Tuesday, September 21, 2010

lawak yang paling klaka selepas raya

situasi menunjukkan 5 bersahabat pulang selepas kekenyangan mencekik nasi lemak berpakej bajet gara-gara kehabisan wang. perjalanan mereka dengan menaiki kereta mazda rx8 yang dipandu megah oleh e-kie (kanda) dengan aksi hydroplanning di atas permukaan air. puad onah yang merupakan abang chik pekida begitu bahagia berada di tempat duduk hadapan. manakala abang long (dr cinta),ayahanda (kasyah) dan abang kawasan(eman manan) hanya berada di belakang menyaksikan kawasan jajahan mereka..
"weiii..jalan kaki jah?" tegur kanda dengan lagaknya apabila dapat memandu mazda rx8 bersticker pekida di tengah cermin sambil membuka jurus 30. perjalanan bgitu jauh,dimana terletak kira-kira 10 meter sahaja dihadapan pintu pagar kampus tapi lagak berkereta umpama di amereka.


dalam perjalanan pulang,mereka berjalan pulang dengan memanjat tangga ke tingkat empat hostel. sedang leka mereka ketawa tak ingat dunia. terkejutlah mreka memandang seorang senior yang begitu brutal mukanya. berambut panjang, berparut dimuka, bengis matanya. berjalan menuruni tangga seorang diri. "perrrghhh....brutal betul", desus hati abang kawasan yang begitu mengagumi senior tersebut apabila beliau membetulkan rambutnya yang panjang macam dalam iklan sunsilk..
"tap,tap,tap.."keadaan menjadi sunyi,yang hanya kedengaran hanyalah langkah selipar senior tu. setibanya saat yang mendebarkan dimana senior itu berselisih dengan mereka, rungsing kalau-kalau dipukul senior tersebut..praapppp...senior itu tersilap langkah lalu jatuh..yarkkk!, sambut abang kawasan. lalu mereka berlima tanpa segan silu ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia.berlari lah mereka sambil ketawa memecahkan hening malam. "bodoh",seraya mereka berkata sambil ketawa. kemungkinan besar senior tersebut trauma lalu mencukur botak rambutnya bagi mengelak dari diketawa. menjadi kesilapan besar bagi beliau untuk jatuh dihadapan mereka.
dari gua~

No comments:

Post a Comment