Wednesday, January 26, 2011

tak payah nak belagak sangatlah

bandar alam ciptaan Ilahi,kita hanya menumpang. berpijak pada bumi yang nyata tapi kita hanya hamba. hamba kepada siapa? duit? sombong sangatkah kita manusia? kenalkah diri kita? kita hanya tanah. tempat yang kita pijak, tempat yang kita ludah, tempat kucing berak. kita hina. tak payahlah nak belagak.

kau naik kereta, aku naik kereta, yang bezanya kau naik merc tapi aku naik kancil. jangan nak belagak sangat la. aku tak marah. aku tak marah sebab peribadi. tak ada guna garang, baran pada peribadi. kalau dilempar kata nista terus melenting, kalau direnung terus mengamuk. jangan nak belagak sangatlah. kalau islam dihina, kita tak marah. hanya dengar. mana pergi baran kita?
tak payah nak belagak sangatlah. kau makan,aku pun makan. cuma beza kau makan yang grand jer. aku kat medan dah cukup. tapi apa guna kalau makan jer nak grand tapi solatnya tak. makan sekadar beramal. cukuplah.

dalam kesesakan kota. masing-masing nak laju, pentingkan diri sendiri. jangan nak belagak sangatlah kalau laju sebab nak cepat sampai. kalau masjid hanya dibiarkan berlalu sahaja. muzik dari corong radio lagi kuat dari bunyi azan. jangan nak belagak sangatlah kalau kau ada sonic gear pro evolution 7.

kau sape?jangan nak belagak sangatlah.kau dan aku sama. kita hanya hamba.hina. jangan nak belagak sangat la.aku keluar dari bapa aku,hanya air mani. kau pun sama. tak ada bezanya. jangan nak belagak sangat la. kat kubur nanti tak ada ATM. duit banyak, kabel banyak. kau tak boleh rasuah malaikat pun. jangan rasa kau hebat. malaikat tak pernah sibuk, jangan kau ingat malaikat maut hanya satu. jangan nak belagak sangatlah.


cakar tak macam ayam..

6 comments: