Monday, December 6, 2010

zaman jahiliah 4

zaman sekolah memang dah berlalu bagi gua. yela, baru lepas spm. belagaklah sikit, budak-budak remaja memang macam tu. tapi gua xmacam budak-budak lain, pantang abis sekolah. rambut tak nak kalah, warna nak merah bagai. putih, kuning pun ada. kadang-kadang dah macam bendera amereka pun wujud sama.

bla,bla,bla.

tengok-tengok,masa honeymoon kat rumah dah habis. dah la result spm xberapa nak gempak tapi setakat nak pergi overlaut tu bolehlah. tapi gua tak nak la sebab sayang malaysia punya pasal.gua nak jadi golongan koprat kat malaysia, mana tahu boleh makan suap ke.

gua apply macam-macam tempat,nak kejar cita-cita punya pasal. dari kecik lagi gua nak jadi helicopter. boleh terbang jauh-jauh.

dari matrik,uitm,uniten,swimburn sampai la maktab perguruan. semua gua reject dengan bangga. foundation gak yang gua pilih. tak jauh pun,kat kulim kedah aje tempatnya. harapan nak jadi licence aircraft punya pasal. manalah tahu kot-kot nanti dapat bukak airlines sendiri, kasi hentam itu tony fernandes. baru dia kenal sape kupi pyruvate kahkah. gelak ala-ala buzzlightyear dalam cerita toy story yang ntah apa-apa.

10 bulan gua kat sana,agak boringlah tapi gua dah tak buat aktiviti dajal mendajal sesama gua tapi gua lebih cenderung terhadap lecturer-lecturer yang belagak bagus. masing-masing nak tunjuk hebat walaupun rambut flattop mahupun perut boroi.
gua menyampah dengan felo blok gua. mengelabah tak tentu pasal,semua salah yang tak salah tetap jadi salah padahal sememangnya xsalah langsung.

gua xjahat tapi nakal aje,bermula dari motosikal sampai la ke underwear yang bergulung-gulung yang felo tu jemur kat ampaian rumah beliau. gua xbuat apa-apa pun. setakat sepak terajang motosikal beliau sampai masuk dalam longkang aje. underwear beliau pun gua xusik. gua gunting ajer. tapi gua solute la beliau punya underwear, gua gunting tanpa perlu dipegang. punyalah kenyal. macam daun kering. kadang-kadang macam sotong kering pun ada. heran gua nak memikir benda tu.

kat sana jugalah gua belajar fly,tu pun dengan lecturer kimia gua. gua kamcing tahap cipan la dengan beliau.dah la rugged, satu kepala pula dengan gua. memang menjadi la. mengumpat sama-sama tapi yang paling best, gua dapat korek tip-tip exam dari beliau. itu yang lagi best.

tapi gua tak lama kat situ,10 bulan je. gua dapat sambung ijazah kat sepang. tempat yang rata-rata budak foundation kat sana nak pergi. bangga lak gua dapat sambung belajar kat sana tanpa pakai kabel najib mahupun rais yatim.

kolej mara kulim nama tempat gua belajar ketika itu, program tu lak namanya foundation in science and technology. kat situ juga la gua dapat kenal ngan pacar gua. sebab tu gua rindu tempat tu walaupun 10 bulan. banyak kenangan. time birthday member-member,gua la yang paling happy sebab dapat campak member dalam parit kecil yang baunya. pergh,memang boleh bawak sampai mimpi basah!!

tapi gua xmacam remaja lain,yang masing-masing nak rambut kaler merah bagai.



cakar tak macam ayam..

2 comments: