Monday, December 6, 2010

SPONGY-BOB VS PAP-RIKA

Musim hujan macam nie,memang agak pelik bagi lelaki tulen macam gua.
Mahunya tak pelik,bila gua bukak facebook majoriti golongan hawa melayu
yang macam dalam lagu gadis melayu menulis status facebook mereka mengenai
Spongebob dan Patrick? Apa kejadahnya tulis cerita pasal kartun?
Tulislah pasal chef wan ke,rosmah dan najib ke,harga minyak naik ke,
Bolehlah diterima akal juga.

Status begitu rupa dipost oleh majoriti kenalan gua,
Baik rakan sekolah,kenalan ciber, makwe-makwe nampak betis mahupun minah-minah
yang entah dari mana asal usulnya.

Gua pun tanpa segan silu nak menyibukkan diri kaji selidik peristiwa tersebut. Manalah tahu golongan wanita nie membuat satu pakatan nak menjatuhkan kaum adam segak bergaya macam gua.Buat macam rosmah memerintah najib ke.

Adapun mereka sedang mengusahakan satu perkara macam yang ditulis dalam satu blook. Yang mana golongan hawa di kuala lumpur berharap semua ‘wiwit’ lelaki tercabut dari badan. Maka,selamatlah mereka dari terberanak dicelah tong sampah. Ada ‘wiwit’ yang tercabut di bahu jalan,di laluan pejalan kaki,disudut-sudut warung kopi pak ucu buntal mahupun dijalan raya. Maka bersorak-sorailah kaum hawa apabila melihat ‘wiwit’ lelaki tercabut bergelimpangan dan ada yang mengeriuk kesakitan. Ada juga yang rebah pitam melihat ‘wiwit’ mat-mat bangla penebar roti benggali.‘wiwit’ yang tercabut ada yang disepak dan ada juga yang dibekukan,untuk kegunaan dimasa lapang barang kali.

Tapi,itu hanya cerita rekaan yang boleh tahan tahap kemerapuannya yang gua baca dalam blook itu. Gusi gua yang dah kering kembali basah membaca blook tersebut.

Tapi tidak mustahil kalau benda seperti itu terjadi, itu yang perlu gua selidik pasal spogy-bob dengan paprik nie.Nak mengkaji perlakuan wanita semata sebagai langkah berwaspada atas ancaman negara.

Gua bertanya kenalan gua,aminah rogayah namanya.
Dia cakap,’eyh tak boleh bagitahu nanti kena bunuh!’ hampeh punya member,keluh hati gua.

Gua bertanya kepada seorang lagi kenalan,nona tanjung.
Dia cakap,’bluerkk,mana boleh bagitahu. Kita-kita aje yang tahu,kalau nak tahu juga kena LIKE status kita dulu’. ‘celaka!’ panas hati gua.

Gua tak putus asa,gua cuba bertanya kepada encik yahoo.
Encik yahoo menjawab,’damn you! This is woman story’. Rupa-rupanya encik yahoo pun sama juga keparatnya.

Gua cuba nasib bertanya kepada encik google,
‘mr google,do you know the secret meaning of spongy-bob and paprik? Tanya gua dalam versi mat saleh celup.
mr google jawab.’dear charming boy, spongy-bob means single whereas paprik means already taken.’

Betul ke?
tu jela yang dirahsiakan sangat? Kiranya selamatlah ‘wiwit’ lelaki dikuala lumpur? Tapi najib mesti tetap tak selamat dari rosmah (*pakcik ISA,tolong jangan tangkap saya.saya tak campur isu politikus).

gua teruskan online dengan rasa yang puas dan lega selepas dapat meyelongkar rahsia wanita. Kalau itu jela yang dirahsiakan. Gua nak syorkan pada kaum lelaki supaya jadikan spongy-bob simbol gay manakala paprik pula bagi mereka yang straight nafsunya.


…….nota kaki: ini bukan blog lucah!

cakar tak macam ayam..

No comments:

Post a Comment