Monday, August 23, 2010

kahwin

Mak senah dan Pidin Aladin ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. SU, NA, NI dan NOMI.
Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak perempuan mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.
SU berbulan madu ke Pulau Langkawi, NA ke Pulau Tioman, NI ke Pulau Kapas dan NOMI ke Pulau Pangkor.
Sebelum pergi Mak Senah dan Pidin aladdin berpesan, "nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat". Panjang lebar Mak senah memberi arahan pada anak-anaknya.
Seminggu kemudian mereka terima surat dari SU yg bertulis "KFC". Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis "HINGGA MENJILAT JARI". Berbahagialah si SU tu rupanya kata mereka.
Esoknya terima pula surat dari NA yang bertulis "PEPSI". Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis "NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR". Bahagia juga si NA rupanya.
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat NI yang bertulis "STANDARD CHARTERED". Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu "BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!".
"Wahhhh!!Bahagianya si NI tu bang," kata Mak senah pada Pidin aladin.
Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari NOMI. 2 minggu, tak ada juga. Pidin Alddin dan Mak Senah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari NOMI dengan isi kandungannya yang bertulis "AIR ASIA". Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.
Tapi, bila dibaca Mak Senah dan Pidin Aladdin terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.
"Bahagia ke si NOMI tu bang?" tanya Mak Senah pada Pidin Aladdin.
"Ntah…" jawap Pidin Aladdin sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.
"APA MOTTO IKLAN TU" tanya Mak Senah lagi.
.......................Dengan selamba dan kuat Pidin Alladin menjawap "7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!" dan " NOW EVERYONE CAN FLY!!"



dari gua~

2 comments: