick? Apa kejadahnya tulis cerita pasal kartun?
Tulislah pasal chef wan ke,rosmah dan najib ke,harga minyak naik ke,
Bolehlah diterima akal juga.

Status begitu rupa dipost oleh majoriti kenalan gua,
Baik rakan sekolah,kenalan ciber, makwe-makwe nampak betis mahupun minah-minah
yang entah dari mana asal usulnya.

Gua pun tanpa segan silu nak menyibukkan diri kaji selidik peristiwa tersebut. Manalah tahu golongan wanita nie membuat satu pakatan nak menjatuhkan kaum adam segak bergaya macam gua.Buat macam rosmah memerintah najib ke.

Adapun mereka sedang mengusahakan satu perkara macam yang ditulis dalam satu blook. Yang mana golongan hawa di kuala lumpur berharap semua ‘wiwit’ lelaki tercabut dari badan. Maka,selamatlah mereka dari terberanak dicelah tong sampah. Ada ‘wiwit’ yang tercabut di bahu jalan,di laluan pejalan kaki,disudut-sudut warung kopi pak ucu buntal mahupun dijalan raya. Maka bersorak-sorailah kaum hawa apabila melihat ‘wiwit’ lelaki tercabut bergelimpangan dan ada yang mengeriuk kesakitan. Ada juga yang rebah pitam melihat ‘wiwit’ mat-mat bangla penebar roti benggali.‘wiwit’ yang tercabut ada yang disepak dan ada juga yang dibekukan,untuk kegunaan dimasa lapang barang kali.

Tapi,itu hanya cerita rekaan yang boleh tahan tahap kemerapuannya yang gua baca dalam blook itu. Gusi gua yang dah kering kembali basah membaca blook tersebut.

Tapi tidak mustahil kalau benda seperti itu terjadi, itu yang perlu gua selidik pasal spogy-bob dengan paprik nie.Nak mengkaji perlakuan wanita semata sebagai langkah berwaspada atas ancaman negara.

Gua bertanya kenalan gua,aminah rogayah namanya.
Dia cakap,’eyh tak boleh bagitahu nanti kena bunuh!’ hampeh punya member,keluh hati gua.

Gua bertanya kepada seorang lagi kenalan,nona tanjung.
Dia cakap,’bluerkk,mana boleh bagitahu. Kita-kita aje yang tahu,kalau nak tahu juga kena LIKE status kita dulu’. ‘celaka!’ panas hati gua.

Gua tak putus asa,gua cuba bertanya kepada encik yahoo.
Encik yahoo menjawab,’damn you! This is woman story’. Rupa-rupanya encik yahoo pun sama juga keparatnya.

Gua cuba nasib bertanya kepada encik google,
‘mr google,do you know the secret meaning of spongy-bob and paprik? Tanya gua dalam versi mat saleh celup.
mr google jawab.’dear charming boy, spongy-bob means single whereas paprik means already taken.’

Betul ke?
tu jela yang dirahsiakan sangat? Kiranya selamatlah ‘wiwit’ lelaki dikuala lumpur? Tapi najib mesti tetap tak selamat dari rosmah (*pakcik ISA,tolong jangan tangkap saya.saya tak campur isu politikus).

gua teruskan online dengan rasa yang puas dan lega selepas dapat meyelongkar rahsia wanita. Kalau itu jela yang dirahsiakan. Gua nak syorkan pada kaum lelaki supaya jadikan spongy-bob simbol gay manakala paprik pula bagi mereka yang straight nafsunya.


…….nota kaki: ini bukan blog lucah!

cakar tak macam ayam..

Saturday, December 4, 2010

kejam gila!

exam?
memang la kena study tapi apa rasionalnya kampus gua off wifi?
mana la main router nie,sedih gila.
nak online pun susah.
nak usha awek nampak betis kat muka buku pun dah tak boleh.
tempat yang boleh gua online cuma kat admin,ya kat admin.
2 blok dari bilik gua.

tapi online punya pasal,gua tetap turun.
bila dah turun,nak connect lak tak boleh
then gua cari port lain,
mana tahu boleh online.
tup,tap,tup,tap..
check line server nie.
akhirnya dapat gak gua online.
tengah syok online.
pap..
'haish,siapa la yang meludah merata nie?'
desus hati gua.
tapi ada bau lak,takkan air liur keluar bau?
gua bingung sebentar.
gua pandang kiri..

damn!!
tahi burung,gua salah pilih port.
abis beg laptop gua!!
lahanat punya burung!

gua offline,terus naik ke bilik

cakar tak macam ayam..

melayu betul!

Malam-malam, kalau free. Gua dengan member mesti kerja part-time kat restoran depan kampus gua. Bukan apa, bukan nak duit sangat tapi nak belajar berdikari. Kalau gua kat bilik, gua buang masa macam tu jer. Baik buat kerja yang ada faedah sikit.

Tapi,time kerja tu. Ada la suara-suara sumbang. Sok,sek,sok,sek,pum,pang,pum..

Panas juga hati gua. kalau nak mengumpat, Bagitahu la depan-depan. Gentle, habis cerita.

Time gua hantar makanan, ada budak kampus gua tanya dengan nada yang agak menyampah gua dengar. ‘cari duit poket ke? selekeh gila kerja kat restoran’.

Perghh,ayat dia. Siapa la yang tak mencarut. Gua lak memang jenis tak menahan cobaan,memang terangsang habis dengar ayat dia tu. Dah klimak dah gua rasa.

‘assalamualaikum der, kalau rasa hebat sangat la kan. Kenapa datang makan kat sini gak? Pergi la kat restoran mewah lain, dah tu. Kalau makan mahal-mahal ok la gak, makan nasi goreng ke, tom yam ke, ikan siakap ke, berbaloi gak nak mengomen. Nie kalau setakat makan nasi bujang RM2.50 dengan air kosong. tak payahlah, tutup jela mulut tu. Sakai gila’. Terus dia senyap dan suap makanan tiga sudu sekaligus dalam mulut,dah macam ikan buntal gua tengok.

Gua blah dengan muka brutal dan bangga lepas dapat smash mamat tu.

‘konpem dia dah tak datang esok’ desus hati gua.

...................

cakar tak macam ayam..

PANGGILAN 3

Haish! Asyik orang jer call gua. Bila masa lak gua nak call orang lain. Kesian gak tengok telefon buruk gua nie vibrate. Sekali dia vibrate, abis tercabut dia punya casing. Nasib baik bateri tak tercabut sama . biasa la, “blackberry” import. Macam tu la.

Tapi nak call siapa? Call mak ke awek?mak la. Ish, call awek pun ok gak. Arghh, call dua-dua lagi senang. Tapi family first.
Dail nombor mak gua lepas tu gua picit butang hijau yang dah cukup uzur tu.

Tut,tut,tut..

Hello,assalamualaikum mak. Buat apa?
‘w’salam nak,takada buat apa. Baru le…..

Tut,tut…

Damn! Lupa!!
Gua dah sebulan tak topap!!

cakar tak macam ayam..