Saturday, December 4, 2010

melayu betul!

Malam-malam, kalau free. Gua dengan member mesti kerja part-time kat restoran depan kampus gua. Bukan apa, bukan nak duit sangat tapi nak belajar berdikari. Kalau gua kat bilik, gua buang masa macam tu jer. Baik buat kerja yang ada faedah sikit.

Tapi,time kerja tu. Ada la suara-suara sumbang. Sok,sek,sok,sek,pum,pang,pum..

Panas juga hati gua. kalau nak mengumpat, Bagitahu la depan-depan. Gentle, habis cerita.

Time gua hantar makanan, ada budak kampus gua tanya dengan nada yang agak menyampah gua dengar. ‘cari duit poket ke? selekeh gila kerja kat restoran’.

Perghh,ayat dia. Siapa la yang tak mencarut. Gua lak memang jenis tak menahan cobaan,memang terangsang habis dengar ayat dia tu. Dah klimak dah gua rasa.

‘assalamualaikum der, kalau rasa hebat sangat la kan. Kenapa datang makan kat sini gak? Pergi la kat restoran mewah lain, dah tu. Kalau makan mahal-mahal ok la gak, makan nasi goreng ke, tom yam ke, ikan siakap ke, berbaloi gak nak mengomen. Nie kalau setakat makan nasi bujang RM2.50 dengan air kosong. tak payahlah, tutup jela mulut tu. Sakai gila’. Terus dia senyap dan suap makanan tiga sudu sekaligus dalam mulut,dah macam ikan buntal gua tengok.

Gua blah dengan muka brutal dan bangga lepas dapat smash mamat tu.

‘konpem dia dah tak datang esok’ desus hati gua.

...................

cakar tak macam ayam..

3 comments:

  1. hahaha,,padan muke dia,,gatai sgt mulut tu,,,tu namanye manusie tak kador kediri,,hahahaha..bagus kopi!!!syabass!!!!len kali sumbat ngn pinggan mlut dia kopi

    ReplyDelete
  2. fifi>mana datang kopi tu?hahahakupi la kahkah
    ain>xleh bagi muka sangat orang macam tu

    ReplyDelete