Wednesday, August 18, 2010

sejuknya hati gua

jam kat tangan dan dinding bilik gua yang berjenama casio local menunjukkan 8.45 malam..azan magrib telah lama meninggalkan kami yang masih leka dan berfoya-foya dengan juadah berbuka kami.gua dah rasa bersalah time tu,xpernah lagi gua melambat-lambatkan solat fardhu sedemikian rupa walaupun tiap-tiap hari macam tu.
gua dah xmau berlengah lagi,gua chow dari katil dan bergegas menuju ke bilik air untuk berwuduk. bila gua dah masuk bilik...perggghhhhh
sejuk hati gua tengok member gua solat buat kali ketiga semenjak dia melabuhkan punggung kat sini."dah berubah member gua nie"persis naluri mulia gua.ketika dia bersolat.gua tanya..."mimpi ker derr??",dia hanya mampu mengangguk ketika bersolat."wah!! khusyuk gila mamat nie,biasanya time solat pom sempat lagi nyanyi".sekali lagi hati gua terdetik.selepas selesai mamat nie menunaikan solat.dia duduk dan menghadap tangannya ke langit lalu berdoa secara terang dan jelas..."Ya Allah,kau kurniakan lah keberkatan dan hidayah kepada memberku supaya mereka terbuka pintu hati...ke payah ya Allah??.
opssss..jahil lagi rupanya memberku yang sorang nie.sedang gua sedang leka tergelak,gua terdengar orang azan...
tidakk!! magrib gua sudah burn,gua terlupa plak..gua bergegas menunaikan solat sebelum terlambat.gua terdengar azan tu bunyi lain macam jer..Allahhu akbar Allahu TAALA...sekali lagi gua terkena dengan gurauan bakal kayu api neraka yang merangkap member gua hahaha.
.................................
gua solat magrib sambil senyum,tu pom dah masuk waktu isya' hahaha
dari gua~

No comments:

Post a Comment