Tuesday, March 8, 2011

ini memang celaka

hari isnin petang,pukul 6 lebih kurang.cuaca kat luar pula macam nak hujan "hmm,main bola dalam bilik lagi la nampak gayanya",selamba hati gua berkata.
gua jenguk luar tingkap,tengok budak depan rumah.boleh lagi main badminton dalam ribut, jenis budak pakai shuttle cock kayu gamaknya.
gua menyandar kat dinding,sebelah tingkap.gua ambik kotak winston,gua tengok tinggal tiga batang je lagi."celaka,kalau rokok boleh refillkan bagus". gua cabut sebatang,gua kepit dekat bibir.gua capai lighter aladdin kaler biru gua bakar muncung winston. gua sedut dalam-dalam,biar sampai ke limpa.memang nikmat masa-masa macam nie. 
huuuhhhhh,gua hembus lembut,kadang-kadang mulut muncung sedikit kasi asap O keluar.


gua letak tangan belakang kepala,gua dongak atas. tengok syiling yang bila-bila masa je boleh runtuh timpa kepala. macam stadium kat terengganu runtuh.rumah nie mesti kontraktor taik duit juga yang buat.

"pot pet pot pet"
bunyi orang sembang,kuat bebenor percakapan. gaya macam marah aje macam van persie marah dekat abidal masa arsengal kalah dengan barca. ke tengah buat study berkumpulan.
gua jenguk luar tingkap lagi sekali,gua tengok jiran sebelah tengah sembang dengan anak gadis dia. boleh la cuci mata sikit-sikit. tengok muka suci aje,tengok pakai tudung lega hati,tengok baju lengan panjang bagus aje. "ahhh,damn!!" awat bodoh sangat perempuan nie. gaya israel mana yang dia guna?anak buah hosni mubarak pun tak macam nie. pakai tudung elok tapi pakai skirt. itu memang celaka.
              macam nie la lebih kurang,tak nampak macam celaka??

gua tutup tingkap,gua padam winston gua. gua bangun.gua blah layan upin ipin kat tv.

cakar tak macam ayam..

2 comments: