Monday, September 13, 2010

MIMPI ATAU REALITI?

0830 a.m. : sehari sebelum raya
“abah,cepat la sikit.dah lewat ni,abah janji nak berbuka kat uma atok”,rintih anak gua dlm versi pelat. “ntah la abang ni,bersiap mengalahkan perempuan jer,”jampuk isteri kesayangan gua merangkap mrs.pyruvate. “yela-yela. ala, raub jer pun.bukan jauh pun sayang.v-tec tak sempat berbuka pun da sampai la sayang”,jawab gua sambil menarik seluar tersedut di celah bontot. “dah,jom gerak.tadi bukan main bising lagi nak berbuka kat umah atok”,usik gua terhadap anak tunggal kesayangan gua.

“adik pegang ibu kuat-kuat tau,ayah nak pecut non-brake,non-stop nie”,sambung gua dengan lagak setelah dapat memegang stereng Honda EK hutang. “abang nie,bawak pelan-pelan suda.biar lambat bang asalkan selamat,”tegas mrs.pyruvate. “tu dulu la sayang,sekarang nie biar ekspress asalkan selamat.haa,tu baru betul,”jawab gua dengan penuh ego.
Sepanjang perjalanan, jangan di  katakan motosikal Kawasaki ninja jer yang gua potong. kereta, train, jet, lori sampah semua gua potong. biasa la, enjin v-tec katakan. blok enjin racing tak calar punya, piston pom bau kedai lagi, blok baru lepas korek jer der.
“abang, perlahan la sikit. nak tercabut hati, jantung, limpa, hempedu saya nie bang, ” tegur isteri gua. “yela sayang oii, abang bawak slow lanie. nanti abang potong kancil buruk depan nie k?,”jawab gua selamba dengan spek rayban hitam berkilau dimata. “sayang tengok abang hebat tak? tengok nie taw,” sapa gua kepada isteri gua supaya melihat gaya gua memotong kancil buruk yang meter 70-75 kmph di atas hi-way. speed trap, saman ekor gua dah tak pedulik lagi da. Vrooommmmmmmm, “haa, tengok sayang. stylo mylo tak? ”sambil mengusap jambul rambut gua. “yela abang oii. dah, tadi cakap last ngan kancilkan?” sinis isteri gua berkata. “oke-oke, yang nie last. lori sebijik k sayang?” janji gua sekali lagi sambil memuncungkan mulut menunjuk kearah lori tata zaman jepun angkut kayu dihadapan kereta gua. Vroooommmmmm, “boy!boy, boy..kiri nie boy,jangan boy..”jerit isteri gua. Gua senyum lagak dengan elemen macho habis setelah dapat memotong sebuah lori dari belah kiri. “ala, menyampah betul aku dengan kereta charade datomaso buruk nie,dah taw nak bawak slow.dok kat jalan kampong jela,”marah gua bercampur lagak. “sayang,nie yang last k?i janji,”sekali lagi gua menabur janji. “jangan bang,lori kat depan tu”,marah isteri gua. “u see only k sayang?” lagak gua sekali lagi.vrooooommmmmm….poooooooooooooonnnnnnn…
Baaaaannnnggggg….gua dah tak sedar gua kat mana,isteri gua dah tak bersuara,anak gua menangis . “ayah tipu,tipu….”,rengek anak gua yang sayup-sayup kedengaran tapi mata gua dah terpejam.hanya telinga yang mendengar.
Pi,bangun pi.pi..bangun nak,nie mak nie nak.bangun la..gua sedar dari pengsan.”mana isteri saya mak?anak saya? Dorang selamat tak mak?kenapa saya ada kat katil nie?mana isteri saya?” tanya gua dengan air mata mengalir laju,gua betul-betul menyesal kerana degil.
Pang!! Sedas penampar perisa serunding daging hinggap tepat dipipi gua yang chubby nie.
“Isteri,anak jadah apa pula ko nie!?mangkuk hayun punya budak.dah pukul3 petang pun mimpi lagi?bangun la woii,kurus puasa tu.ada hati nak ada bini,anak.nak bangun zuhur pun tak boleh,”lantang mak gua menyapa.gua senyum malu jer,gua mimpi rupanya hahahaha..
Yang paling tak bole blah,mak gua abis spend time dia tuk sebarkan gossip mimpi gua kat member-member ngan family gua.memang jadi bahan la gua di pagi raya yang mulia nie.member gua kamaruddin che din che dun,syapiq azman,roy kasanova,abang mat kawasan,mamat original spicy,shahrul pomen,napi tuli,Ibrahim cikgu ya,aiman mamat jesus @ mamat isa,mazlan ropiie chehhh, ismadi rosmadi rosli, puyie daki, nukman scebish, hakim cekeli,apik lalat,aiman che lah,zambarota anak adnan, zubir DBQ , adeq lan, ejat rebonding, elie pisang..terima kasih la sebab sudi tadah telinga dengar cerita mak gua,terima kasih juga sebab ketawakan gua..sumpah eden malu! 

dari gua~

No comments:

Post a Comment