Friday, January 7, 2011

SEJARAH YANG ENTAH APA-APA

Sejarah! Ya sejarah, biasanya bertulis. Ada juga sejarah yang tak tertulis tapi tersebar dari mulut ke mulut. Bila bercerita pasal politik, alam kehidupan, fitnah, penipuan yang memang dah tentu sah adalah sejarahnya bukan sejarah bertulis dan hanya kadang kala sengaja di cipta dan di reka oleh golongan keparat-koporat yang bertali leher. Ada macam-macam mitos dan lagenda bila kita cerita tentang zaman-zaman awal benda-benda begini pada zaman dahulu. Zaman masa semua orang mesti akhirnya akan sampai juga ketempat lepak kat food court mahupun di mcdonald.

Zaman kita tukar-tukar kaset,tukar-tukar kasut, tukar-tukar fanzine, pinjam majalah atau surat khabar tatkala kitab punk terkemuka sedunia, fanzine maximum rock and roll juga ditelaah berjam-jam. Zaman kita makan roti canai sekeping dan minum air kosong tapi lepak berjam-jam kat food court. Ataupun bagi antara kita yang lagi susah, zaman kita kongsi minum air kosong tapi masih lagi lepak berjam-jam kat situ sambil dihujani deruan enjin motosikal mat-mat rempit sempit yang datang melepak sama.

Zaman dimana mat punk, mat rempit,mat metal, mat hardcore, mat grind,mat alternative, mat drug, mat terap dan bermacam-macam mat lagi yang datang melepak ditempat yang sama dan mula menunjuk lagak masing-masing. Keadaan yang mana food court dah macam dewan rakyat,ahli-ahli politikus yang bergaduh salin tak tumpah dengan mereka. Mungkin inilah contoh yang dibawa mereka untuk santapan rakyat. Biasa la,kerajaan menghakimi mahkamah. Polis melindungi ahli politik. Keamanan segajat diuar-uarkan langsung tidak dirasa.



Dikalangan kita yang lebih sinis dan daif, kita anggap zaman tu dah lama berlalu dah lama habis, satu nostalgia lapuk yang takkan berulang. Kita dah tak senaif dulu, kata kita. Zaman tu tak ada internet, tak ada mp3, tak boleh download lagu atau video, tak boleh rip/burn cd, tak boleh email,taka da cd American pie, handphone pun jarang orang jer yang ada. Pendek kata, kita lagi maju sekarang.
Memang benar, kita lagi maju sekarang. Tapi kadang-kadang, bila kesusahan menekan,keupayaan dan semangat kita untuk melawan akan jadi lebih kuat.

Sekarang,dalam kemajuan kita. Media-media mula memutar belitkan cerita. Pokok yang diceritakan tapi buah pula yang menjadi isu . Sekarang,semua dah ada handphone. Kadang-kadang kita boleh lihat seorang lelaki yang baca mesej tersenyum sorang-sorang. Mungkin dia baru mendapat jawapan saiz coli kekasihnya, Mungkin. Dalam kemajuan kita juga, makin ramai yang terberanak tanpa bapak . Mungkin mereka tidak sengaja. Atau si jantan tidak mahu membazir benih mereka dengan meluah keluar dalam tisu mahupun dinding rumah. Begitu juga dengan si betina,mungkin mereka tidak mahu terlepas kehangatan semburan benih si jantan. Sampaikan rela terberanak sesuka hati. Itu mereka sendiri punya cerita.

Bunuh dah memang wajib,dari rakyat biasa hinggalah ahli politikus yang memang tak pernah mengaku kalah. Kadang-kadang kita jadi tidak faham,mungkin sebab kita terlalu senang. Kita tidak mencuba untuk berubah,atau ternyata susah untuk berubah. Sebab lagi kita senang lagi kita leka. Bosan dengan aktiviti seharian? Jom kita cuba benda lain. Bukan ‘baru’ tapi ‘lain’!
Mungkin bagi yang lain pula,mereka sekadar mencari bentuk eksprasi yang lebih kena dengan diri, jiwa mereka. Yang membezakan baik dari yang buruk cuma keikhlasan, dan sama ada hasilnya itu bagus atau tak. Masing-masing ada agama,setakat mana pegangan kita? Hanya akhlak yang boleh menjelaskan.

Yang pastinya, walau apa pun sebab kita hidup, kita semua nak hidup mengikut apa yang kita sendiri mahu. Zaman memang sudah berubah, tapi kotak pemikiran kita belum. Kita hanya mengikut. Hanya mencari klon-klon dari luar negara. Yang sudah ternyata tidak berasas dan hanya gembira dengan dunia. Hiburan yang dipuja, maruah diri memang untuk digadai walhal kita masih ditakuk lama. Bilalah melayu-melayu nie nak sedar? Sakit perut,masih lagi jumpa bomoh. Tapi diri nampak style je lebih. Tapi kalau kita tak mula dengan langkah pertama, macam mana nak sampai ke langkah seterusnya. Sekurang-kurangnya kita dah pun bermula.


cakar tak macam ayam..

4 comments:

  1. entry yang ringkas
    maksud yang padat
    bagi yang belum buka mata
    mungkin masih lagi lemas dalam godaan duniawi
    oh dunia!mintaklah dijauhkan

    ReplyDelete
  2. ya,mintaklah jauh
    manusia lain-lain
    hati budi dah xboleh nak ramal lagi

    ReplyDelete