Saturday, December 25, 2010

PELAKON TAMBAHAN YANG MENGUBAH JALAN CERITA SEBUAH FILEM

Angin senja bertiup,awan dilangit pula mendung, cuaca dah mula gelap, guruh dilangit sudah mula menonjol. Sebentar lagi hujan bakal turun barangkali. ‘Hurm,berselimut tebal lagilah malam nie nampak gayanya’. Keluh hati gua.

Dalam suasana suram, gua tiba-tiba terkenang memori lama. Memori bersama kawan-kawan. Bagi gua. Kawan nie membawa satu maksud yang besar. Terkenangkan budak yang nakal, budak yang rajin belajar, saat pertama kali didenda oleh cikgu, ketawakan kawan yang buang air dalam kelas, main kejar-kejar, sepak terajang budak pompuan dan banyak lagi peristiwa gembira yang berlaku masa bersekolah. Bila dah tua,banyak benda yang gua lalui masa kecik akan hilang dan masalah pula akan bertambah. Kawan dah berpindah keluar negara,luar negeri untuk belajar, belajar demi masa depan.

Kenkadang ada masanya gua akan terkenangkan kawan-kawan yang dah lama gua tak jumpa. Mungkin keadaan dah berbeza yang comot jadi comel, yang bodoh jadi pandai, yang penakut jadi gangster tapi apa yang telah gua lalui akan sentiasa menjadi memori,memori yang paling indah sekali.





cakar tak macam ayam..

1 comment: